Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, March 1, 2012

Salam Takziah

Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.

RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.

Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.

“Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.

“Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan,” katanya.

*********

Che Arminudin Abdullah atau dikenali oleh rakan-rakan dengan nama Cheok adalah rakan karib salah seorang warga Paneh Miang. Semasa hayatnya Cheok dikenali sebagai seorang rakan yang baik hati, pandai memujuk dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang tinggi. Salam Takziah dari kami warga Paneh Miang. Kepada isteri beliau, Marzuany Syuhaida Mohamad Syukri dan keluarga diharap bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini. Moga roh arwah suami dan anak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive