Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, February 24, 2014

Najib MENGAKU Rakyat Banyak Hutang

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.

"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," katanya.

Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya.

"Ramai yang tertanya-tanya kenapa pula perlu naik harga minyak dan hapus subsidi gula seolah-olah membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi pada masa kini," kata Najib.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa jumlah pembayar cukai di negara ini tidak ramai sedangkan perbelanjaan kerajaan bertambah setiap tahun.

"Setiap tahun kita perlu tambah penjawat awam, rekrut ribuan jadi guru, jururawat, polis dan tentera dan kalau kita tambah penjawat awam, perbelanjaan juga meningkat, sedangkan hasil tidak bertambah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar untuk memastikan hanya golongan yang berpendapatan rendah sahaja menerima manfaatnya iaitu menerusi BR1M sekali gus mengawal perbelanjaan serta memperkukuh ekonomi negara. - BERNAMA.

*********

BR1M bantu rakyat lunas hutang? Rakyat dapat BR1M RM650 tiap-tiap bulan ke? Siapa lebih untung daripada projek BR1M...rakyat yang dapat BR1M atau si penerima hutang?

Jika benar-benar nak bantu rakyat dengan beban hutang, adakah hanya boleh selesai dengan BR1M? Atau perlu fikir bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat terutama Melayu?

Nampaknya Najib dah setaraf Nik Aziz. Dah pandai quote hadis nak meng'halal'kan tindakan sendiri. Konon masuk bakul angkat sendiri. Undi Najib akan dapat PAHALA BR1M. Heh...

24 comments:

  1. Sekrg ni org yg kaya adalah org yg bnyk hutangnya. Semua nak bg hutang.
    Org miskin adalah org yg tak de hutang, tak de sape nak bg hutang.

    ReplyDelete
  2. Tak dapat banyak semua hutang dapat bayar sikit dengan duit BR1M pun dah kira bersyukur. Dari dok pertikai jasa orang habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  3. sekejap nak tolong gulungan pendapat rendah banding dengan yang berpendapatan tinggi .... sekejap lagi kata nak rengankan beban kos sara hidup tinggi bagi gulungan pendapatan rendah .... sekejap nak tolong bayarkan hutang .... lagi apa lagi, najis...??? lepas ni kata nak bantu gulungan yang berbini dua .....kot..??? duit zakat pergi ke mana ...???

    ReplyDelete
  4. Makin lama statement najib makin bangang dan media bantu mempromosikan kebangangannya itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka semakin hari semakin cebek. ilang selero nak nengok

      Delete
  5. Kato Najib
    Kerajaan BN janji bagi BRIM 1200 dlm maso 5 tahun, baca manifesto BN masa PRU 13

    Maso lancar manifesto kenapo x sobut bab 5 tahun ni, nak ngaka an orang jo kojo najib ni

    Hari tu heboh marah anwar kempen awal PRK Kajang, hari ni BN pun samo dah kempen sebelum penamaan calon.

    Duo2 samo yo pandir

    ReplyDelete
  6. Sapo dapek duit insurans 50 tu?
    Kayola kroni Najib
    Beratus juta bayar insurans

    ReplyDelete
  7. Paneh,

    apo cito tok mat pasal air n.sembilan ni?

    kojap koba air kek n.sembilan belobih nak jual kek KL siap nak buek ompang baru, kojap nak catu air x cukup pulak.

    air ni milik Allah, jangan dipolitikkan jangan diniagokan x tontu arah

    ReplyDelete
  8. Sejak Dato' Seri Najib bergelar "HAJI", semakin bertambah pula ilmunya sehingga mampu untuk menyatakan sepotong Hadis untuk menyokong pemberian BR1M. Nampaknya tanpa disedari Dato' Seri HJ Najib telah pun mengakui bahawa ISLAM tidak boleh di asing kan dengan politik. Kepada para penyokong UMNO dan BN, apalagi betulkanlah mentaliti anda sekarang.

    ReplyDelete
  9. BRIM = Bankrap Rakyat Igauan Melayu.

    Perbezaan Tun Mahathir dengan PM sekarang bagai langit dengan bumi. Antaranya:
    -Tun M buat sesuatu untuk kebaikan negara jangka panjang, misalnya Putrajaya dan KLIA, tapi PM Najib buat sesuatu untuk kebaikan beliau jangka pendek, tapi menjahanamkan negara jangka panjang, misalnya BRIM.
    -Tun M fikir panjang, hasilnya ASB tapi PM Najib fikir pendek setakat BRIM sahaja.
    -Tun M panjang akal, boleh tangani krisis kewangan 1997 tapi PM Najib pendek akal, misalnya hapuskan ISA.
    -Tun M tadbir negara bersama penjawat awam tapi PM Najib jahanamkan negara dengan menggaji konsultan.
    -Tun M pikir siang malam untuk martabatkan Melayu tapi PM Najib hancurkan nasib bangsa sendiri.
    -Musuh Tun Mahathir pun mengkagumi Tun dalam hati, tapi kawan PM Najib pulak mengetawakan beliau dalam hati.

    YABhg Tun M - if this post reaches you, please do something to save my country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M jangka pendek.TPPA jangka panjang.

      Delete
  10. nak kurang beban hutang rakyat..sila kawal harga barangan..sila pulihkan buying power ringgit malaysia wahai najib..patut la kurang cerdik jadi pm tak grad universiti..hadoiiii..

    ReplyDelete
  11. Kementerian kebajikanpun ikut syariat islam.Brimpun ikut syariat islam,begitu juga Baitulmal.Melayu islam adalah golongan teramai berhutang dan miskin.Nak kurangkan hutang rakyt,ambik alih hutang orang miskin dan membebaskan beban interst setiap bulan.Peranan kementerian kebajikan,BR!M dan Baitulmal bertindih di antara satu sama lain.Hakikatnya beban kos sara hidup yang tinggi dan banyak hutang adalah tergolong orang melayu bumiputera yang all out support BN masa PRU 13.

    ReplyDelete
  12. Saya setuju BR1M. ada kawan saya guna BR1M untuk modal jual mee sup pasar malam. Jadi tujuan BR1M adalah meringankan beban rakyat. Kalau orang miskin. Lepas dah road tax motosikal duit minyak.

    ReplyDelete
  13. Saya setuju kalau kita mansuhkan Teraju,kementerian kebajikan dll sebagai membazir dan bertindih peranan dengan BR1M.BR1M berjaya meringankan beban hutang.kos sara hidup yang tinggi dan membuat modal utk berniaga.

    ReplyDelete
  14. Berapa orangkah yang gunakan BRIM buat modal berniaga? Separuh dari penerima BRIM? Bukankah lebih baik diperkasakan bantuan perniagaan kepada golongan bumiputra yang memerlukan? Serta diperkasakan bantuan SEDIA ADA kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti orang tua dan fakir. Jika BRIM digunakan untuk bayar cukai jalan, bukankah lebih baik cukai jalan diturunkan kadarnya? Bukankah kesannya lebih menyeluruh dan akhirnya menurunkan kos hidup? Gunakan BRIM untuk bayar hutang? Kenapa rakyat berhutang at first place? Sebab kos hidup yang tinggi, bukan? Bukankah lebih baik punca hutang rakyat itu diubati dan bukan simtomnya - carilah punca rakyat terpaksa berhutang hatta untuk mengisi minyak kereta untuk ke pejabat pun dengan kad kredit. Kenapa? Adakah BRIM penyelesaian masalah hutang isi rumah yang meningkat? Sekiranya BRIM dirasakan ubat kepada semua penyakit ini, adalah sangat menyedihkan akan tahap pemikiran pimpinan sekarang. Ini sekadar pandangan saya sebagai pembayar cukai. Dengan sumbangan saya kepada pendapatan negara tersebut, saya rasakan saya ada hak untuk bersuara mengenai hala tuju pendapatan negara dibelanjakan, terutama di kala RM menjunam jatuh.

    ReplyDelete
  15. kita kena masuk class utk memahami jenis asas ekonomi seperti ekonomi islam,kapitalis dan sosialis.Memahami sedalam2nya peranan subsidi dari pelbagai sudut gandaan,nilai matawang dan pelinciran aktiviti2 ekonomi.Menyerap semula bajet subsidi melalui cukai secara berimbang mengikut kemampuan golongan kelas atasan,pertengahan dan bawahan.Bukan menekan dan menyalah satu pehak atas ketidak adilan sistem subsidi.Penyalahan penggunaan subsidi perlu berada di tahap pengawalseliaan dan perundangan yang tinggi.Ia hanyalah sekadar presepsi pembangkang utk merobek pertahanan parti pemerintah.Kita berbeza dengan singapore kerana dagangan mereka sangat aktif dari segi usd dan dolar singapore kerana menjadi hub petrol dan diesel utk rantau asia timur dengan nilai dagangan yang besar sepanjang masa.Tidak hairanlah nilai matawang mereka kukuh walaupun FTA tidak menyebelahi keuntungan mereka.

    ReplyDelete
  16. Kita sebenarnya konfius di antara di antara 3 unsur iaitu kebajikan,saraan hidup dan kos sara hidup.BR1M,Kementerian kebajikan masyarakat,Baitulmal dan agensi kerajaan yang lain,boleh di takrifkan dengan pelbagai tarifan dalam menangani permasaalahan sosial ekonomi rakyat.Banyaknya agensi,maka banyaklah kos yang terlibat sehingga menyebabkan pembaziran dan tidak ekfisin dan produktif kerana kedudukan nilai ringgit yang lemah,rangsangan aktiviti ekonomi yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi.

    ReplyDelete
  17. Subsidi amat merugikan dan tidak adil pada rakyat malaysia tetapi menguntungkan syarikat besar bertaraf billion dan trillion ringgit dari luar atas dasar persaingan.

    ReplyDelete
  18. Saya tidak fikir affirmative action mahupun subsidi sesuatu yang buruk. Saya berterima kasih dengan dasar DEB yang menjadikan saya middle class Melayu, mungkin. Ramai lagi Melayu seperti saya. Pengajian saya di luar negara dahulu adalah sesuatu yang mustahil, tanpa DEB, dan semestinya semuanya berlaku dengan izin-Nya. Saya tak fikir sistem itu dalam bentuknya sekama ini perlu diubah, kerana ia telah terbukti berkesan mengeluarkan ramai Melayu dari kancah kemiskinan. Namun BRIM yang tidak berdasarkan niat murni menolong bangsa, tetapi bertitik tolak dari usaha memancing undi, menggugat kemurnian konsep subsidi dan bantuan kerajaan itu sendiri. Walau apapun yang berlaku, saya akan tetap bersama kerajaan yang banyak berjasa kepada saya. Walaupun kerajaan itu seperti kehilangan arahnya sekarang. Ya, kerana Melayu seperti sayalah UMNO masih tetap berkuasa. Namun itu tidak bermakna saya setuju dengan BRIM. Itulah Melayu seperti saya, yang sekadar meluahkan rasa, tetapi kelak kerajaan itu juga yang dipangkah. Mungkinkah itu sebabnya kerajaan itu tidak memandang berat Melayu seperti saya?

    ReplyDelete
  19. nampok beno menipu....husin...!!!

    ReplyDelete
  20. Kau orang pemuka2 UMNO sebenarnya yang BODOH. Dah tau yang Najib tu tak sijil buat apa lantik beliau sebagai presiden.Bodoh nak mampus, kelabu asap.

    ReplyDelete
  21. Dalam jamuan hari raya baru2 ni Tok Mat dalam ucapannya pun dah bagitahu... Biarlah pedulikan lah isu2 yg melanda kerajaan pusat hari ini ( DS Najib-PM) pedulikanlah....Elok sey jago N9 yorlah elok2

    ReplyDelete
  22. Tambah kakitangan awam...kenapa pakai consultant swasta, PEMANDU unit Swasta di Jabatan Perdana Menteri sampai gaji budak2 mentah pun dapat sorang rm12,000 sebulan,Idris Jala puluh2 ribu gaji sebulan. Itu pembohong namaya. Kenapa gaji penjawat awam - Pengarah Jusa C pun tak sampai puluh ribu, gaji cikgu universiti/tentera siswazah/doktor kerajaan/inspektor polis tak pun dapat rm10,000 pun sebulan...padahal servis lebih 15tahun. Apa istimewa sangat Unit PEMANDU ni kalau gomen servant jugak jadi kuli kerja dia. Brim bagi 500, punahsihat bagi puluh ribu reban. Gaji kakitangan awam nak dapat rm1000 sebulanpun susah.500 - brim? Bayar proton bulanan pun tak lepas, kancil atau VIVA secondhand bolejlah.Geng Idris Jala beli Porche - baguslah, makan duit haram ambik dari cukai gaji staf kerajaan dan cukai rakyat.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive