Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, March 5, 2012

MBN N9 perasan?!


Salah satu komentar dalam posting sebelum ini menyatakan "Kalau nak cari salah, kita akan dapat salah." Hakikatnya, Paneh Miang bukan sengaja nak cari salah, TAPI kami TERJUMPA salah. Dan apabila kita terjumpa salah, perlukah kita diam? Atau mengkritik untuk membetulkan salah supaya ianya tidak berulang, atau supaya ianya tidak dijadikan peluru oleh pembangkang?

Artikel "Tok Mad dah nengok ko bolum video nih... jelas tidak menyentuh secara langsung mengenai MBNNS, apatah lagi si Puan Presiden. Sudah terang lagi bersuluh artikel itu ditujukan kepada Ahli Mesyuarat Belia & Sukan Kerajaan Negeri Sembilan. Tapi entah apa kalutnya, lain yang diusik, lain pula yang meloncat. Sebab itulah agaknya Allah SWT melarang wanita menjadi pemimpin, sebab kaum hawa ini mudah sangat terbuai emosi. Ambil contoh Shahrizat sajalah, dicuit sedikit terus melatah menyinsing lengan.

Tiba-tiba si Puan Presiden nak berdiskusi dengan kami. Konon demi kemajuan dan kepentingan belia Negeri Sembilan? Hehehe...adakah jemputan ini ikhlas? Apakah ianya demi ego seorang presiden; atau kerana ingin mempertahankan 'kemaluan' Exco Belia & Sukan? Dah terantuk, baru nak ajak berdiskusi? Sebelum ini Presiden yang sama telah menyombong dengan sahabat. Lalu disebelah pun tidak ditegur sahabat. Malah dituduh pula sahabat cuba menjatuhkan dirinya yang konon hebat. Adakah itu yang dinamakan sahabat? Jika benar-benar faham apa itu persahabatan, maka tidak akan keluar tuduhan sahabat mahu menjatuhkan sahabat. Maknanya Puan Presiden sendiri keliru akan pengertian sahabat yang diterapkan dalam organisasi sejak puluhan tahun yang lalu.

Tapi bila dah tersepit dan terdesak, barulah nak cari sahabat. Tidak pula sebelum ini diajak sahabat untuk bersama terlibat menyumbang bagi menjayakan program yang ingin dijalankan. Kini barulah nak ajak sahabat berdiskusi, tapi dibiarkan pula anak buah mencaci maki, mencarut, dengan segala macam fitnah terhadap sahabat. Jadi apakah maknanya persahabatan itu?

Namun sebagai sahabat, kami tetap menyokong program anjuran sahabat. Sebab itulah warga Paneh Miang beserta keluarga dan handai taulan, tetap berkunjung ke program-program yang dianjurkan bersempena Karnival Belia Negeri Sembilan. Hadir dengan niat ikhlas untuk bersama meraikan program sahabat. TETAPI lain yang kami harapkan, lain pula yang kami temui. Itulah maknanya TERJUMPA salah, dan bukannya sengaja mencari salah.

"Karnival Belia Negeri Sembilan 2012 antara karnival terbaik yang pernah dianjurkan di Malaysia." Hehehe...iya ke?! Kami tak tau nak respon macamana bila mendengar pujian melangit sebegitu daripada seorang AJK program Karnival Belia NS. Apakah ukuran yang digunakan untuk membuat penilaian sedemikian rupa? Walaupun kami akui terdapat juga beberapa program menarik disepanjang karnival berlangsung seperti Bengkel 3K, Bicara Pelajar/Mahasiswa, mahupun Bengkel Pemadanan Perniagaan (Business Matchmaking Event), tapi tampak hanyalah 'Mat-Mat Poyo' yang kerap kelihatan hadir dalam program-program bercorak sedemikian anjuran pelbagai pihak sebelum ini. Nak dikatakan ramai muka baru...jauh panggang dari api.

Adakah pihak penganjur sentiasa memantau setiap aktiviti yang diadakan? Mengambil contoh Pertandingan Melukis Kanak-Kanak, adakah petugas mengambil tahu rungutan ibubapa yang hadir membawa anak-anak mereka? Ini kerana kami telah terdengar pelbagai rungutan daripada ibubapa mengenai tahap keperihatinan pihak penganjur. Kemarahan ibubapa bertambah apabila anak-anak mereka mula merengek meminta air Coke yang diedarkan secara percuma semasa pertandingan itu. Wajarkah air Coke diberikan dalam aktiviti yang dikhususkan untuk kanak-kanak? Tidak bolehkah minuman bergas itu digantikan dengan milo atau susu, mahupun minuman berkhasiat lain yang lebih sesuai dengan faktor umur kanak-kanak?


Dalam dewan pula disediakan acara temuduga bagi membuka peluang pekerjaan kepada belia yang menganggur. Paneh Miang sempat berada di sana ketika proses mencari kerja berlangsung dan sempat berbual dengan beberapa pengunjung yang berada dalam dewan. Kebanyakannya merungut kerana pameran itu seolah tidak mendapat sokongan pihak syarikat swasta (lihat gambar). Kurang daripada 30 buah syarikat yang mengambil bahagian, kononnya bagi menyediakan peluang pekerjaan. Namun syarikat-syarikat yang mengambil bahagian kelihatan seolah tidak membuat persediaan. Hampir kesemua syarikat di setiap booth tidak bersedia dengan acara temuduga serta menyusahkan pengunjung dengan pelbagai karenah birokrasi. Yang banyak kelihatan ialah syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pekerjaan sebagai agen. Jelasnya, program kerjaya yang dianjurkan dalam Karnival Belia NS gagal mendapat sambutan jika hendak dibandingkan dengan program seumpamanya sepertimana yang pernah dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia.

Beberapa hari meninjau booth-booth perniagaan belia di sepanjang karnival berlangsung dipadang Majlis Perbandaran Seremban, kelihatan pengunjung tersangatlah kurang. Malah di waktu-waktu tertentu, hampir tiada pengunjung. Kami mencadangkan agar pihak penganjur mendapatkan maklum balas daripada para peniaga yang telah mengambil bahagian dalam program karnival tersebut. Ini kerana kami banyak menerima rungutan daripada para peniaga yang tidak berpuas-hati dengan kerugian yang terpaksa mereka tanggung.

Jika jumlah pengunjung di Karnival Belia Negeri Sembilan ini dijadikan ukuran terhadap tahap sokongan komuniti belia kepada kerajaan BN Negeri Sembilan, maka BN dijangka bakal berdepan masalah bagi mendapatkan undi daripada pengundi muda Negeri Sembilan. Sesuatu perlu dilakukan segera oleh BN bagi menarik sokongan belia & pengundi muda di Negeri Sembilan.

Selagi Abdul Samad Ibrahim kecut sehinggakan 5 kali gagal membentangkan Rancangan Pembangunan Belia Negeri, Negeri Sembilan (RPBNNS 2) dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, maka sampai bila-bilalah entah ke mana hala tuju belia di Negeri Sembilan.

Mungkin kertas kerja RPBNNS 2 tidak mencapai tahap minda dan akal Abdul Samad Ibrahim untuk melakukan pembentangan; atau Abdul Samad Ibrahim sendiri yang miskin intelek untuk mendepani transformasi paradigma belia alaf baru. Jika begitulah halnya, buat apa lagi disimpan Exco Belia & Sukan ini? Ramai lagi orang lain yang lebih bijaksana!

8 comments:

  1. Salam PM,

    Anggap sajalah belia ni masih mentah. Akal tak panjang. Maafkan saja mereka.

    -Pakteh

    ReplyDelete
  2. pengundi Tg IpohMarch 5, 2012 at 3:30 PM

    Yang UMNO ambik Samad bertanding dulu buek apo? UMNO tak ado oghang laiie. Yang elok kalah pemilihan parti sobab MB nak oghang bangang yang buleh di sughuh aghah.

    Padan muko. Apo Samad tu tau? UMNO macam tu. Yang bodoh naik, yang cogodek dibuang. Samad tu, tak tak pandang sobolah mato pun!

    ReplyDelete
  3. Pak Teh,

    Tegur menegurkan amalan mulia jika ikhlas kerana Allah. Yg menegur kena berhemah dan yg ditegur berlapang dada..... tapi posting Paneh Miang yg dulu menyebabkan YB dan Pn. Presiden MBN meloncat-loncat. Betul kata komen seorang rakan pembaca, dua2 rasa boleh jadi 'winable candidate', seorang masih berangan nak jadi YB dan seorang nak bertanding jadi YB......alahai MBN

    ReplyDelete
  4. Bro kok nak dapek sokongan orang mudo dalam PRU 13 hargo ROKOK kono turun sobab eh orang mudo akan menjadi ponuntu politik akan datang (bukan kuasa kotigo hassang RIM)....den dah 42thn bersama "Lucky Strike" OK. Memang boto UMNO Pilah/Senanti ateh daripado Bungko ekau tengok apo yang ado kek Bandar Diraja Seri Menanti 1 dunio tergolak Bro.....

    ReplyDelete
  5. Wan Salwati ni cabar Paneh Miang berdiskusi kononnya sebab nak divert isu kegagalan Karnival Belia NS. Rugi banyak dengarnya. Sampai berhutang sana sini. Peniaga pun boikot taknak bayar sewa. Karnival Belia NS satu projek GAGAL MBNNS. Menjawab la Puan Presiden. Itulah balasan orang yang angkuh. Samad pun perlu jawab. Dia yang dok bela sangat Wan ni. Skrg kau amiklah habuan. Last la kau jadi adun ni Samad. Kau tggu la kau jatuh sok. Masak la orang negori kojokan kau.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga kalau bagi Presiden MBN nie perempuan, kalau projek belia gagal ....alah org perempuan bagilah muka sikit, sekali kenyet mata selesai masalah. Tu belum dikira ajak ke katil. Perkara nie ada asasnya juga walaupun gagal dlm projek pertamanya Wan Salwati tetap diberi tanggungjawab lain sebagai AJK Yayasan Adat dan Warisan N9. Wan Salwati, ko nak pegang jawatan banyak2 nie terbuat ke??? atau nak kumpul resume sbb nak jadi calon PRU ke-13. Usah bermimpi di siang hari. Nama ko baru dicalonkan aje beratus-ratus peluru pembangkang sampai.

    ReplyDelete
  7. Salam..tumpang tnya..Yb Samad ni YB Sri Menanti tu ke? Kenapa..dia x ok ker?

    ReplyDelete
  8. letak jawatan la presiden MBN NS... gagal laksanakan tugas dan banyak perjuangan untuk kroni jo..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive