Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, November 16, 2012

PRU-13 Bunuh Siapa?

Dalam beberapa temuramah sulit bersama mantan-mantan IGP, Timbalan-Timbalan IGP, Pengarah-Pengarah Cawangan Khas, Pengarah D6/D4/D8/D9 dan Komandan-komandan VAT 69 kecuali Fauzi Shaari (kini menjadi penceramah dan ahli Pas daftar di Taman Melewar), PRU-13 ialah peperangan indoktrinasi Ahlul Sunnah melawan Komunisme dan Syiah.

Sebanyak 10 pertemuan kecil bersama mantan-mantan PAT, PTD-PTD, PTU-PTU, PTL-PTL, Pengarah Perisikan ATM, Panglima Medan ATM dan Komandan Kem Sungai Udang, KD Panglima Hitam dan Komandan Kem PASKAU Jugra (kecuali 10 orang Pegawai Kanan ATM yang kini ikut Pas di Perak, 3 ikut DAP, 15 ikut Pkr; Kanan bermakna Kolonel ke atas), PRU-13 ialah Perang Psikologi Doktrin Pengikut Mazhab Shafie menentang Freemason (Pkr), Komunis (DAP) dan Syiah (Pas).

Apabila dapat beramah mesra dengan hampir 500 orang bekas Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Persekutuan sejak intake pertama tahun 1955 hingga 1980, semua 500 orang ini berpendapat bahawa PRU-13 ialah Perang Ekonomi dan Politik serta Agama kumpulan BN di bawah UMNO dengan DAP. DAP secara spesifik kerana DAP ialah kepala segala banjingan pasukan Pas+Pkr+DAP. DAP tidak pernah leka, tidur mahu pun tertawan dengan janji manis Pas dan Pkr. Agenda besar DAP ialah memastikan Wasiat 100 perkara DAP boleh laksana secara diam mahu pun bising-bising.

Dalam sembah hamba rakyat Raja kepada Raja-Raja Melayu, rupa-rupanya unsur cemas sudah lama melanda institusi DiRaja. Raja-Raja Melayu tidak dinasihati secara jujur oleh pembesar-pembesar UMNO. Ada pembesar UMNO buat "taik" dan palat dengan DYMM. Ada pembesar UMNO tidak tahu merendah akal budi dengan DYMM. Oleh yang demikian, DYMM-DYMM amatlah gusar kerana rakyat tiada pilihan. DYMM-DYMM tidak mahu Komunis, Syiah dan Freemason menjayakan kuasa eksekutif, kerana akan TERGADAILAH seantero Melayu dan alam Melayunya.

Nampaknya PRU-13 kali ini ialah PEPERANGAN PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH MERDEKA BARU 55 TAHUN. Apakah ini kebenaran atau ilusi?

Ramai kalangan pengundi MUDA, tak ambil peduli pun perenggan 1-4, kerana pada mereka apa ada hal? Kalau menang mereka buatlah kerja! Kepala hangguk kau! Apo kejadahnya komplot pembangkang yang dah menang nak ambil peduli pasal Melayu sebab Agenda Freemason, Syiah dan Komunis mana ada peduli pasal urusan mak bapak kita...

30 comments:

  1. PRK - Freemason, DAP - Komunis & PAS - Syiah... Abis itu UMNO apa? UMNO-BN menganuti ketiga-tiga fahaman/ajaran tersebut. Sebab tu dia boleh buat taik dengan semua orang, smua pihak tanpa mengira pangkat, darjat atau agama... UMNO-BN = Freemason + Komunis + Syiah.

    Jangan jadi bodoh suka-suka melabelkan orang...

    ReplyDelete
  2. Anon 2:47, 16 November 2012. Buat kajian dan dalami perlembagaan dan pergerakan aliran politik. Kalau kau dah taksub, Saka pun kau kata Qarin.

    ReplyDelete
  3. ok apa freemasonn komunis dan syiah kan ke mereka tu semuanya makhluk Allah swt bukan nya mahkluk asing.

    ReplyDelete
  4. UMNO itu adalah saka yang ditinggalkan oleh penjajah British ... Saka yang sentiasa menyelubungi orang Melayu untuk terus memperjuangkan fahaman kebangsaan yang sempit. Tak percaya rujuk AlQuran jangan rujuk Perlembagaan....

    ReplyDelete
  5. Freemason ke, syiah ke, komunis ke adalah lebih dari syaitan yang dikenali yang mana hidupnya sentiasa sesat dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  6. UMNO sunnah wal punah ranah sana sini.. kahkahkah layan je cai umno meragan dok fitnah parti lawan..

    ReplyDelete
  7. bodoh betul penyokong pembangkang ni, terima semua yang DAP kata. DAP akan memastikan Malaysia menjadi negara Kristian, mereka sudah menghalang azan melalui teressa kok, kau dah lupo ko. mereka sudah menghina raja2 melayu pada menyambut merdeka di selangor, Mereka persoalkan maulidur rasul seperti di penang,. Mereka hancurkan pendidikan melayu di selangor- UITM di Serendah dibatalkanatas hasutan DAP yang tidak suka orang melayu jadi pandai. Asrama PKNS di tengah KL dijual agar org melayu tidak belajar di sekolah kluster, pusat kemahiran tinggi di Sungai besar dibatalkan kerana nanti org melayu jadi teknologist, UNISEL diganggu pentadbirannya agar anak melayu yang belajar akan kucar kacir. Ikutlah kata2 agen freemason DAP wahai penyokong pembangkang, sama2lah hancurkan islam di malaysia bersama DAP. Korang boehlah jadi pencacai DAP. Pakatan Rakyat ketuanya adalah DAP, agenda DAP ialah kristiankan malaysia,bukan menjaga agama islam. Fikirlah wahai melayu pencacai DAP, anda akan menjadi hamba DAP untuk memusnahkan islam di MAlaysia

    ReplyDelete
  8. melayu deli adalah melayu yg dengki macam cai fuckatan.tengoklah nanti cino jual melayu.melayu mudah lupa kerana marah entah apa apa dengan pemerintah sekarang iaitu Umno.Bangang punya melayu.!

    ReplyDelete
  9. Aku tak suka DAP. Aku tak sokong PAS. Aku meluat dengan PKR. Tapi aku jugak makin meluat dengan UMNO - sesuka hati belanjakan duit rakyat, sesuka hati tanah air tergadai, sesuka hati jual bangsa sendiri. Jadi apa aku akan buat? Mungkin aku takkan undi sesiapapun. Adakah aku bodoh? Katalah apapun, aku ada pendirian sebagai seorang Melayu. Mungkin aku bukan seorang yang berperasaan begini!

    ReplyDelete
  10. Me too. I dunt like umno,but i hate PR the most.no prinsiple.macam rojak. Perjuangan carca marba macam bahasa yang aku pakai ni. Aku rase kalau candidate najib betol, aku dan rakan2 pasti pilih mereka. We have no choice except to choose! Allah pun bagi kita pilihan utk pilih syurga atau neraka.kekadang kita yg buto!

    ReplyDelete
  11. DAP? Bukanke idea 1Malaysia tu dicilok dari DAP? Sebabnya dalam DAP dah tentulah ada cina, melayu pun ramai, india dan jangan lupa benggali pun ada, itu Karpal Singh yg Pengerusi DAP tu tak kanlah lu nak kata cina juga weiii,

    ReplyDelete
  12. 2nd Time Voter,
    You had seen what the present govt had done and how the PR administered those five states.Draw a conclusion and use your intelligence which one benefit you most that effect your daily life.I think you are matured enough to make decision and to exercise your right.Good Luck.

    ReplyDelete
  13. How i wish that UMNO would consider the humble opinion of insignificant Malay like me. Does it matter to Najib how we feel about his wife who is acting like the de facto PM? No, our opinion does not matter at all to him. So be it. Probably, Najib also feels that our vote does matter to him. Probably UMNO also feels that Malay votes are no longer important. Pergilah kejar undi di Batu Caves, tak payahlah risaukan undi di Negeri Sembilan. Kami ni bukannya penting pun di mata UMNO..

    ReplyDelete
  14. What i meant, probably Najib also feels that our vote does NOT matter to him..

    ReplyDelete
  15. yeaa...!!kesucian agama ku tercemar..!!negara ku tergadai..bangsa ku berkecai...tahniah kerana telah memilih DSAI..!! setelah semua hancur...mati pun kamu tidak punya kubur...'sejahat2' dan 'sebusuk2'UMNO..kita masih lagi pergi solat di masjid,pergi sekolah,pergi ngaji,masuk hospital tak belanja besar...dari utara ke selatan jalan bagus..apa lagi yg penyokong PR mahu kan?? jenis tak bersyukurnya manusia spt kamu semua...tunggu lah..jika dah hancur baru nak menyeal??dah tak berguna lagi...

    ReplyDelete
  16. Anon Nov 17 1:09 AM: U're missing the point. Ramai antara kami ni bukan penyokong DSAI pun. Tak sefikiran juga dengan PAS. DAP jauh sekali. Tapi adakah itu bermakna UMNO satu-satunya pilihan kami? Adakah itu bermakna UMNO boleh mengambil kesempatan dengan menakut-nakutkan orang Melayu? Don't overdoing it. Melayu adalah satu bangsa yang suka memendam rasa. Don't take us for granted. Bila tahap meluat kami ke tahap maksima, dan kami rasa dipergunakan hanya masa pilihanraya, suka hati kamilah akhirnya nak undi atau tak undi siapa pun. A word of advice kepada jentera pilihanraya parti manapun - jangan under estimate undi yang berpunca dari kemarahan yang terpendam. Kerana itulah BN hilang kuasa di Selangor. Tapi apa reaksi UMNO - tak pernah belajar dari kesilapan dan makin membangkitkan lagi kemarahan orang Melayu. Tak habis-habis memperbodohkan orang Melayu. Seolah-olah pendapat kami tak penting. Sentimen akar umbi Melayu tidak diambil kira dalam dasar dan hala tuju kerajaan. Kalau begitu, undi kami tidak juga penting kepada UMNO. Mungkin akhirnya yang penting kepada UMNO, hanyalah undi di Batu Caves..

    ReplyDelete
  17. Anon 7.10,
    Tolong semak catatan anda,siapa yg memperbodohkan orang Melayu.Anda berselindung dgn mengatakan anda tak suka DSAI,tetapi dari coretan yg lain jelas anda penyokong TOTOK beliau.Orang Lalat Hijau dan Parti Keldaian memang pandai menjadi sesumpah,rela di perbodohkan olih pemimpin masing-masing.Nak kato Bangang ada otak,nak kata Biol bolih menulis,nak kato Sewel nampak bagus dan nak kato Sasau bolih lak lontar fikiran.Hari-hari nampak dan dengar penipuan tetapi masih mempercayainyai.Apa yg kerajaan tidak lakukan untuk membela Orang Melayu.Hanya orang Melayu yg saperti anda yg tidak menafaatkan peluang yg telah diberikan dgn sepenohnya merasa kecewa.Itu salah anda sendiri mengharapkan semua datang mengolek dan takut mengharong cabaran.Buka mata sikit apa yg telah dilaksanakan olih PR untuk orang Melayu di negeri mereka tadbir.Gunakan pemikiran yg waras,buat perbandingan dan jgn membuat justifikasi yg melulu untuk anda membuat pilihan.Salam

    ReplyDelete
  18. Anon 8:51 AM, terpulanglah nak percaya atau tidak. Seikhlasnya, saya memang tak suka DSAI. Saya bukan sesumpah. Saya bukan orang PKR. Tapi saya juga kecewa dengan UMNO sekarang. Percayalah ramai orang seperti saya. Kami ni sekadar pemerhati kepada segala permainan politik u all. Mak Long dan Mak Ngah di kampung juga ramai yang kecewa dengan UMNO sekarang. Sejujurnya, kami juga tak pasti siapa PM yang sebenarnya. Peringatan rakyat biasa ini harus diambil secara positif, sekiranya UMNO masih mementingkan sokongan orang Melayu. Kami rindukan zaman kepimpinan Tun Mahathir. Kami akan sokong UMNO dalam undi rahsia kami kalau UMNO kembali ke perjuangan asalnya.

    ReplyDelete
  19. Anon 10.04.
    Saya bukan orang UMNO tetapi saya orang MELAYU.Saya tidak merasa apa yg saudara rasakan dan mungkin Mak Ngah dan Pak Ngah di Kg bersetuju dgn saya.UMNO bukan maksum tetapi lebih baik drpd parti lain di negara ini.Kita mestilah tahu bersyukur dan berterima kasih kpd pihak yg tela memberi dan membela bangsa kita.Saya dan majoriti rakyat kenal siapa itu Najib dan kami juga mengikhtiraf jasa-jasa Tun Mahathir.Be practical,use your intelligience in making decision and not base on emotion.Accept reality and avoid perception or hearsay evidence.Your vote is your entitlement but do not drag others as to have the same opinion as yours.Yes I agreed that UMNO had hiccup here and there but as far as I am concerned it never deviate from its objectives why it was formed.I hope you are matured enough to realise this.Salam

    ReplyDelete
  20. Saya juga seorang Melayu yang sekadar cuba menyampaikan apa yang kami rasa untuk kebaikan bangsa Melayu. Setiap orang berhak dengan undi masing-masing dan tiada sesipa yang cuba mempengaruhi sesiapa. Sekiranya UMNO terlalu ego dan sombong untuk memperbaiki diri serta menerima hakikat yang sukar diterima, dan tidak peduli lagi dengan sentimen orang kebanyakan, biarlah si luncai terjun dengan labunya..

    ReplyDelete
  21. Yang buat aku menyampah dengan umno....

    - atas nama nk tolong melayu, projek/ kontrek kerajaan bernilai 100juta (kos dengan keuntungan) boleh menjadi 250juta. Cuba bayangkan lebihan 150juta duit rakyat ti boleh buat apa? Yang lebih celaka, orang yang dapat projek, jual pada cina. Siapa pengkhianat melayu sebenarnya? Cara beginilah yang membuatkan ramai melayu dalam umno kaya raya terutamanya ketua-ketua bahagian dan cawangan, tak terkecuali jkkk. Sebab tu perebutan kuasa dalam umno bukan perkara biasa.rebut kuasa bukan kerana nak berkhidmat, tetapi apa yang boleh diperolehi dengan kuasa tersebut. Benda ni bukan rahsia mana pun...

    ReplyDelete
  22. Korang totok umno ni pong pang pong pang pasal cina. Tapi najib boleh kata hari2 bagi cina itu ini. Apasal suma diam?

    ReplyDelete
  23. Eden sotuju dongan pandangan ekau. Eden frust boto sekarang ni. Den pun tak tau nak undi sapo. Oghang UMNO ni asyik nak kayo kan diri yo. Sampai ko JKKK kaki sapu. Bilo kito togor, molonting. Dikato kito oghang PKR pulak. Dah tu, kalau kito sampaikan apo yang ombong den cakap, dikato eh kito buek coghito. Nasiblah kau nogoghi, pilihanrayo ni ontah apo nak jadi kek N9 ni.

    ReplyDelete
  24. Kau tahu problem kat UMNO jo sobab kau penyokong UMNO.Kau tahu ko problem yg loibih bosar kek PKR dan PAS di NS ni.Kau kato UMNO nak mentedarah duit jo,kau marah kau tak dapat tempias duit tu.Dag 55 thn UMNO control di NS ni tapi taklah setorok PR di Sgor,baru 5 thn habih ditibainya semua harta negeri.Bukak mato kau sikit Jang.

    ReplyDelete
  25. Eden tak sikitpun berharap kek duit UMNO. Syukur Tuhan bagi den rezeki yang cukup. Eden pun bukan orang politik. Tapi satu den nak komen, apo pasal orang UMNO bilo nak pertahankan diri, mesti:
    1. Cakap yang komen tu bangang,
    2. Tuduh yang komen tu sokong pembangkang,
    3. Ungkit segalo kebaikan lampau,
    4. Cakap parti lain jauh lobih teruk,
    5. Mulo menakut-nakutkan.
    Itu yang den tak paham. Apo salahnyo bincang caro professional. Macam mano proses tender diperbaiki misalnyo supayo tak do orang boleh ambik kosompatan.
    Tapi kalau setakat nak buek perbandingan parti mano lobih power dalam membalun duit rakyat - kok dek kau lah. Kubur pun masing-masing. Kalau kito balun duit rakyat, satu sen pun, esok jawablah kek padang mahsyar nanti. Tak kiro lah ekau parti cap apo pun jang oi.

    ReplyDelete
  26. Orang UMNO tak perlu risau pasal padang mahsyar. Mereka dah dijanjikan syurga dan dikecualikan dari hisab, berkat pemerintahan selama 55 tahun :-)

    ReplyDelete
  27. Anon 10.51'
    Kerana bincang cara professionallah ni kita kena support dgn facts.Bukan untuk menakutkan tapi yg betul tu perlu diakui dan diiktiraf.Sejarah dan pengalaman masa lampau mesti diambil iktibar.Yang baik tu perlu dikekalkan dan yang buruk perlu ditukar atau di perbaiki.Mana anda tahu semua yang kemukakan pendapat di sini ada lah orang UMNO.Tidak perlu menjadi orang UMNO untuk mengiftiraf sesuatu kebaikan dan membentangkan keburukkan pihak lain,tetapi sebagai saorang rakyat kita mesti ada sikap t/jawab untuk memberi pandangan.Biarlah sesiapa yang telah melakukan kemungkaran di dunia ini akan menerima pembalasannya di Akhirat kelak,seperti yang saudara tulis kubur itu masing-masing.Salam

    ReplyDelete
  28. Ameno parti rasuah..pcayalah ini fakta..amboi profesional kan komen saya ini?tolak umno melayu dan islam selamat.sokonglah parti bulan.takbir

    ReplyDelete
  29. Apa ke bondo askar jd tahik ameno ni?

    ReplyDelete
  30. polis dan tentera kena cucuk hidung..rumah meka byk yg teruk, elaun pindah byk yg belum di byr, jenayah kini makin berani, ramai polis di kl buat apa, jual vcd, warga asing berkeliaran, sundal bersepah, tak di tangkap, berapa ramai peragut d tangkap sejak nkra di lancarkan, buang duit rakyat, taman perumahan kini da x selamat, tetak sana sini, tembak sini sana, bunuh pun byk...takbir..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive