Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara bagi tempoh jangka masa panjang. Cuma beliau terlupa sebut selain menjaga kepentingan rakyat dan negara, kepentingan para menteri, staf di PEMANDU dan para konsultan juga perlu diberi keutamaan sebab belanja nak bayar gaji dan elaun mereka itu mencecah jutaan ringgit sebulan.
Perdana Menteri berkata walaupun tindakan itu tidak popular, ia harus dilakukan memandangkan subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan setiap tahun sangat tinggi. Lagipun tindakan tidak popular hanya sesuai jika ia melibatkan wang saku rakyat, tetapi tidak mengapa jika Perdana Menteri sendiri menghabiskan berbilion ringgit untuk mempopularkan diri seperti menjalankan siri kempen 1 Malaysia, merasuah melalui BR1M, membanyakkan sepanduk "I Love PM" serta membayar pelobi Amerika dan media barat untuk memuji dirinya sebagai Perdana Menteri.
Malah, katanya, jika langkah itu tidak diambil, ia bakal meninggalkan kesan kepada ekonomi negara berikutan kekurangan hasil untuk perbelanjaan negara; walaupun hakikatnya kekurangan hasil itu disebabkan kerajaan tidak pandai mencari wang melalui pelaburan serta boros berbilion ringgit setiap tahun, maka kepada rakyatlah perlu dibebankan.
"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil. Itu belum lagi dikira gaji, elaun, belanja travelling para menteri, penasihat saya dan PTD yang perlu ditanggung setiap bulan," tambah beliau.
"Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Jadi lebih mudah untuk saya tarik subsidi rakyat berbanding saya potong perbelanjaan Rosmah..eh..tersasul plak..daripada saya potong perbelanjaan kerajaan yang boros setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah dan wakalah lembu korban untuk kawasan Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.
Pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyampaikan 505 ekor lembu untuk seluruh kawasan parlimen itu. Sungguhpun begitu, 505 ekor lembu itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya dibeli menggunakan wang kerajaan atau wang persendirian untuk 'memancing' hati penduduk Pekan.
Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan mengumumkan pelbagai langkah membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Belanjawan 10 Oktober ini. Cuma mungkin pengumuman langkah-langkah itu akan tenggelam dek kemarahan rakyat yang belum reda disebabkan kenaikan harga minyak 20sen.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain yang akan diumum kelak. Cuma langkah yang tidak akan diumumkan kerajaan ialah bagaimana nak kurangkan perbelanjaan mewah kerajaan berbilion ringgit seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara setiap tahun.
"Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat. Tapi saya rasa rakyat tahu bila saya sebut 'kita fikir' tu bermakna penasihat dan konsultan saya yang fikir..bukannya saya..sebab saya memang tak mampu nak fikir..saya tau bercuti keluar negara je bila ada masalah," katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api berkenaan kepada rakyat di negara ini. "Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin. Walaupun jumlah mereka tak seramai rakyat majoriti yang susah, tapi kena sekat juga mereka daripada menikmati subsidi. Bagi kerajaan lebih baik korbankan kepentingan majoriti daripada kita bagi peluang yang minoriti tu dapat subsidi."
"Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand), walaupun sepanjang PRK tu saya ada di Amerika dan melancong ke luar negara, tapi saya boleh nampak orang seludup tawww," katanya.
Najib dalam pada itu turut mengingatkan rakyat, agar menjadikan elemen pengorbanan, asas dalam mencapai kejayaan. "Kalau kita sanggup berkorban dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal. Tapi hanya rakyat saja yang perlu berkorban, kami para menteri, konsultan, penasihat, PEMANDU dan PTD susah sikit nak berkorban sebab kami tak berapa nak ikhlas, maklumlah tuan-tuan, bila lagi masanya kami nak bermewah macam ni," katanya. – Agensi Paneh Miang.
ceh..! wakakakaka
ReplyDeleteMinta maaf tuan, sata tak baca sampai habis..takut semput..
ReplyDeleteKalau Rosmah percayakan Najib..hamba patik pun percayalah juga.
usah bimbang bro! aku caya habislah. sangat menarik!!!!!
ReplyDeletePTD tiada di hati Najib. Pujaannya hanya konsultan, penasihat dan semestinya PEMANDU. Konsultan dan PEMANDU sudah hijack kerja PTD dengan upah yang berganda tinggi tapi hasil yang hancur.
ReplyDeleteMungkin PTD bukanlah pegawai kerajaan yang sempurna. Ramai yang mencela mereka. Tapi seburuk-buruk PTD, mereka di belakang Tun Razak sehingga terhasilnya DEB. PTD juga merupakan tulang belakang sepanjang pemerintahan Tun M.
Malangnya PM Najib meletakkan seluruh kepercayaannya kepada konsultan, penasihat dan PEMANDU! Dan kita sedang menikmati hasil kerja mereka ini dengan penuh kesengsaraan.
505 ekor tu...
ReplyDeleteKatakan sekor 2,500.00, maka 505 1,262,500.00..banyak tu kalau nak guna duit sendiri..
katalah ble diskaun sebab beli banyak, anggap gila punya diskaun, 1,000.00 dah lebih setengah juta..banyak duit PM ek..
p/s: berapa gaji PM sebenarnya ek...ahaks
Untunglah...tuan lembu-lembu tu...
ReplyDelete