Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 30, 2014

KeBAHALOLan Ketua Pemuda BN

Minggu memangkah dan memilih calon Ahli Parlimen Belia idaman Kj. 

Kj sibuk menonjolkan diri dengan kerja kuat sambil tercangkung di semak belukar dengan Rejimen AW 508. Sementara ado yang sibuk menjadi Ahli Parlimen Belia. Elok budak Ahli Parlimen Belia tidak tauliah ini, ditanyo perihal Akta 668 kaitannya dengan Akta 335, Akta 82, Akta 88, Akta 15 dan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Sementara ada satu kelompok lagi ialah Felo Perdana (Apperantis sebagai Pegawai Khas kepada Anggota Pentadbiran di Pejabat YB Menteri di semua Kementerian). Sementara ada satu kelompok promo Fit Malaysia, sementara ada satu kelompok kempen jaga tembolok Kj.

Kini Kj kelihatan agak dominan berdasarkan pandangan umum, pengikut diari para Menteri. Namun banyak langkah "durjana" menjadi pilihan dan amalan Kj dalam Kerajaan Persekutuan:

1. Kenyataan "...tak apa, jika pegawai menteri itu tidak menyokong BN atau bukan orang BN. Yang penting dia profesional dalam tugasannya..."

2. Kenyataan "...kita bantah dan mengecam gerakan menjadikan kampus UM sebagai alat politik peribadi..." (Sepatutnya Kj cakaplah lebih GAMPANG seperti "Kita akan cari jalan supaya penganjur ditahan dan ditangkap mengikut peruntukan terkandung dalam Akta Hasutan dan perihal Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan ... dan kita nampak betapa daifnya politiking Saudara Anwar Ibrahim ...")

Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda BN paling "tak bertolo" dan "Bangang" sebab tidak memberi penumbuk sulung kepada Gerakan dan kelompok politik Kiasu dan Kalinga yang dilihat BIADAB. Sama ada kelompok dalam BN mahupun DAP.

Makin lama Pemuda UMNO dibawa ke arus Liberalisme dan Pluralisme, kerana aktiviti seperti:

1. Oktober Fest yang telah dibantutkan oleh Azmin Ali, "tak dipancut" oleh Pemuda.

2. 'I want to touch a dog' berlaku nyata di Shah Alam, "bacul bonar" Pemuda.

3. Gerakan berkampung LGBT yang khabarnya dirancang pada 28 dan 29 Oktober 2014 di Putrajaya, "tak dibahalol" oleh Pemuda.

4. Sukaneka Bogel Pantai di Teluk Bahang, beberapa bulan lalu juga "bolayan" oleh Pemuda.

Ini mungkin bala dan bahana Allah kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia paling BODOH dalam Sejarah Politik Melayu:

1. Hadir merasmi dan melancar buku tulisan Dr, Jeya di DUMC, PJ. (Dewan yang mana menjadi saksi proses pemurtadan Melayu kepada Kristian).

2. Model kulit depan makalah metroseksual sekitar tahun 2009 lalu.

Kelak dijangkakan banyak insiden dan program Liberal dan Plural (yang bakal diPEKAK dan diBUTA) oleh PEMUDA. Antara yang mungkin berlaku;

1. Kempen bogel beramai-ramai di Dataran Merdeka.

2. Kempen nikmati Bak Kut Teh sempena Krismas di Datara Merdeka.

3. Perarakan Ratu Cantik Babi Dunia di KL.

4. Kelab Seks 6 bintang merayakan Jubli Perak.

5. Siaran Azan dikompromi daripada diperdengarkan dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Wujud Daratan LGBT di Changkat Pavilion, KL.

7. Promo besar-besaran Bubar 88 dan 82.

8. Promo besar-besaran Hari Arak Sedunia atas tiket Hak Asasi Manusia, bawah Prinsip Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

9. Kongres Kaji Semula Perkara 153 dan Perkara 152.

10. Simposium relevankah Perkara 3 dan Perkara 32 dalam sebuah makna Demokrasi Dunia hari ini?

11. Bertebaran maklumat palsu melalui android, telefon pintar sebagainya yang mengundang kepada provokasi melampau, kesan daripada pembatalan Akta 15. Implikasi kecerdikan kontemporari!

Moga Allah ampunkan rakyat Bumi Melayu.

9 comments:

  1. B U N G K O R Bonar!!!

    ReplyDelete
  2. anwar ibrahim part 2.....

    ReplyDelete
  3. orang nismilan tu, nape la orang rombau pilih dia....

    ReplyDelete
  4. Kj mmg takda jiwa melayu islam.tiada jiwa pahlawan melayu umno dan mmg bahalol dan membuat melayu penyokong umno jd panas hati.kj cuma pandai cipta publisiti murahan dgn berzumba,ice bucket,jd model majalah dan kutuk isma perkasa ibrahim ali dan zul noordin dgn pandangan liberalnya.kj mmg barua dlm umno....bakal ganti anwar dlm umno dan bakal jd kesayangan cina pembangkang dan golongan liberal dan sekutu barat.kj perlu disekat sebelum umno jd parah...

    ReplyDelete
  5. Kj sedang berjinak dengan Mahathir..
    Najib jumpa paklah dan musa hitam di luar negara...apahal

    ReplyDelete
  6. bukan nak mengata sangat pasal kj ni. skil pasang pasak, pagar dan tembok ni dah lama dia lakukan demi menjaga kedudukan dia dalam politik. cuba cerita secara logik, kenapa perlu ada parlimen belia, fit malaysia, ice bucket dan sebagainya jika bukan nak promote diri dia sendiri? namun perlu diingat, tukang jek dalam pemuda umnopun bukan semua bodoh bahalol takde otak. ada yang tunggu masa nak pijak balik. buatlah tembok setebal tembok cina, kalau Allah tak izin, kau tak akan berjaya juga kj. setakat jadi macam anwar boleh kot....

    ReplyDelete
  7. boss dia lagi hancus punya orng kalau bn tutup kedai pun tak pelik dah boss dia memandang rendah kpd orng melayu yg telah melayakan Nye menjadi boss hehehe

    ReplyDelete
  8. Jang
    Nak kato orang Rombau bangang monangkan dio pado GE 13,nanti marah pulak.Hontikanlah menyalak disini kalau masih ado diluar sano tu sokong dio.Sakit hati ajo.Kito yang kutuk dio ni,bolih ke buek apo yang dio dah buek,keluar duit berjuta,masuk AW,terimo kutukan,buek muko tobal dan macamx lagi yang kalau lomah semangat kantoi.Kalau kito tak berdayo nak buek semuo ini,den raso kito menhabihkan boreh ajo kutuk dio,dio totap dgn misi beliau yang kito tak tahu hujungnyo dan yang gigit jari akhirnyo kito jugak.

    ReplyDelete

Blog Archive