Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 8, 2012

Untuk WANITA sahaja...

Lumrahnya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya. Sangat besar erti kehadiran seorang wanita di setiap kejayaan kaum lelaki. Keindahan dan kecantikan seorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki, warga Paneh Miang ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia terutamanya ibu kami, wanita yang telah melahirkan kami di dunia ini dan tak lupa juga kepada Isteri yang berjaya mencuri dan bertakhta dalam hati kami ni. Kepada para wanita pembaca Paneh Miang, raikan hari anda dengan senyuman dan penuh kasih sayang.

p/s: Dengarnya ada pakej melancong ke Kazakhstan sempena Hari Wanita Sedunia. Sila hubungi NFCorp untuk maklumat lanjut.

1 comment:

  1. semuo orang muji pompuan hari ni..selamat hari pompuan..bawa lah berjalan ke tompek sejuk..ke Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

    ReplyDelete

Blog Archive