Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 24, 2010

KLIA = Kalau Liwat Ingat Anwar

1. Semasa menyertai siri program dakwah di beberapa kawasan pendalaman anjuran Majlis Agama Islam suatu ketika dulu, kami memperolehi beberapa pengajaran yang amat berharga. Antaranya:-

i) Penduduk pendalaman (atau sebahagian kita menggelar "Orang Ulu") ini tidak akan melayan serta menghalau kami apabila kami datang dengan berkupiah, berserban, berjubah, berbaju Melayu/kurung, bertudung, apatah lagi menyimpan janggut. Mereka tidak suka dengan penampilan kami yang berwajah 'Islamik'. Justeru, bagi memastikan kami dapat mendekati mereka, kami terpaksa mengubah penampilan; jika tidak pun berpakaian seperti mereka, kami perlu dressing se'simple' yang boleh seperti mengenakan seluar jeans, t-shirt, bercukur, dan kaum hawa hanya menutup kepala dengan keys atau skaf sahaja.

ii) Kami secara bergiliran bermalam di setiap rumah penduduk pendalaman ini yang ada diantaranya membela anjing di dalam rumah atau membela babi di bawah/belakang rumah. Adakalanya, semasa senggang berbual dengan tuan rumah, anjing belaan mereka akan bergolek bergelentangan dipangkuan kami. Sudah tentunya kami perlu samak anggota tubuh hampir setiap hari.

iii) Apabila kami sudah rapat dengan penduduk setempat, mereka sanggup pula membina pondok untuk kami bersolat dan mereka juga yang rajin mengingatkan kami untuk bersolat setiap kali masuk waktu. Malah mereka tidak lokek berkongsi pelbagai ilmu survival di dalam hutan, cara mentafsir bintang di langit serta ilmu tradisional yang menjadi amalan mereka turun temurun yang sudah pastinya tiada dalam subjek yang ditawarkan di IPT.

iv) Penduduk pendalaman ini tidak kisah jika kita mengucap salam kepada anak-anak mereka yang belum akil baligh, tetapi kurang menggemari apabila kita mengucap salam kepada golongan dewasa.

v) Mereka juga membaca talkin apabila berlaku kematian, cuma bezanya dengan kita, mereka membaca talkin sebelum mayat dikambus dengan tanah. Ini menunjukkan hidayah pernah sampai kepada mereka, tetapi disebabkan tiada yang buat follow up, mereka kembali menjadi sesat.

2. Itulah antara pengorbanan yang perlu kami lakukan untuk misi dakwah.

3. Kenapa kami ceritakan semua ini? Kerana kami terbaca salah satu komentar dalam blog ini yang kelihatan begitu mendewakan Nik Aziz. Kagum dengan rumah Pok Nik yang tidak berpagar. Sanjung kerana Pok Nik menghidangkan sendiri air kepada tetamunya. Bangga kerana Pok Nik hanya mengambil sedikit gaji yang sepatut diperolehinya. Teruja dengan kereta lama yang masih digunakan Pok Nik. Malah ada yang tergamak mengatakan bahawa Allah akan bayar 'cash' kepada kami yang mempersoal 'ulama politik' seperti Pok Nik.

4. Namun yang menjadi persoalan, berapa ramaikah orang bukan Islam yang telah berjaya diIslamkan Nik Aziz selama hayatnya yang zuhud itu?

5. Realiti masyarakat dunia hari ini akan melihat kepada "apa yang kau ada"...barulah mereka akan akur dan hormat. Andainya Nik Aziz hari ini bukanlah Menteri Besar Kelantan, adakah orang bukan Islam akan akur dan hormat kepada beliau? Orang Cina misalannya, tidak akan menghormati anda sekiranya anda tidak memiliki sebarang kelebihan berbanding mereka. Jika tak percaya, cubalah bekerja bersama dalam syarikat yang dikuasai mereka. Orang Cina ini hanya akur dan hormat kepada kita disebabkan kuasa itu masih milik kita, sebagaimana Nik Aziz yang kononnya diterima kaum bukan Melayu hari ini adalah semata-mata kerana masih memiliki kuasa itu.

6. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengumpul harta, malahan menggalakkan umatnya menuju kejayaan di dunia & akhirat, sepertimana seruan yang kita dengar 5 kali setiap hari.

7. Masyarakat dunia seperti di Albania, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika, mahupun 41 negara miskin dunia ke-3 etc. tidak akan tertarik dengan Islam serta gagasan yang dibawa oleh Malaysia sekiranya rakyat Malaysia termasuk pemimpinnya tinggal di rumah kayu yang tidak berpagar, hanya pakai kereta yang berusia lebih 10 tahun dan ketinggalan daripada arus pembangunan. Masyarakat dunia hanya akur dan hormat kepada kita kerana kita mempunyai kelebihan berbanding mereka. Dan itulah kaedah dakwah masa kini dan seharusnya dilakukan bagi menarik orang bukan Islam kepada keindahan Islam.

8. Sekian lama Pas hanya berdakwah kepada orang Melayu. Sejak sekian lama juga kaedah yang digunapakai oleh Pas untuk berdakwah masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang bukan Islam, apatah lagi orang Islam sendiri.

9. Islam sebagai cara hidup adalah relevan sepanjang zaman. Namun adakah dengan hanya memakai kupiah serta jubah, duduk di rumah usang, pakai kereta lama, ditaja untuk ke Mekah tanpa berusaha mengumpul wang sendiri, adalah cara hidup yang benar-benar dianjurkan Islam?

10. Perubahan perlu dilakukan. Kaedah dakwah perlu berubah mengikut arus peredaran semasa agar Islam itu tampak relevan sepanjang zaman. Kita perlu mengikut rentak mereka terlebih dahulu, sebelum perlahan-lahan menarik mereka untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan itulah yang dilakukan kerajaan Malaysia sejak sekian lama sehingga berjaya menarik berjuta masyarakat dari negara membangun serta negara dunia ke-3 untuk datang belajar di Malaysia dan sekaligus membuatkan mereka lebih tertarik untuk mendalami Islam.

11. Semasa Pas masih lagi menghukum saudara seIslam sebagai kafir, tidak masuk syurga, memperjuangkan hudud yang hanya sebahagian kecil daripada Syari'ah Islamiyyah etc., Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Umno telah melakukan gerakan dakwah ke seluruh dunia dan berjaya membuka mata ramai masyarakat dunia terhadap keindahan Islam melalui gagasan serta dasar yang dibawanya. Mungkin kerana itulah Allah masih lagi redha dengan kerajaan persekutuan hari ini untuk berterusan menerajui Malaysia.

12. Sesetengah orang berpendapat tidak perlu mengkritik pihak lain dan hanya perlu fokus untuk mengkritik pihak sendiri, kerana beranggapan bahawa kita akan 'jatuh' hanya disebabkan diri sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain.

13. Namun kami berpendirian jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan, perlu untuk mengkritik kedua-dua belah pihak dan tidak membiarkan kemungkaran berlaku biarpun ia dari pihak mana sekalipun, kerana akhirnya biarlah rakyat yang menilai siapa yang lebih berat timbangan amalnya; seterusnya membuat pilihan pihak mana yang benar-benar layak menerajui negara ini. Apalah gunanya jika kita sendiri pun mengkritik secara berpilih dan menyorok fakta ketika mengemukakan hujah.

14. Oh ya, tajuk artikel ini tiada kena mengena dengan bahan yang ditulis. Hanya sekadar mengusik komentar di sini akan akronim/abbreviation KLIA.

15. Yang bijaksana tidak keliru, yang berakhlak tidak gundah gulana, yang berani tidak gentar.

9 comments:

  1. Living with Pak Belang (in another blog before)

    Seeing the pitiful state of an Orang Asli household, I asked them,"Mengapa tak bela ayam?"

    "Pak Belang datang nanti", Dolah answered.

    We have encroached into all Orang Asli reservations with logging, development, and modern agriculture. They are driven further into the jungle to gather food sources and materials to trade. Alas, the resources are so meagre that they have to resort to hunting tigers for much needed cash.

    Don't blame them but ourselves for destroying their ecosystem and not doing enough to provide means of livelihood.

    If you really want to see how marginalised and ill-treated they are the perkampungan Orang Asli Lojing, Kelantan is such a pitiful state. Several years ago their kampong was surrounded by greeneries but now much bulldozed to their very doorsteps. The river where they used to bath, wash, and fish is murky with eroded soil.

    ReplyDelete
  2. orang asal(asli) kat msia ni tak ramai. Yg tak beragama juga dah tak ramai.

    kira2 enam bulan yg lalu, semasa aku gi memburu, aku terserempak dgn seorang mubaligh kristian dgn sebuah Pajeronya di kali gunung Tampin.

    belakang kereta itu sarat dgn bekalan makanan kering. aku sempat beborak dgn mubaligh itu. satu perkara yg aku terkejut mendengarnya ialah "org islam tak suka berkawan dgn org asli, jd biarlah mereka yg berkawan dgn org asli ini. sambil menderma kita berdakwah ."

    setahu aku, negeri ini diperintah oleh BN.Mengapa urusan dakwah ini ditunjangi oleh pendakwah kristian?

    Persoalannya dah 53 tahun memerintah, kenapa masih dipinggirkan orang asal ni. Kenapa dibiarkan mereka ini tak beragama?
    inikah sebuah kerajaan yg kita banggakan?

    -tom tem bak kepala but-

    ReplyDelete
  3. cucu mamak kutty yang oriJune 24, 2010 at 3:35 PM

    Persoalan juga kpd sipenembak kepala but, kenapa ko tak pernah jd sukarelawan di mana2 majlis agama atau ngos utk turun berdakwah dgn puak org asal tu? Apa tjwb ko sbg org Islam utk menyebarkan agama? Xkn semua nk harap kerajaan? Gi memburu binatang rajin plak. Cakap je lebey. Org Asli Kelantan yg SAVE cerita tu, apa kerajaan Pas dah buat utk selesai masalah? Senang sungguh kan menuding jari. Ko sendiri pun tarak sumbangan.

    ReplyDelete
  4. Baru sejam tadi baru borak dengan seorang kawan China yang terlibat dengan projek2 orang asli dalam memajukan tanah pertanian berkelompok.

    "JHEOH tidak boleh buat apa2 kerana politik UMNO biasa overide tugas mereka" katanya.

    Tindakan kerajaan kerap tidak prihatin terhadap orang asli. Contohnya:

    i) KLIA ambil tanah orang asli untuk buat jalan. Baru2 ini baru mereka mendapat pampasan.

    2)Pernah Dolah Lelap dan MB Perak dulu hendak mengambil sebahagian reserve orang asli untuk taman botani.

    ReplyDelete
  5. Mengikut ceritanya ...

    Ada beberapa pendakwah kerap masuk kependalaman Sarawak. Akhirnya satu rumah panjang penghuninya masuk Islam.

    Beberapa bulan kemudian mereka
    masuk kembali buat follow-up. Ketua pendakwah bertanya kapada Tuai Rumah. Babi di bawah rumah dulu mana perginya. Kami dah makan!

    Ya, kita kurang follow-up.

    ReplyDelete
  6. UMNO memang suka overide jabatan dan pegawai. jonis kaki liwat. Selagi ado lubang dio mmg suka makan haram.

    ReplyDelete
  7. Ekau Paneh menggalakkan liwat, moga2 Allah Taala memberi saham keatas dakyah ekau amen.

    ReplyDelete
  8. YANG BETULNYA KLIA : KUALA LUMPUR ALTANTUYA AIRPORT

    ReplyDelete
  9. KUALA LUMPUR ALTANTUYA AIRPORT (KLIA)??? mano ekau blaja ni jang? kek pok nik ko???

    ReplyDelete

Blog Archive