Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 2, 2014

Najib bijaklaksana..

Hujung minggu ni Hari Raya Haji/Korban. Esok mesti ramai yang nak balik kampong..

Balik kampong mesti nak kena isi minyak..bukan boleh isi pakai 'kencing' menteri..

Harga barang persiapan Raya Korban kompom akan naik sedikit sebanyak..harga tiket bas balik kampong pun dah naik..lori yang hantar ternakan untuk dikorban ke rumah-rumah pun mesti akan naikkan caj..alasan harga diesel naik..teori domino..

Bila dah balik raya di kampong, mesti akan kumpul ramai-ramai...jumpa sedara-mara...jumpa member...jumpa orang kampong...berewang sesambil sembelih korban..

Bila dah kumpul ramai2 tu..tentu semua akan borak pasal harga minyak naik..akan kutuk2 kerajaan..kutuk Najib..pertikai belanja Rosmah shopping..kutuk Ahmad Maslan yang asik bagi alasan harga minyak kita lagi rendah dari negara lain..kutuk KPDNKK sebab harga barang tak pernah turun..kutuk UMNO..kutuk BN..

Natijahnya ibadah korban yang sepatutnya diberi ganjaran pahala akan bertukar menjadi dosa sebab rakyat dah naik minyak..

'Hebat' sungguh TIMING kerajaan naikkan harga minyak ni..kan?

Yang hairannya masa raya Melayu pula dinaikkan harga minyak..masa raya Cina tak pulak naik..

Mungkin kerajaan akan bankrap kot kalo naikkan harga minyak lepas Raya Haji..

Mungkin juga kerajaan nak tunjuk masa bentang Bajet 2015 nanti yang kononnya kerajaan masih ada duit..kononnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat..dan disebabkan itu kerajaan akan naikkan BR1M..bantuan sekolah..insentif cukai..bla..bla..bla..

September 2013, Najib pernah cakap yang kerajaan dapat jimat RM1.1 bilion dengan pengurangan 20sen subsidi minyak - TAPI kantung kerajaan pula susut lebih RM4 bilion disebabkan pemberian BR1M. Jadi kalo ikut sifir mudah..bukan ke lagi jimat kalo tak payah bagi BR1M? Jumlah rakyat Malaysia lebih 30 juta dan penerima BR1M hanya melibatkan 7 juta orang yakni mewakili kira-kira 23% penduduk ..so nampak tak 'kebijaksanaan' Najib di sini?!

Agaknya mana rakyat lebih suka - harga barang kekal rendah dengan kuasa beli tinggi..ATAU dapat BR1M?

Apa guna kerajaan kononnya dapat jimatkan berbilion ringgit dengan pengurangan subsidi kalau duit yang dijimatkan tu habis berbilion untuk bayar KONSETAN dan berbilion lebur dek 1MDB..

Kalo berterusan macam ni, apa bezanya sokong Najib berbanding sokong Anwar sebab dua2 pun sama saja nak menghancurkan negara ni..dua2 pun sama saja gilakan pujian Amerika..dua2 pun sama paloi..

Yang kaya kekal kaya..yang miskin bertambah miskin..

Ketika harga komoditi minyak dunia dalam trend menurun..kerajaan Malaysia pula buat keputusan naikkan harga runcit minyak domestik..bukankah pelik?!

Salam Eid-al-Adha buat semua..

Bodoh punya statement..

14 comments:

  1. Konsetan yang 2-3 org je dapat RM7.1b.
    Penerima br1m 7juta org dapat RM4b.
    Sapa lagi untung?
    Tu belum kira RM11b belanja hangus untuk kempen 1Malaysia dan "I Love PM".
    Jimat berbilion..habis pun berbilion atas perkara tak berfaedah.
    Memang bijakkkkk...

    ReplyDelete
  2. Masa ni la nak jimat subsidi. Raya ni lg ramai org guna minyak, lg banyak la subsidi kena bakar dek minyak. Long weekend lg, sume bangsa join balik kg.Gomen dah tak larat nak bear subsidi tu kott.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin UMNO ni mmg syok sendiri, klu la pembangkang M'sia ni tak haprak mcm skrg ni, lama dah UMNO ni bungkus.
    Bukan nak ungkit, cuma nak ingatkan aje, bg yg berpndptn tinggi, 12 bulan kerja, 3 bulan hasil adalah sepenuhnya utk bayar income tax sahaja, belum lg cukai cukai yg lain. Then see how they spend tax payers money ? Mmg sakit hati.

    ReplyDelete
  4. i tot pak lah was a rotten PM...but dearest ah jib boeing is worst then him...OMG...OO ALLAH please take away this most stupid PM from us so that we Malaysian especially Muslims can live peacefully with all the people of all races and religion without those nuisances from the racists and rioters...and take away too those who think and say Malaysia is not ideal place for them and put them in the country of their dream so that we can do our routine chores in our homeland without any heartache and illfeeling towards each other...aamiinnnnn

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya Najib semakin menggila..

    Kalau tak beri sesen BRIMM pun takkan naik apa2 barang atau kesan berantai.. tp krn alasan BRIM.. kesan berantai akan dirasai semua tak kira miskin kaya.. apakah Najib sgt lembab sehingga tak reti fikir atau memang ini caranya untuk hancurkan Krjn BN?

    Skrg naikkan harga petrol diesel ibarat menaikkan semua perkara.. sbb kedua bahan itu ialah 'ibu' segala kos..dan kenaikan..kesan rantaian.

    Kalau takbagi BRIM harga roti canai takkan naik.. tp naik harga petrol diesel confirm harga ikan kembung pun akan mencanak naik.. so Najib ini akalnya sudah berada di alam lain agaknya? Untuk apa beri BRIM jika margin kos sara hidup naik semua orang tak kira orang kaya atau miskin terheret jadi mangsa, yang terus kaya ialah taukeh2 Cina yang akan ambil peluang ini untuk 'masak hangus' pengguna.. naik harga berlipat ganda.

    jadi apa kesannya memberi BRIM atau tak lebih pada tipu helah?

    Celakalah Najib!

    ReplyDelete
  6. najib memang bijak. bijaksana, bijaksini, bijaksitu dan bijaksinun. ini semua hasil nasihat dari 'punahsihat2' dan 'konsetan2' yang bergaji berjuta rm tu. aku nak cabar pak2 menteri dan pengarah2 agensi kerajaan kena pakai duit sendiri isi minyak. tak payah lama, 3 bulan dah cukup. nak tengok dan rasa denyut nadi rakyat kena la buat begitu.

    ReplyDelete
  7. Bagi aku najib ni muflis idea nak selesaikan masalah ekonomi. Paling senang bagi dia ikut je nasihat konsetan yg mmg kita tau pro pembangkang dan yahudi. Jalan singkat nak hancurkan negara. Kalo dah takde idea sangat elok berambus sajalah najib.

    ReplyDelete
  8. sebulan dua lepas ni senyap la isu minyak ni. rakyat boleh membeli macam biasa.

    ReplyDelete
  9. Najib dah kena penyakit Pak Lah....
    Dulu Pak Lah naikkan 30sen....rakyat tarik turun

    Sekarang Pak Najib naikkan 20sen & nak pekena orang Melayu utk raya qurban... kita dah kena qurbankan oleh Najib...

    ..... masih perlukah kita sokong Najib?

    Atau melayu dah tak ada choice... sokong PAS serupa aje sokong PKR dan DAP.

    Kalau PAS berdikari.... aku yakin melayu akan sokong PAS.

    ReplyDelete
  10. Najib Nie tak der Idea... Harapkan Konsultan..

    Jadi Kenapa Masih jadi PM dan Presiden UMNO?

    Salahnya Orang Pekan, pilih Calon Bodoh..

    Salah UMNO pilih Presiden Boddoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu dalam UMNO , PKR dan PAS serupa aje yang cerdik DAP, MCA dan MIC, dapat lebih daripada Melayu dapat.

      Delete
  11. Semua orang dok sekeh kepala PM sebab harga minyak naik......, dekat raya pula tu. Aku pun nak tumpang sekaki....TUT...TUT...TUT...nah ambik 3 kali. Puas hati aku......dapat sekeh kepala PM sama...sorry lepas geram. Kalu aku naik minyak tentu aku sekeh lebih dari itu......terpaksa lepas geram.....apa nak buat.....

    ReplyDelete
  12. Kita simpan dendam kita pada pru14 nanti..turunkan semua yg syok sendiri..PAS kalau berdiri sendiri tanpa org mat liwatvdlm.PAS kita sokongvPas caya lah Melayu x mengharap pada Umno dgn prrsiden yg ada skg fan Naib President skg ni

    ReplyDelete
  13. Masa funeral Tun Suhailah, RM kena interview dengan RTM, RM kata Tun Suhailah tu First Lady.

    Kalau dia hadap sangat nak mengaku FLOM, mengaku lah, tapi jangan sampai babitkan orang yang dah arwah dan tak pernah terfikir pun diorang First Lady masa hidupnya.

    Sedangkan Malaysia bukan negara Republik. Hanya bini Presiden sebuah negara Republic dipanggil First Lady. Lagipun, kat Malaysia, Permaisuri Agong kan ada. Permaisuri Agong adalah First Lady, bukan bini PM.

    Ke RM dan Najib nak sangat Malaysia jadi negara Republik? Padanlah beriya-iya hancurkan Melayu dan Islam!

    ReplyDelete

Blog Archive