Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, June 7, 2010

Zionis Israel !

Hari ini, parlimen bersidang dan membentang usul khas tentang kekejaman zionis Israel. Pak Sedaro mohon Allah swt menerima doa-doa insan yang dizalimi di Palestine. Juga doa manusia dunia daripada pelbagai faham agama khasnya umat Islam.

Moga Imam Besar di Masjidil Haram, di Masjid Nabawi, di Masjid Kuba, Masjid-masjid tua di seluruh dunia dan masjid-masjid serta surau-surau yang diimarah oleh umat Islam memanjat doa dan bertawassul AGAR rejim zionis Israel ini dihancurkan dan memberi laluan penyelesaian kepada kedaulatan bangsa Arab Palestine.

Hari ini, tiada kuasa manusia yang boleh menyelesai kisah derita dan seksa ummah di Palestine. Moga Allah menerima biar setitis zarah kebaikan yang disumbang oleh setiap batang tubuh manusia yang cinta dan kasih kepada keamanan dan kedamaian.

Sudah masanya mungkin, berasaskan Surah Al-Fil, maka Masjid Al-Aqsa di kembali kepada umat Islam. Inilah usaha akhir kita, umat Muhammad s.a.w. tiada lagi langkah yang lebih berkesan selain kita bermunajat terus kepada Allah Tuhan Maha Besar dan Mengurus Sekalian Alam.

Semua negara berdaulat di bumi yang Allah namakan Planet Bumi ini, sedang berdoa agar Rejim Zionis Israel menerima laknat dan habuan daripada Yang Maha Esa. Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar.

4 comments:

  1. Berdoa adalah senjata umat Islam. Tapi bertindak adalah perlu juga kerana Allah pun telah berfirman dalam Al Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu sendiri mengubahnya.

    Jadi haruslah memikirkan cara untuk menjayakan rancangan membawa Zionis Israel ke muka pengadilan kerana mencabul hak asasi manusia.

    Lies by the Israeli terrorists.

    ReplyDelete
  2. Salam Uncle Paneh,

    Semoga mereka rakyat Palestine sentiasa dalam lindungan Allah swt.
    Amin!

    ReplyDelete
  3. Engkau lakon kot! APCO terus mara untuk rakyat Msia.

    ReplyDelete
  4. salam semua

    arab saudi nak bagi israel laluan udara untuk israel bom iran
    ---------------------------------------------------------------

    inilah topik yang saya dapat baco dari nyt.com, abcnews.go.com dan
    telegraph.co.uk

    nampaknya imam imam kat arab pun ngok , tak tahu apa tangan kanan
    [gomen/raja] mereka bikin.


    saya ingin menyeru sedaro sedari yang baco blog ini bukalah
    internet news seluas luasnya supaya kita dapat tahu pandangan
    lebar [ helkopter view ] saftu satu isu.


    kalau kita tidak buka news global kita terpengaruh dengan cerita
    cerita yang macam yang dikeluarkan olih orang yang tak tahu
    menahu apa tangan kanan bikin [anggap kita ni tangan kiri]


    ini yang buat kita macam orang bongok. gomen sedang support
    syarikat israel. nampak pulak si madey dengan geng geng terjerit jerit
    nak poe lawan israel. ada pulak cerito si prebet kery'promoter-apco'jamban nak ketuai pasokan godam israel. Tergelak
    bosar eden. Joke of the day.



    bacolah berita dari -

    khaleej times [ cerita dubai/ tok arab tak amek pot langsung pasal
    hal flotilla ni]

    kadang kadang eden heran macam mano si imam [arab ]tak tahu apo ketua
    negaro/raja [arab ] cakap


    kito pun kena tahu apo pemimpin buek, sebelum terjerit jerit
    nak buat tentangan kepado israel


    brader hisham [ tukar tiub] kita bagus. tak amik pot macam si tok arab tu.

    eden , hanya doa ajo supaya Allah peliharo warga palestin. Eden
    biaso amik 5 anak angkat dari palestine semasa Alijah Gordon menjayakan
    program anak angkat palestin dulu. Baru baru ini eden ada dongar
    satu cadangan baik dari pendengar radio ikim [satu betino] cadang
    supaya kita pungut duit dan hantar untuk tolong orang palestine.
    ini cadangan baik tapi memerlukan pengurusan. Mungkin ada organmisasi
    seperti msri[malaysian social research institute] dan radio ikim
    dapat usahakan satu kempen kutip derma dan hantar duit kat sana.

    Nota- Alijah Gordon khabarnya sudah meninggal dunia dan tidak pasti
    siapakah ketua eksekutif msri sekarang.


    khong khek khuat

    ReplyDelete

Blog Archive