Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 20, 2013

Rosmah pun dah kurang makan gula tau!!

1. Ada seorang Menteri Besar sebuah negeri menjawab persoalan rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik subsidi gula dan tepung adalah disebabkan pelabur asing (peniaga) di negara ini mengaut keuntungan menggunakan kedua bahan subsidi tersebut dalam produk keluaran mereka untuk dieksport ke luar negara.

2. Mudahnya kerajaan buat keputusan?! Disebabkan peniaga buat untung daripada produk bersubsidi, maka rakyat yang perlu tanggung beban kenaikan harga. Dan kononnya kerajaan dapat jimatkan RM1.3 billion setahun daripada pengurangan subsidi. Itupun lebih 1% bersamaan RM1.5 juta daripada penjimatan tu dah dihabiskan untuk tanggung rombongan Rosmah ke Qatar. Mana taknya...kos minyak jet peribadi Rosmah saja dah dekat RM500k. Itu baru satu trip. Dalam setahun berapa kali rombongan Rosmah ke luar negara? Silap-silap boleh habis penjimatan subsidi. Ini semua nasihat konsetan ke?

3. Semua pun maklum sejak sekian lama kumpulan peniaga yang mengaut keuntungan daripada subsidi barangan keperluan. Walau bagaimanapun keputusan kerajaan untuk membebankan rakyat instead of kumpulan peniaga adalah sesuatu yang boleh diperdebatkan.

4. Tanpa mengambil kira musim perayaan dan kenduri kendara, berapa banyak sangatlah isi rumah guna gula, tepung dan minyak masak dalam sehari atau seminggu? Habis 2 kilo?

5. Biasa kita lihat di mana-mana pasaraya akan ada label, "Pembelian tidak boleh lebih 2 kilo" untuk gula/tepung dan "Pembelian tidak melebihi 2 botol" untuk minyak masak etc. Tapi jika pemilik restoran hantar 5 orang pekerjanya beli gula/tepung atau minyak ke pasaraya dan membayar di kaunter yang berlainan, dan diandaikan pula setiap pekerja beli 2 kilo atau 2 botol, dah tentu restoran tersebut akan dapat 10kg gula/tepung serta 10 botol minyak masak. Itupun 10kg atau 10 botol itu hanya dapat bertahan sehari saja penggunaan, terutama di restoran mamak, dan esoknya akan diulang lagi taktik pembelian yang sama.

6. Itu untuk peniaga makanan kecil-kecilan atau restoran, bagaimana pula dengan pembelian untuk kilang produk berasaskan makanan? Bagaimana pula mereka beli gula, tepung dan minyak yang disubsidi dalam jumlah yang besar untuk bahan asas produk keluaran mereka? Adakah pengilang akan beli secara terus daripada pemborong/pengeluar, atau pekerja mereka juga beratur untuk beli di pasaraya?

7. Sebenarnya kerajaan boleh saja nak kekalkan subsidi untuk golongan sasar iaitu rakyat dan pada masa sama mengekang kumpulan peniaga berasaskan makanan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas produk bersubsidi. Cuma nak dengan tak nak saja!!

8. Setiap kilang atau pengeluar gula, tepung atau minyak masak seharusnya disyaratkan untuk meletak label di setiap packaging yang mereka keluarkan. Contohnya di setiap paket gula, perlu ada label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" atau "UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH". Dan setiap paket dengan label serta warna berlainan perlu juga dipaparkan tanda harga berbeza iaitu tanda harga produk bersubsidi serta yang tidak disubsidi. Tetapkan terus peraturan kepada kumpulan peniaga hanya dibenarkan membeli/memiliki produk dengan label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" sahaja. Dengan cara ini subsidi yang ditanggung kerajaan akan terus kepada golongan sasar tanpa diambil kesempatan oleh kumpulan peniaga.

9. Mungkin melalui kaedah label dan warna ini juga akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Pengawal Bekalan KPDNKK atau Kastam. Cuma perlu kerap buat pemeriksaan di setiap stor simpanan makanan restoran, hotel, kilang etc. yang mengeluarkan produk makanan, sama ada mereka memiliki/membeli produk berlabel subsidi atau tidak; sekaligus tindakan boleh diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan. Tapi janganlah pula ada penguatkuasa yang bekerja sambil lewa atau termakan rasuah kerana Malaysia ini sudah lama dilabel dengan penguatkuasaan yang lemah.

10. Dasar subsidi oleh mana-mana negara pun di dunia hakikatnya mampu menambah pendapatan nyata atau pendapatan boleh guna rakyatnya. Kerajaan perlu sentiasa menetapkan Harga Dasar (Floor Price) adalah minimum bagi setiap barang keperluan asas bagi melindungi kepentingan rakyat terutama golongan pertengahan yang ramai Melayu/Pribumi; tambahan pula golongan inilah yang terbukti sering menyokong kerajaan.

11. Cadangan perbezaan label dan warna untuk setiap produk keluaran asas seperti di atas mungkin dianggap tidak praktikal untuk dilaksanakan, serta memerlukan penguatkuasaan tegas dan berterusan. 

12. Namun jika dibandingkan dengan cadangan konsetan yang ambil jalan mudah untuk tampung lompang pendapatan kerajaan ialah dengan menarik semula subsidi, rasanya tak perlulah Najib membazir sampai RM7.2 billion hanya untuk kayakan mereka.

21 comments:

  1. I like the new packaging... Macam comel jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pendek jer, macam pendek jer...

      Delete
  2. yang last tu memang tak boleh tahan...nak pecah perut tergelak..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam tuan khemah,

    Satu idea yang menarik. Kalau gov nak tarik subsidi dan biarkan pasaran bebas tentukan harga gula, tepung, minyak pun takde hal punya. Tapi pastikan tak wujud monopoli. Perbanyakkn pengeluar barangan asas pengguna. Jangan bergantung pada satu atau dua company saja. Lagi bagus jika gov salur modal wujudkan pengeluar atau pengilang yang hanya produce barang bersubsidi saja dengan label yang berlainan macam cadangan saudara paneh. Barulah nampak sikit usahanya nak bantu rakyat. Kebelakangan ni idea gov memang nampak bodoh. Zaman hari ni memang nampak rakyat jauh lebih cerdik dari pemimpin. Terima kasih atas usaha tun mahathir dengan dasar pendidikannya dulu. Malangnya dasar pendidikan tun tak sampai standard fikir pemimpin. Hanya rakyat saja bijak. Pemimpin bangang!

    ReplyDelete
  4. Ekau ni nak bagi idea ko nak sindir rosmah ni paneh? Hahahaha. Kuek makan gulo tino nih tu pasal obes. Caro pakjib nak bini ey kontrol makan gulo..dinaikan rego gulo tuh. Tapi rakyat yang merano sobab rosmah totap makan gulo pree ateh jet peribadi dan curi-curi makan gulo di qatar. Kakakaka.

    ReplyDelete
  5. kpdnkk patut ada orang macam blogger ni yang bagi idea baik utk kesejahteraan rakyat bak kata hasan malek. tapi jangan pulak ada yang mengaku idea sendiri walhal cilok dari blogger macam cikgu pilah yang tiba2 jadi think tank hasan malek tu.

    ReplyDelete
  6. paket gula bergambar perempuam gemuk adalah untuk industri tanpa subsidi ... yang asal adalah untuk rakyat dan ada subsidi ...

    ReplyDelete
  7. Paneh Minag Memang MIANG... aDA kLASS!!! GAMBAR TERBAIK DAN TERCANTIK...

    Kalaulah di Buat Baju bagi Orang Ramai Pakai Kan Bagus Kaan Kaan Kaaan!!! Hee heee haa haaa... tak tahan lagi terbahak2... Lawaaakkkkkk

    ReplyDelete
  8. ramai pak menteri yg bengong bila keluarkan kenyataan..setiap kali berlaku kenaikan harga barang..banyak statement2 yg diberi taraf budak2 baru habis upsr..kalau dulu pernah berlaku kenaikan harga ayam disuruhnya kurangkan makan ayam..berlaku kenaikan tepung disuruhnya kurangkan makan tepung..gula naik disuruhnya kurangkan makan gula..yg bestnya ada pulak ustad umno kata ini ketentuan tuhan..yg akan menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran bakal pelapis umno ini..andaikata satu hari nanti terjadinya kenaikan kos perubatan jgn pula ada pak menteri yg suruh kurangkan sakit pula...bagi aku kenaikan ini berpunca dari monopoli dan pembaziran wang kerajaan..diharap paneh miang dapat menyedarkan pihak kerajaan bawasanya kami ini sayangkan kerajaan melayu umno tapi jika kami terus digasak dgan bermacam kenaikan dan yg terbaru cukai tafsiran dbkl..kami tak pasti siapa yg akan kami undi di pru14 nanti

    ReplyDelete
  9. kerajaan membuat langkah yg tepat utk mengimbangi dan membuat pembetulkan akaun perbendaraan negara dgn merasionalisasi subsidi.Tidakan kerajaan menghantar wakil ke Qatar adalah langkah awal dan jangka panjang utk membentuk penampilan dlm aktiviti perekonomian di mata dunia, bagi mengerakan industri yg berkaitan wanita dan kanak2.Ini langkah.terbaik bagi memperluaskan bidang perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imbang perbendeharaan dengan cara rasionalisasi subsidi? Pada masa sama pemimpin kerajaan dan isteri membazir tak ingat. Suruh rakyat berjimat tapi bini terbang bebas ke sana ke mari naik private jet. Nak luaskan bidang perniagaan tp asik pegi qatar..dubai...qatar...dubai...dunia shopping pak arab. Rajin sungguh bini pegi timur tengah. Menteri perdagangan buat apa? Baik lantik bini sendiri jadi menteri. Yg tukang jwb bg pihak rosmah buat rakyat bertambah meluat. Bn masih tak belajar agaknya kenapa undi popular skit dan tak capai 2/3 majority pru13. Masih nak kekal cara angkuh dan ego. Persepsi ini la yg buat bn akan jd pembangkang pru14.

      Delete
  10. Kita kena lihat daripada sudut yg berbeza,,negara2 arab khususunya qatar dan dubai mempunyai iklim ekonomi yg berbeza berbanding dgn zone eropah dan amerika syarikat.Menerokai peluang perniagaaan yg lebih luas, perlu bermula dari sekarang dgn menyertai apa2 juga forum yg di anjurkan oleh negara2 timur tengah.Bentuk peluang kretiviti dan inovasi dalam sektor perniagaan yang kian berubah,akan memberi impak yg besar dlm ekonomi malaysia,terutama membabitkan ekonomi bentuk keperluan kekeluargaan yg menjurus kepada permintaan yg tinggi utk kanak2 dan wanita terutamanya bagi produk2 makanan,mungkin dlm sektor2 yg lain dan berkaitan dgn hasil bumi negara teluk.Menempa nama baik di pasaran negara teluk teluk adalah lebih baik utk memperluaskan pasaran malaysia terhadap negara timur tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara arab timur tengah ni dah lama ada hubungan diplomatik dan ekonomi yang baik dengan malaysia sejak zaman tunku lagi. Malah zaman tun razak dan mahathir banyak pelaburan negara timur tengah di malaysia dan kita pun yg ajar mereka ttg msc. So tak payah la sebab nak defend rosmah konon nak tempa nama baik pasaran malaysia kat negara teluk tu. Lama dah nama malaysia harum kat sana. Macai-macai....sampai tahap tu sekali nak defend rosmah.

      Delete
    2. ......kesiannnnnn,,,,,,,,

      Delete
  11. Langkah merasionalisasi subsidi adalah tepat dan bertenaga, dlm menguatkan ekonomi domestik dan merangsang pertumbuhan angka indeks di busra saham malaysia yg berkait rapat dgn FDI.Walaupun ada sedikit kekangan terhadap kuasa membeli, tetapi ia di lihat pada peratusan yg kecil.Pembentulan akaun penbendaraan negara hanya bersifat sementara utk mengerak intrumen2 awal dan bergerak pantas serta cergas KR1M bagi menyerap ketidak patuhan tanda harga yg sebenar di pasaran.Tanda2 sebegini akan membuatkan malaysia dapat menyerap harga pasaran barangan import atas pengukuhan ekonomi domestik, atas tindakan "rasionalisasi subsidi".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila bebelit. Nak nipu orang kampung ke? Den belajar econs dulu pun tak berbelit macam ni. Nak kuatkan ekonomi domestik tapi pada masa sama nak ransang saham untuk tarik fdi? Kau nak tipu sapa ni? Mana2 negara yang tarik subsidi sebab kantung kerajaan kurang la dan perbelanjaan bertambah. Simple econs. Sebab apa perbelanjaan bertambah, sebab pendapatan kurang dan jadi defisit. Sebab apa defisit? Sebab belanja lebih dari pendapatan. Sebab apa belanja lebih dari pendapatan? Sebab segala macam projek yang dijalankan tarak untung maa? Sudah 5 tahun masih talak untung. Apa bikin kerajaan selama ini? Takde kena mengena nak menyerap harga pasaran barangan import. Kalau nak balancekan econs, kena wujudkan produk yang sama dengan import bagi memastikan aliran wang tak mengalir keluar. So apa usaha kerajaan untuk wujudkan produk import yang sama dalam negara? Atau masih nak bergantung pada fdi?

      Delete
  12. apo pun alasannyo bhai den setuju kok nak poie marikh sekalipun kok nak tingkatkan ekonomi. tapi kelakar la plak rosmah yang dihantar poie untuk kukuhkan ekonomi malaysia. hahaha. sekian banyak menteri kabinet tp flom jugak yang dihantar. ado ko negaro maju lain hantar bini pm tarik pelabur kek luar> abih apo kejadahnyo seramai2 menteri tu? tapi najib ngan rosmah pun rajin yo poie usa ngan europe selain timur tongah. kenapo agak eh? kato iklim berbezo. dah kaki shopping dan bejalan nak wek camno. memang boto kato anon tu, perangai sobolun pru13 samo sobolum pru14 sok memang melingkup la bn. taknak belajar belagak nak mampuih. togak bonang basah tak habih habih.

    pasal rasionalisasi subsidi ni toksah lah kerajaan dok berlakun. negaro maju pun bagi subsidi dalam sektor tertentu terutama industri makanan. so kalo bab nak nyusahkan kan rakyat dicipta la pelbagai teori konon instrumen awal la, gerak pantas la, kuat ekonomi domestik la, padahal dok sibuk tarik investor luar, takdo punn bantu ekonomi domestik. paham tak ekonomi mikro ni camno? rakyat malaysia jadi jadi bonci sobab satu apa pun tak nampak kesan. rakyat tak rasa pun impak apa yang kerajaan buat. sebab tu pru13 kono tolak majoriti pengundi ado paham? rakyat kiro simple je, mereka mudah makan, sekali sekalo bulih pi becuti, shopping, hidup seleso dah la. tapi kok bawak kojo rm20 sehari pun tak cukup makno eh apo? sodangkan pemimpin hidup bermewah-mewah. sendiri mau ingat la.

    ReplyDelete
  13. microekonomi tak jem lagi,di bantu kenaikan gaji kakitangan kerajaan di sokong oleh BR1M dan KR1M.GST tidak terkesan kpd pengguna kerana peratusan yg rendah atau sama malah meningkatkan pungutan cukai kerajaan Ia mampu membiayaan kos riba ke atas pinjaman bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah utk meningkatkan pendapatan boleh guna setiap bulan.Tetapi persoalannya,di mana pengisian utk meningkatkan produktiviti negara?.Sekiranya indeks kesejahteraan rakyat meningkat maka,ia akan menarik lebih banyak FDI yg berteraskan kepada teknologi tinggi bukan berinsentifkan tenaga buruh.

    ReplyDelete
  14. Mmg ulam ler, kalau pembangkang dapat isu ini,

    ReplyDelete
  15. Mmg ulam ler, kalau pembangkang dapat isu ini,

    ReplyDelete
  16. Kembalikan nostalgia lama.Kalau teringin nak isap rokok tu,beli rokok daun.Depan rumah tu,rajin2lah berkebun,jangan buek sawah.sebab tak cukup tanah.Hidup kita nie,kena kreatif utk terus hidup.Tinggalkan budaya lamo.Yang selalu berkaraoke tu.jangan poie lagi.Simpan.duit.Yang selalu minum tea tarik tu,tukar kepado ayor"O" ,.buleh tingkatkan kesihatan.Cuba ubah hidup tanpa gula.Atau gantikan dgn makan gulo2 hanya utk tenaga.Selalulah berkongsi kereta atau guna kenderaan awam utk pergi ke tempat kerja.sikap berjimat itu amalan mulia.Amalkan beli barang yg perlu dan mustahak sahaja.Kerja2 orang ateh tu,kita kena paham mereka bekerja kuat.Adjust sana adjust sini,tarik sana tarik sini utk suruh tanam modal dalam negara kita.Itu semua utk anak cucu kita juga nanti.Tak kan la nak suruh naik bas atau jalan kaki nak ke luar negeri.Mesti ler naik kape trobang.Mereka tu sekolah tinggi2,tahu ler mereka buat kerja mereka.Kita nie,belajar tak tinggi manapun.Berkorban la sikit demi agama ,bangsa dan negara utk generasi akan datang.Ekonomi dunia bukannya baguih sangat pun.Kita harus paham dan bersyukur,kita berada di malaysia bukannya di zimbabwe.

    ReplyDelete

Blog Archive