Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, February 21, 2014

Kader yang Pandir

Arakian sebuah hikayat purbakala, hidup seorang jejaka perkasa segak bergaya yang dikenal sebagai Kader.

Kader diberi makan dan minum dengan sudu bertatah permata dan berkulit emas, kilat berkilau. Pakaian Kader putih bersih berkain sutera panjang meleret menyampu segala kelikir sampah kering keliling hamparannya. Gelagat dan telatah Kader begitu sopan namun penuh ketakutan dan kesombongan, kerana jasad luarnya sahaja tampak bergaya, segak bak pahlawan terbilang, tapi tiada isi dan buah akal budi yang budiman.

Kader dipanggil oleh pemerintah unggul untuk dilatih menjadi peria pilihan bangsa. Kasihan, kelihatan Kader hadir dengan muka sugul, minta simpati dan minta nyawa dek kerana naluri penakut dan sombongnya dia.

Dalam pelatihan, Kader kelihatan semakin pandir daripada biasa. Lazimnya Kader begitu bongkak berkata-kata, walaupun umum ketahui bahawa Kader seorang penakut dan sombong. Kader cuba berlagak kaya pekerti dan bijak budi, namun terbukti Kader masih terlalu colos dan lopong dalam mengurus diri dan kawan-kawan sejati.

Kader kelihatan hilang punca, tidak cekap dan ternyata tidak punya bistari. Pelatihan yang berjaya menelanjangkan Kader bahawa dia hanyalah seorang Pandir. Inilah bahana pabila Si Pandir mengaku pandai, Si Pandir tidak bisa bersosialisasi, Si Pandir tidak cekap berfikir sebagai insan yang waras dan kaya akal fikir.

Kader membuktikan bahawa dia seorang Pandir. Pandirnya Si Kader ini sehinggalah dia gagal untuk ikuti acara penuh semua pelatihan. Paling Pandir pabila Kader bersopan mengirim khabar bahawa Kader perlu keluar sebentar, kerana perlu bersyarah di luar. Kesian nasib Kader Si Pandir.

Kader pabila mula membuka mulut berkuliah dengan kawanan pelatihan sudah songsang arah dan haluan. Asal-usul warta muktabar telah disongsangkan. Paling tidak molek, apabila Kader yang pandir berhujah dengan "tidak bijak" bahawa Islam adalah Agama Rasmi Negara, sedangkan pemerintah zaman itu sudah bertitah dan dirakam titah itu seluruh Alam Buana, bahawa Islam adalah Agama Persekutuan Negara. Demikian, salah besar dalam dunia pelatihan Si Kader yang Pandir.

Kader yang Pandir perlu banyak belajar. Dunia pelatihan zaman tersebut penuh duri dan ranjau. Mungkin semangat sahaja yang tinggal sebagai harapan.

*********

Pengajaran kisah: Pak Sedaro yakin senario ini mungkin berulang kembali dalam zaman super teknologis. Tidak mustahil jika;

1. Insan yang kononnya dipungut dan dipantau oleh orang yang "berfikir" dia pemimpin, tetapi tidak cukup Kaya Asuhan dan Kaya Perangai.

2. Insan yang berlagak seolah pemidato baik oleh pemimpin mereka, tetapi kelihatan bodoh dan bangang dalam dunia peperangan sebenar, kerana tiada buah pukul dan fakta pembunuh pemikiran songsang.

3. Amat malang jika Kader yang Pandir begitu ramai hidup segar mekar dalam dunia hari ini, khasnya di Tanah Melayu.

Mudah-mudahan Tanah Melayu dilengkapi oleh perajurit dan panglima seperti yang pernah dinikmati oleh Kerajaan Ottoman sewaktu penawanan Kota Constantinople pada 23 Mei 1453.

1 comment:

  1. Aku tak berapa paham pasal si Kader ni. Tapi aku tengah bengang tengok duit Gomen ditabur sesuka hati dengan BRIM. Kalau kau nak tabur duit tu macam duit mak bapak sendiri, pakai duit sendiri lah bro. Jangan usik duit Kerajaan. Lebih baik duit Kerajaan diguna untuk program bantu rakyat termiskin dan kawalan kos sara hidup. Bankrap nanti negara bro kalau begini caranya duit Kerajaan diuruskan. Mind you, that i'm not on the oposition side, but are you, the government losing support from me because of mismanagement of public fund, and the answer, i' m afraid is the affirmative!

    ReplyDelete

Blog Archive