Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, October 10, 2014

Apa pun kita tunggu bajet..

Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan dan juga MT UMNO kata 40% rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan yang dikategorikannya sebagai golongan berpendapatan rendah. 

Wahid Omar, Menteri di JPM pulak cakap 71.3 peratus di negara ini berpendapatan atas paras RM3,000 sebulan. Maknanya kalau ikut statistik Wahid, sepatutnya hanya 28.7% saja rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, bukannya 40% macam yang Latiff cakap.

Entah mana satu yang betul pun tak tau. Zaman Najib ni memang ramai menteri yang suka bagi kenyataan bercanggah. Tu belum KJ atau Nazri atau Ahmad Maslan atau Hasan Malek yang bercakap..kalau tak lagi haru..

Apa-apa pun kita tunggu Bajet 2015 petang ni. Ramai pemuja Najib bagi alasan tunggu Bajet 2015 untuk berhujah mempertahankan tindakan kerajaan naikkan harga minyak 20sen minggu lepas yang menyebabkan harga barang turut sama naik. The damage has been done, baru nak fikir alasan bersandarkan Bajet 2015..adakah sudah terlambat? 

7 comments:

  1. Bajet setiap tahun tapi rumah pr1ma tak siap2 lagi. Paling awal jangka siap pun 2018 kat seremban. Budak lahir 2011 dah masuk darjah 1 baru dapat dok rumah pr1ma. Itu pun kalau siap laa.

    Bajet tiap tahun pun harga rumah tetap mahal.

    Bajet tiap tahun pun harga baranf bertambah mahal.

    Bajet tiap tahun pun hutang negara tetap bertambah.

    Bajet tiap tahun pun rege minyak, tol, letrik tetap jugak makin mahal.

    Apa lagi yang boleh diharap dengan bajet najib?

    ReplyDelete
  2. Tiap tahun pun konon bajet pro rakyat..tapi tiap tahun rakyat bising juga kos sara hidup tinggi. Nilai matawang jatuh, harga getah jatuh, orang kampong bising, tapi.ahli parlimen boleh plak nak dinaikkan gaji. Memang sial ahli politik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong kata kau memang sial ahli politik ni.

      Delete
  3. Sbb apa survey tak include kesihatan?

    ReplyDelete
  4. Gov servant akn dpt gula2 bonus dan naik gaji, org lain dpt pelepasan cukai, br1m, bantuan sekolah bla bla utk tutup mulut sementara. Lepas tu hg brg mula naik, rakyat bising lagi. Bajet 2016 bagi lagi gula2, rakyat senyap balik, pastu kos hidup meningkat, rakyat bising balik. Begitulah seterusnya berulang2 sampai abang jamil mampos.

    ReplyDelete
  5. Kenapa tentera - keselamatan negara - tak di masukan. Sekarang kita tahu aset aset tentera daj jadi bahan muzium.

    Kesihatan, raskyat masih tak menerima rawastan yang sewajarnya. Menteri kesiharan keling tu berlgak terrer tapi taik kucing kucing jer.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive