Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 16, 2014

Najib KAYAkan Pemaju

1. Bajet 2015..bajet 'pro rakyat' kononnya. Rakyat pun tak pasti sama ada nak gelak atau menangis bila gaji Ahli Parlimen dinaikkan dengan alasan gaji sikit sampai terpaksa ikat perut. Rasanya bajet akan datang elok diperuntukkan juga BR1M untuk wakil rakyat yang 'lebih miskin' daripada rakyat marhaen.

2. Bajet 2015 takde beza pun dengan bajet Najib sebelum ni. Perbelanjaan pembangunan masih kurang berbanding perbelanjaan mengurus, malah bajet Najib semakin meningkat setiap tahun!! Apekehey bajet JPM sampai RM19 bilion? PERMATA pun dapat bajet tambahan RM30 juta? Sewajarnya perbelanjaan pembangunan lebih besar daripada perbelanjaan mengurus untuk menggalakkan ekonomi mikro..ini dah terbalik!!

3. Wang negara sepatutnya dibelanjakan ikut keperluan semasa rakyat, tapi Najib gunakan bajet untuk kukuhkan kedudukan politik melalui BR1M yang kononnya sebagai bantuan terus kepada kumpulan sasar. Adakah BR1M benar-benar sampai kepada kumpulan sasar? Sebab kami pernah nampak yang datang amik BR1M memandu Alphard, Wish, Civic etc. Sebab tu TDM tak berapa berkenan dengan BR1M ni. Banyak hanky panky..sumbat ikan dalam perut berbanding bagi pancing. Bagi BR1M pun, natijahnya undi popular BN tetap merosot PRU-13. Masih lagi Najib tak nak belajar..

4. Kerajaan menggalakkan sikap meminta-minta rakyat melalui BR1M yang secara tak langsung telah mengikis perasaan malu dan kehormatan diri individu tersebut. Bagi manusia, kehormatan diri adalah salah satu keutamaan kerana ia membezakan kita sebagai makhluk yang bertamadun dan berakal berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Ada hadis riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi".

5. Kehidupan rakyat makin parah. Bajet 2015 tak dapat mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walaupun RON95 dan Diesel tak dikenakan GST, tapi subsidi minyak dijangka akan dikurangkan beransur-ansur dan ini dah tentunya akan wujud kesan domino kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ditambah pulak dengan GST yang akan mula pada bulan April 2015, rata-rata golongan pertengahan dan bawahan akan rasa impak yang sangat besar. BR1M takkan dapat tampung kenaikan kos sara hidup. Bertambah tenat apabila rakyat telahpun memiliki pinjaman tinggi yang perlu dilangsaikan setiap bulan.

6. Setiap tahun dalam bajet Najib akan diumumkan tambahan peruntukan untuk rumah PR1MA, tapi umum tahu, sebuah rumah PR1MA pun masih belum siap dibina sejak diumumkan 2011. Peruntukan ditambah setiap tahun..siapnya belum tau bila. Macam-macam rumah diumum akan dibina..bawah PPR la..bawah RMR la..Rumah Aspirasi Rakyat la..Skim Rumah Pertamaku la..Skim Perumahan Belia la..TAPI kaedah Najib mengatasi masalah kesukaran rakyat membeli rumah kerana harga yang mahal adalah dengan cara menambah unit rumah dan jumlah pinjaman perumahan kepada bakal pembeli?!

7. Andai kelayakan minimum untuk pinjaman perumahan dinaikkan hingga RM600 ribu sekalipun, rakyat biasa ni mampu ke beli rumah harga sebegitu? Ini bukan caranya kerajaan nak menggalakkan rakyat beli rumah, TAPI nak menggalakkan rakyat menambah hutang. Malah kerajaan bagi lesen besar pulak untuk pemaju perumahan kaut untung berganda melalui harga syiling rumah apabila kadar pinjaman perumahan dinaikkan TAPI pada masa sama merendahkan pulak kelayakan pinjaman. Pemaju dikayakan lagi dengan bantuan kerajaan..dan agaknya kebanyakan pemaju perumahan ni kaum mana?!

8. Rakyat kebanyakannya hanya mampu beli rumah sekitar RM150-RM300 ribu. Harga rumah teres saja sekarang ni dah melebihi RM200 ribu di kawasan bandar. Untuk beli rumah berharga RM200 ribu dengan pinjaman kerajaan, jumlah bayaran balik selama 25-30 tahun adalah hampir RM400 ribu dengan bayaran bulanan lebih kurang seribu lebih sebulan. Kalau gaji individu bawah RM3 ribu dengan isteri tidak bekerja, jangan mimpi la dapat miliki rumah sendiri tanpa ikat perut macam Ahli Parlimen. 

9. Apa yang dibisingkan rakyat ialah pendapatan kecil tetapi harga rumah terlalu tinggi. Cara Najib memudahkan pinjaman tidak menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mampu menanggung kos sara hidup dan pada masa sama terpaksa bayar pinjaman perumahan yang tinggi. Paling bungko apabila Najib menaikkan pinjaman perumahan dari RM500 ribu ke RM600 ribu. Rakyat marhaen ni jarang nak beli rumah harga RM300 ribu ke atas kecuali dia memang berduit atau bingai tak ukur baju badan sendiri. Jika rumah berharga RM500 ribu, bermaksud bayaran balik pinjaman hampir RM700 ribu. Itu kalau pinjaman kerajaan..kalau pinjaman bank mesti akan lebih lagi. Persoalannya, mampu ke rakyat bawahan yang berpendapatan di bawah RM3,000 nak membayar pinjaman perumahan berharga lebih RM200 ribu, tidak termasuk tanggungan kos kehidupan lainnya? 

10. Memang kerajaan sesebuah negeri ada meletakkan syarat kepada pemaju swasta untuk mendirikan rumah kos rendah bagi rakyat sesebuah negeri. Rumah kos rendah ini ditetapkan harga antara RM35 ke RM45 ribu. Tapi tengoklah bagaimana keadaan rumah kos rendah tu? Sesuai ke dengan sebuah keluarga - suami isteri dengan anak seramai 4-5 orang? Sebab tu gejala sosial semakin sukar dibendung sebab anak-anak lebih senang berpeleseran di luar berbanding duduk di rumah yang tak selesa. 

11. Di Negeri Sembilan, Mohamad Hasan pulak kempen "Duduk di Negeri Sembilan, kerja di KL" yang menyebabkan harga rumah di negeri ni pun jadi tak masuk akal. Bagi orang KL, harga rumah teres RM200 ribu di anggap murah, tapi TIDAK bagi orang Negeri Sembilan yang berpendapatan rendah. Orang KL ramai datang beli rumah di Negeri Sembilan memang la bagus, tapi mereka secara tak langsung telah menyebabkan harga rumah di negeri ini naik mendadak hingga tak mampu nak digapai oleh orang Negeri Sembilan sendiri. Harga rumah tak setara pendapatan rakyat Negeri Sembilan - pendapatan rakyat tak setara kemajuan. Malah harga rumah di kawasan Mohamad Hasan dan KJ di Rembau pun dah cecah RM350 ribu ke atas. Agak eh ramai ko orang kampong kek Rembau tu yang mampu boli?

12. Masalah di Malaysia ni, kawal selia industri perumahan sangat longgar. Pemaju kebiasaannya akan tawar rumah pada staf sendiri, bankers, peguam etc. dengan harga kompetitif, dan kemudian jual di pasaran terbuka. Kat situ dah wujud manipulasi harga. Belum termasuk harga tanah, hubungan kerajaan negeri/persekutuan dengan pemaju (lobbyist) yang menyebabkan harga rumah jadi semakin tak terkawal. Sebab tu rumah PPR yang sepatutnya cuma berharga sekitar RM50 ribu boleh meningkat kepada RM120 ribu di kawasan bandar. 

13. Ketidaksamaan pendapatan (income inequality) semakin melebar. Rakyat terutama Bangsa Melayu semakin sengsara dengan kos kehidupan yang semakin meningkat tetapi pada masa sama pendapatan boleh guna mereka menyusut. Sebab tu rakyat marah bila Ahli Parlimen yang kebanyakannya hidup mewah, dimewahkan lagi dengan kenaikan gaji.

14. Adakah ini strategi kerajaan dan pemaju untuk menghalau  Bangsa Melayu dari kawasan bandar dengan cara menaikkan harga rumah disebabkan ketidakmampuan Melayu itu sendiri?

15. Sebab itulah walau setiap tahun pun Najib bentang bajet, kehidupan rakyat tetap di takuk sama. Rakyat tak minta banyak pun, cuma cukuplah untuk mereka hidup selesa, dapat bergembira sekali sekala tanpa serangan kerajaan pada poket mereka. 

16. Hakikatnya Najib muflis idea..dan kalau macam ni la pe'el Najib mengurus tadbir negara hingga PRU-14, tak mustahil BN akan jadi pembangkang buat kali pertamanya di Persekutuan Malaysia.

19 comments:

  1. PROGRAM #PERMATA !!! KANTOI !!! #ZURAIDAHKAMARUDDIN MAK LAMPIR KENA BELASAH KAW-KAW DI #PARLIMEN !!... http://bit.ly/1sL6Mcj

    ReplyDelete
  2. Haha..strategi cina memang nak perhambat melayu balik kampung dan pinggir bandar sebab tak mampu nak beli hartanah yang harga juta2 dah sekarang. Ah jib gor cuma ikut rentak je cina2 ni semua. Kan nama dia pun nama cina. Kalau najib tak tolong pemaju cina, sapa lagi nak tolong. Plan cina ni mudah saja..mereka kuasai urban, sok bila dah memerintah..dibanyakkan kawasan parlimen cina. Dah terang2 cina urban ni tolak bn..tak jugak ah jib gor nak amik pengajaran. Dibantu lagi naikkan harga rumah. Bodoh.

    ReplyDelete
  3. Isu hg rumah ni memang jelas gov najib lemah dalam tadbir urus. Sbb tu cai najib tak berani komen takut kena balun. Dok spin ke isu pembangkang utk elak bincang isu properties yg dah tak masuk akal supaya rakyat lupa. Padahal isu ni dekat dgn kehidupan rakyat secara langsung. Wat 2 say..najib memang lemah.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan najib galak rakyat tambah hutang. "Berhati-hatilah kami dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan dimalam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." Hadis riwayat Al Baihaqi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya bkn takat galak rakyat berhutang je..sejak pegang mof pun hutang negara makan banyak bawah najib gor ni..

      Delete
  5. Saudara paneh tolong jangan sentuh pasal BR1M nanti penerima BR1M marah. Biar kos hidup tinggi sekalipun, asalkan dapat BR1M 3 kali bayar. Tq.

    ReplyDelete
  6. Brim penting juga..walaupun nampak sikit..tapi dapat digunakan time sesak

    ReplyDelete
  7. Tahun ni brim, besok vrooommm...kerajaan tambah hutang..lepas ni kena broom! !!!

    ReplyDelete
  8. X perlu brim pun xpe.....ambil duit yang Nak bagi tu untuk tampung subsidi.....

    ReplyDelete
  9. BRIM IDEA PALING BANGANG..

    ReplyDelete
  10. Patutlah byk tanah2 kt N9 kena gondol bt taman perumahan. Smpi kg2 org pun abis... Hutan dh makin pupus.. apa nak jdi? Byk sgt rumah yg beli nti saper? sedih aku tgk tiap kali balik kg aku abis sumer hutan2 & kehijauan...

    ReplyDelete
  11. Jangan salahkan bangsa asing mampu beli rumah,kenapa kita Melayu tak mampu,padahal yang mereka tu bukan nya kaya malah ada yang lebih terok dari kita,tapi mereka kerja kuat,berjimat cermat,rendah diri,satu rumah kadangx tiga keluarga duduk.Kita Melayu yang penting pandai merungut,komplain Kjaan tak adil tapi sanggupkah kita hidup macam kaum lain tu.Sikap meterialistik tu tebal dan semua perlu bantuan,yang murah dan yang baik adalah FREE.Gunakan otak yang malas tu buat kajian sebab apaharga rumah tinggi dan gunakan otak juga bagaimana hendak berusaha untuk berjaya membeli satu.Berhenti MERUNGGUT dan salahkan Kjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorg pencacai najib yang yg terlalu idealistik. Kau ingat semua org melayu senang mcm kau ke? Kau pernah ke buat 3 kerja sehari nak tampung hidup sampai tido pun x cukup mcm aku yg dah pagi ni pun masih belum dpt balik tido lagi? Kau ingat semua melayu malas macam kau ke? Bepijak la di alam realiti. Pagi2 sebelum subuh.macam ni elok kau bangun merayau tgk berapa ramai melayu yg bersengkang mata nak cari duit. Ngok.

      Delete
    2. Kajian apa yg ko nak buat bhai? Bagi contoh sikit.. Ko tak baca ke apa yg si paneh ni tulis?

      Delete
  12. Bila ada orang tulis sikit benda yang perlu diambil perhatian dan buat penilaian dicap pencacai Najib.Kalau malas tidaklah penulis membuat rumusan sebegitu rupa.Menulis untuk menggalakkan kita berusaha lebih kuat dan gigih setanding dengan bangsa asing untuk memajukan diri dan keluarga.Betul ke hanya orang Melayu saja bersengkang mata nak cari duit dan berapa ramai pulak bangsa lain bekerja hingga ke pagi dan blogging macam sdr di atas..Cuba selidik sikit berapa orang Melayu kita yang memohon PRIMA di Sbn,malah pehak bank pula merayu agar Bumiputera buat permohonan,butiran yang lain cari lah sendiri,tak payah nak buat kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik..sebelum ni suh buat kajian..pastu xyah kaji plak. Mana satu ko ni bhai? Bhai berapa ramai plak melayu yg mohon prima yg bank reject dgn alasan x layak kononnya? Ko penah kaji plak tak? Ko tau ke apa alasan bank? Dan lagi satu bhai..kenapa rumah prima smpi skrg xde satu pun yg siap? So apa hasil kajian ko bhai?

      Delete
    2. Payoh...payoh...pening abih doh..mapuh la lagu ni gak..

      Delete
  13. Awei,
    Kau pui tolan PANADOL banyakx,lopeh tu kelek ke Kelante.

    ReplyDelete
  14. Kesimpulannya ..
    Najib FAILED as a leader ..as PM .. Perlu diganti ...
    Tapi korang jangan sebut sebut nama Nuar pulak ganti Najib ..aku lutu nanti ..

    ReplyDelete

Blog Archive