Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, August 30, 2008

Sekadar Rekod

MUBAHALAH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
Jumaat 15 Ogos 2008

“A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T. sehingga kiamat. Wallahualam”.

Komentar:-

“Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya”. – Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

“Sumpah itu sah kerana untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. – Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

“Cara lafaz mubahalah itu betul”. – Prof Madya Dr. Mohd Radzi Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM merangkap Ahli Majlis Fatwa Perlis dan Penasihat Syariah Bank Rakyat.

Reaksi Brader Anwar Bin Ibrahim:-

“Ini nak suruh saya bersumpah sangat ini, saya nak bagitau, suruh dia perelokkan dulu baca Al-Fatihah. Dia sendiri baca tak betul, nak dok suruh orang bersumpah”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.

“Saya bimbang sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.

“Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Guar Perahu.

“Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu, sumpah ini. Nak sumpah apa? Saya sudah kata pada mereka saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama’. Tapi rakan-rakan nasihatkan supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama’ dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya, “Anwar jangan sesekali lakukannya, jangan persendakan agama”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Yayasan Aman.

Nota: Anwar mesti faham akan akibat jika dia membuat mubahalah. Maka mungkin kerana itulah dia enggan bermubahalah kerana percaya laknat Allah S.W.T. itu benar, seksa kubur itu benar dan neraka itu benar. Wallahualam.

Friday, August 29, 2008

Karut Marut

Sebelum ini Shabery Chek mengatakan dia sanggup letak jawatan jika gagal dalam debatnya dengan Anwar. Kini Syed Hamid Albar pula mengatakan dia sedia letak jawatan berhubung perkara DNA yang entah apa alasannya. Ezam pula beri komen berhubung ahli2 PKR yang keluar parti bebas membuat keputusan untuk memilih mana2 parti. Nazri pula di parlimen kelmarin seolah2 mempertahankan Che Det yang selalu dihentamnya sebelum ini. Sebelum ni dia keluar kenyataan kemenangan PKR dah dijangka seolah2 menyerah sebelum berjuang. Macam tak yakin dengan parti dan calon sendiri. Dah la Paklah pulak lembam, dah habis pilihanraya baru nak marah. Sejak hari penamaan calon di Permatang Pauh sehingga hari mengundi, bermacam perkara telah berlaku, tapi baru semalam Paklah nak marah? Suko ko la Dolah...!

Apa pendirian Nazri sebenarnya? Adakah dia termasuk spesis lalang? Adakah Ezam sememangnya tidak yakin dengan UMNO sejak dulu lagi? Kenapa dia tak ajak ahli2 PKR yang keluar parti menyertai UMNO? Adakah Ezam masuk UMNO hanya untuk mengaburi mata rakyat? Tiada siapa boleh menafikan cara Ezam bercakap saling tak tumpah (sebijik) macam Brader Anwar Bin Ibrahim. Kenapa Shabery Chek dulu dan kini Syed Hamid Albar sibuk menyatakan kesanggupan meletak jawatan? Adakah mereka tidak yakin dengan diri sendiri atau tidak yakin dengan kepimpinan parti ataupun tidak lagi yakin dengan UMNO?

Mana pergi barisan Pemuda UMNO dan PEKIDA yang kononnya hebat tetapi tenggelam dengan keganasan ‘Team A’ di Permatang Pauh? Mana perginya kehebatan pencak Pemuda UMNO yang amat lantang lagi ampuh sebelum ini?

Che Det kata tidak mungkin Anwar akan berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini. Beliau menegaskan bahawa tidak mungkin 30 Ahli Parlimen yang diwar2kan melompat parti akan mempermainkan mandat rakyat yang telahpun diberi kepada mereka pada PRU Ke-12.

Che Det yang dikasihi, kami tidak risau tentang 30 ahli parlimen tersebut. Apa yang merisaukan kami ialah tentang kesetiaan parti2 komponen dalam UMNO. Apa jaminan mereka tidak akan keluar BN? Siapa yang tahu apa yang bermain di hati mereka? Che Det sendiri pernah menyatakan keraguan kepada ahli2 UMNO di Sabah sebelum ini. Walaupun kelmarin ahli2 parlimen BN Sabah dan Sarawak berikrar taat setia pada kepimpinan BN, namun siapakah yang boleh menafikan bahawa pemimpin2 parti komponen BN tidak ada sedikitpun keraguan terhadap kepimpinan Paklah? Kalau ahli UMNO sendiri tidak yakin dengan Paklah, apatah lagi mereka.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah berlalu. Walau apa jua isu atau perkara yang dijelaskan oleh kerajaan, rakyat masih menghantar isyarat yang sama. Malah majoriti sokongan terhadap PKR semakin meningkat di Permatang Pauh. Masihkah kepimpinan UMNO mahu menidakkan perkara ini? Walau apa juga yang diterangkan, rakyat sudah tidak mahu terima. Apakah langkah penyelesaian yang seterusnya?

Pilihanraya kecil di Permatang Pauh perlu dijadikan rujukan dan kajian terperinci. Bukannya mengkaji sejauh mana kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat ataupun mengkaji kenapa kemenangan Anwar di Permatang Pauh mendapat liputan meluas CNN, BBC dan media2 Israel. BN kena mengkaji sejauh mana kesetiaan ahli2 dan parti2 komponen mereka. Adakah ahli dan parti2 komponen benar2 berkempen bermati2an di Permatang Pauh? Berapa ramai jentera yang dihantar oleh parti komponen untuk membantu calon UMNO? Setakat mana sokongan orang2 cina sebagai ahli parti komponen dalam BN?

Ahli2 UMNO pula perlu difahami kehendak mereka. Tidak dinafikan ahli2 UMNO diperingkat bawahan kini merasa diri diketepikan. Akar umbi UMNO umpama ikan bilis yang tidak berdaya melunaskan hasrat mereka lantaran “ancaman” sang jerung perkasa yang megah di puncak kuasa iaitu pemimpin yang tidak mahu belajar dari pengalaman dan sejarah bangsa. Adakah rombakan besar2an perlu dilakukan segera dalam barisan kepimpinan UMNO termasuk presidennya?

Cina seperti yang kita sedia maklum adalah satu bangsa yang optimistik dan materialistik. Selagi sesuatu itu memberi faedah kepada mereka, mereka akan terus setia. Orang dahulu kala pula pernah memberi perumpamaan, jika jumpa ular dan keling di tengah jalan, maka bunuh keling dulu. Orang2 Melayu khususnya perlu berwaspada. Mungkinkah kita akan menjadi Singapura ke-2?

p/s: Ulama' mengingatkan, “Jika Allah menghendaki kemusnahan sesuatu kaum itu, maka akan diangkat-Nya dikalangan mereka, pemimpin yang zalim lagi menyesatkan”. Adakah ia akan terjadi di Malaysia?

Thursday, August 28, 2008

LI PIKIRLAH SENDIRI

Maap Nabil, pinjam lu punya trade mark!

1. Memulo nak mansuhkan DEB - Lim Guan Eng
2. Peh tu dio nak buek ladang babi tobosar kek dunia. Nisbah eh setiap rakyat Tanah Melayu dapek seko sorang:- fatwa Teresa Kokok - disokong oleh PAS Selangor
3. Peh tu Islam Hadhari diharamkan - PAS Selangor
4. Peh tu kesamarataan semua kaum di Tanah Melayu - Dak Nuar sodomi tu
5. Peh tu UITM nak bukak kek non Malay - PKR
6. Peh tu kesamarataan agama - DAP & PKR Selangor
7.Sebolum tu Majlis peguam buek hal.
8. Ado lagi, dio mintak khutbah kek gereja nak guna bahasa Melayu dan bible nak terjemahan bahasa Melayu. Ado ko yang di istilahkan Melayu tu berada dalam gereja. (bukak Perlembagaan Malaysia : Istilah MELAYU : ORANG MELAYU ADALAH MEREKA YANG MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. Jadi apo ko jadah nak di gunokan bahasa Melayu dalam gereja dan bible tu?????????
9. Kek Perak tanah dipajakkan 999 tahun. Tanah Melayu ni kono jajah hanyo 446 tahun

JADI, ATUK NAK TANYO KEK JANTAN-JANTAN MELAYU (PEMUDO UMNO KHAS NYO)
COLAH KANGKANG TU MASIH ADO LAGI KO TOLO ATAUPUN DAH DI KOGHEK BUEK UMPAN BOYO. APOKAH MELAYU TINGGA SPENDAR BARU NAK BOTINDAK?????

Tuesday, August 26, 2008

Kabinet Bayangan PR

Assalamualaikum..

Dikirim oleh kawan saya semalam berkenaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka berjaya untuk memerintah MALAYSIA.

Untuk pengetahuan semua kabinet bayangan ini telah dirangka oleh seorang MP DAP iaitu YB Kulasegaran.

http://kula.blogsome.com/images/SHADOW%20GOVT.jpg

Macam-macam tafsiran boleh dibuat melalui kabinet bayangan ini. Ada yang kata ini rancangan BN/UMNO bagi memburuk-burukan PR. Ada pula yang kata PR sengaja melakukan ini dan menuduh BN/UMNO yang melakukan supaya kelihatan di mata rakyat yang PR tidak patut memerintah. Tak kurang ada yang kata ada pihak ketiga sengaja melakukan ini demi untuk melagakan BN/UMNO dengan PR khususnya sesama melayu islam ini.

Tak kira apa tafsirannya TEPUK DADA TANYA AKAL.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51.

Monday, August 25, 2008

Di Sebalik Tabir

Jelajah kami ke pantai timur semasa bercuti telah menemukan kami dengan sumber eksklusif yang memberi maklumat yang mungkin boleh kami kongsikan disini bersama para pengunjung blog Paneh Miang. Ia berkenaan kisah di sebalik tabir yang berlaku semasa penahanan Brader Anwar Bin Ibrahim oleh pihak polis yang ingin melengkapkan kertas siasatan baru2 ini. Menurut sumber kami semasa Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi untuk melakukan pemeriksaan, beliau telah diminta oleh pihak hospital berkenaan untuk merujuk kes tersebut ke HKL. Rentetan pemeriksaan di HKL itulah maka Saiful membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh majikannya. Menurut sumber kami, pihak polis pada mulanya tidak percaya dengan laporan Saiful itu. Hasil pemeriksaan di HKL juga mendapati masih terdapat kesan air mani di dubur Saiful kerana dikatakan ia tidak akan terhapus dalam tempoh 48jam. Belakang badan Saiful juga didapati ada kesan pukul dan cakaran yang terjadi akibat aktiviti liwat tersebut.

Berdasarkan dakwaan Saiful, maka pihak polis telah meminta tertuduh memberikan DNA tetapi seperti semua sedia maklum Brader Anwar Bin Ibrahim tidak membenarkan DNAnya diambil dengan pelbagai alasan. Walaupun DNA Anwar dalam kes terdahulu boleh dibuat perbandingan, namun pihak berkuasa masih perlukan pengesahan. Jadi bagaimanakah pihak berkuasa memperolehi DNA Anwar untuk dibuat perbandingan kes? Jawapannya ialah semasa program debat antara Ahmad Shabery dan Anwar Ibrahim berlangsung iaitu sehari sebelum beliau ditahan. Sebelum debat itu berlangsung, sudah tentu kedua2 pendebat tersebut akan disolek sebelum muncul di kaca tv. Semasa proses solekan itulah DNA Anwar diperolehi iaitu peluh, sel pipi, rambut dan sebagainya. Apabila perbandingan dibuat, maka sahlah bahawa DNA Anwar sama dengan DNA kesan air mani yang terdapat pada Saiful. Pada peringkat ini barulah pihak berkuasa yakin dengan kes tersebut dan bersedia menahan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memberi keterangan di balai polis. Namun seperti semua sedia maklum juga, beliau tetap enggan menghadirkan diri walaupun telah diberi tempoh amaran oleh pihak polis sebelum itu.

Pada 16 Julai 2008, pihak berkuasa telah menahan Brader Anwar Bin Ibrahim sejam lebih awal daripada tempoh tamat yang diberikan. Kenapa ini berlaku dan mengapa pihak polis mengambil tindakan sedemikian? Sumber risikan mendapati selepas Anwar memberi keterangan di pejabat BPR beliau terus pulang ke rumahnya dan tidak terus ke balai polis. Sumber juga memaklumkan, Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya telahpun merancang untuk mengelak daripada hadir memberi keterangan di balai polis. Sebaliknya beliau memang sengaja mahu polis datang ke rumah beliau untuk melakukan tangkapan. Ini kerana sudah ada rancangan jika pihak polis datang ke rumah beliau, maka pengikut2 beliau yang dikenali sebagai “Team A” (Pasukan Anwar) akan melakukan huru hara sehingga menyebabkan kecederaan. “Team A” pada masa itu memang sudah sedia menunggu di kediaman Anwar. Rancangan Anwar ialah, jika berlaku keganasan dan kecederaan semasa proses penahanan tersebut maka sudah tentulah pihak polis yang akan dipersalahkan.

Berdasarkan maklumat risikan, pihak polis telah mengubah rancangan iaitu mewujudkan satu situasi kesesakan jalanraya sebelum kereta Anwar tiba di kediaman beliau. Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa yang melakukan penyamaran semasa kereta Anwar berhenti akibat kesesakan tersebut. Dikhabarkan polis yang menahan beliau berpakaian seperti penyapu sampah atau pemotong rumput. Sebab itu heboh sebelum ini apabila dikatakan polis yang menahan Anwar adalah polis bertopeng. Inilah sebab sebenar mengapa Anwar ditahan sejam awal daripada tempoh yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Sebelum sampai ke balai polis, pihak berkuasa sebenarnya telahpun menghubungi Wan Azizah, anak2nya serta beberapa pemimpin PKR dan penyokongnya untuk menunggu Anwar di balai polis. Tujuan sebenar mereka semua dijemput ke balai kerana risikan memperolehi maklumat bahawa Anwar telah pun merancang untuk mencederakan dirinya sendiri semasa dalam tahanan polis untuk menuduh pihak polis melakukan keganasan terhadapnya.

Bagi mengatasi masalah ini maka keluarga Anwar dan pemimpin2 PKR lainnya dipanggil untuk menyambut Anwar agar Brader Anwar Bin Ibrahim tidak merasa tertekan semasa ditahan serta menjadi bukti bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dibawa ke balai polis. Keluarga dan pengikut2 Anwar telah menyambut Brader Anwar Bin Ibrahim dengan potongan kek dan Anwar turut memberi ucapan kepada para pengikutnya ketika itu. Selepas itu pihak polis telah membuat pengumuman kepada pengikut2 Anwar bahawa Anwar akan ditahan mengikut prosuder yang ditetapkan bagi tujuan diambil keterangannya. Anwar telahpun bersetuju untuk ditahan dan pengikut2 Anwar juga sukarela melepaskannya ketika itu. Maka rancangan Anwar telah gagal kerana ramai saksi ketika itu yang boleh memastikan bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederan semasa dibawa ke balai polis.

Setelah segalanya selesai, Brader Anwar Bin Ibrahim telah dibawa ke dalam lokap sebaik sahaja ahli keluarga dan pengikutnya beredar. Namun semasa berada dalam lokap tersebut, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menjerit2 ‘histeria’ mengugut untuk mencederakan dirinya (dengan menghempaskan dirinya ke dinding) dan akan menuduh pihak polis yang melakukannya sekiranya beliau tidak dibebaskan pada masa itu juga. Namun pihak berkuasa telah memaklumkan kepada Anwar bahawa lokap tersebut telahpun dilengkapi dengan 4 buah kamera litar tertutup (cctv) sekiranya Anwar masih berkeras meneruskan ugutannya. Keadaan itu telah menyebabkan Brader Anwar Bin Ibrahim menjadi semakin tidak keruan serta berterusan membuat kata2 makian dan sumpah seranah kerana gagal dalam perancangannya sebelum ini bagi menuduh pihak berkuasa melakukan keganasan terhadapnya. Kini beliau telahpun dibebaskan tanpa sebarang kecederaan tapi masih mahu menyalahkan pihak polis akibat ‘sakit belakang’ yang dialaminya semasa tidur di atas simen lokap. Mungkin beliau merasakan beliau ‘sangat istimewa’ berbanding rakyat Malaysia lainnya semasa dalam tahanan. Tidakkah beliau sedar bahawa penjenayah2 lain yang ditahan turut mengalami keadaan yang sama? Apa istimewanya pula Brader Anwar Bin Ibrahim?

Pihak berkuasa sebolehnya tidak mahu menahan Anwar lebih lama bagi mengelakkan Anwar mengambil kesempatan atas perkara tersebut. Namun segalanya akan dibongkarkan di mahkamah sekiranya perbicaraan dijalankan kelak. Pada masa itu mungkin kita akan mengetahui sejauh mana hakikat keadaan sebenar. Sehingga kini kami masih menunggu Anwar bersumpah kerana ramai yang telah mula meragui kenapa Anwar masih lagi tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Najib juga telah bermubahalah berkenaan beliau yang tidak pernah mengenali serta berjumpa dengan Altantuya. Hakikat keberanian beliau bersumpah tidak perlu lagi dipertikaikan dan ‘tahniah’ kepada semua pemfitnah beliau! Buat Brader Anwar Bin Ibrahim...takut ke brader?

p/s: Selamat mengundi kepada warga Permatang Pauh. Pilihan anda mungkin akan menentukan corak masa depan generasi kita.

Percutian

Walaupun kepenatan memandu lebih 9 jam pergi dan 9 jam balik semasa beberapa orang warga Paneh Miang bercuti selama 5 hari ke pantai timur semenanjung baru2 ini, ia masih merupakan ekspedisi yang mengujakan. Keseronokan bercuti bersama sahabat2 tentulah berlainan berbanding bercuti bersama keluarga. Terima kasih kepada Si Buta dan Sontoloyo kerana memungkinkan ekspedisi kita ini direalisasikan. Terima kasih juga buat Che Din, Puaka Desa, Keronai, Raja Kobal dan geng2 kami yang lain atas semua aktiviti dan suasana yang menghiburkan. Next time mungkin Pencak_Silat, Cacing Merah, Neraca Keadilan, Kerapu, Zalikha dan Ahmad Albab boleh join sekali bercuti.

Buat mereka yang ingin melakukan aktiviti snorkling atau scuba diving di pantai timur ketika ini, elok berhati2 kerana sekarang ini musim landak laut bermaharajalela. Boleh kami katakan bahawa landak laut merupakan spesis yang hebat kerana berjaya menimbul rasa gerun kepada Puaka Desa sehinggakan beliau hanya berani berenang di gigi2 air sahaja. Buek Sontoloyo, sorilah den kotuk kaki ko maso den kono songat ngan landak laut. Keh Keh Keh!

p/s: raja kobal elok pakai nick landak laut.

SI BONGOK NAK TUNJUK PANDAI

Ari ni atok tak nak cakap panjang doh. Ari tu bilo tok nengok GUS DUR (GUMBIRA UNTUK SAYA, DERITA UNTUK RAKYAT) datang ko TANAH MELAYU, peh tu nak ngajar kito camno nak memerintah tanah botuah ni, mongolintin porut atuk dek togolak. Apo tak eh, dah lah morentah indon 18 bulan jo, itupun proksi eh US. Orang indon sendiri menolak dio. Tak salah kalau atok katokan orang tepok nak melatih orang lari 100m kek olimpik.

Peh tu ASTRADA pun nak tunjuk pandai. La'ie bingai. Penyangak dan kaki rasuah nak ngajar orang tentang nilai-nilai murni.

Jadi, kopada peminat-peminat PKR, kok nak buek gimik tu siapkan skrip yang baik sikit, peh tu carilah pelakon yang boleh meyakinkan orang ramai.
Kuang...kuang...kuang.

p/s Bagaikan ketam mengajar anak eh bejalan betul.

Tuesday, August 19, 2008

DNA

Kerajaan sedia mengkaji keperluan ambil sampel DNA sejak bayi bagi memudahkan penyediaan pangkalan data seseorang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalan: Apakah jaminan bahawa DNA itu tidak akan dimanipulasi? Bukankah ia memberi kesan to our personal safety? Apakah yang dimaksudkan memudahkah penyediaan pangkalan data? Adakah untuk tujuan kesihatan, keselamatan, jenayah atau apa? Jika diambil semasa bayi, tidakkah ia masih memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga? Amerika Syarikat sendiri memerlukan kebenaran mahkamah untuk mendapatkan DNA seseorang. Haruskah kita melakukan perkara yang sama? Apakah perkara yang mendesak sehingga kita terpaksa mengambil DNA seseorang semasa bayi lagi?

p/s: Jika kita diperintah oleh sebuah kerajaan yang korup dan kejam, sudah tentu pengkalan data DNA ini akan dimanupulasikan.

Monday, August 18, 2008

Sumpah ke Sesumpah

Assalamualaikum.

Rukun Islam
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah)
2. Menunaikan Solat
3. Berpuasa di Bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan Zakat
5. Menunaikan Haji Jika Berkemampuan

Rukun Iman
1. Percaya kepada Allah s.w.t
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Al-Quran
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

Bagi umat Islam keseluruhannya tiada kompromi, wajib faham dan mempercayai serta mengamalkan setiap perkara yang terdapat di dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Kehidupan kita mestilah berlandaskan prinsip yang terdapat di dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.

Untuk saudara Saiful yang BERANI bersumpah, Allah s.w.t. Maha Mendengar dan semestinya jika dia berdusta maka nantikanlah Azab dari Allah s.w.t selaras dengan prinsip Rukun Iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah s.w.t.

Untuk Brader Anwar Bin Ibrahim, satu nasihat ikhlas yakni percayalah kepada prinsip Rukun Iman. Jika Saiful berdusta, maka biarkanlah dia nantikan balasan daripada-Nya. Jika Brader Anwar Bin Ibrahim tidak mahu bersumpah tak mengapa, tapi jangan mempersendakan sumpah orang lain. Nampak macam Brader Anwar Bin Ibrahim tidak mempercayai Rukun Iman pula.

Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Jangan dipermainkan hukum-hukum Islam. Akibat daripada sengketa kita sesama Islam inilah yang menjadikan orang bukan Islam naik tocang. Berpolitiklah berlandaskan prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman, nescaya selamat dunia akhirat.

Wallahualam....!

TUNJUK JANTAN SALAH TOMPEK

Bilo tengok suratkhabar ari ni atuk totanyo-tanyo;

Apokah budaya samseng masih menjadi budayo Brader Anwar Bin Ibrahim ni?
Apokah orang camni nak jadi PM kito?
Apokah orang-orang Brader Anwar Bin Ibrahim ni akan menjago bumi botuah ni?
Apokah dio nak mengajar anak-anak mudo kito jadi tukang pukul bilo nak nyolosai sebarang isu atau konflik?

Kok nak bokempen, kempen jolah. Konon eh nak jadi ahli politik tapi dalam waktu yang samo nak jadi tukang pukul. Tengok orang bepolitik, dio nak bepolitik. Tak ado ko cara lain yang lobih baik lagi nak bepolitik. Tak pasal-pasal budak duo orang samo ngan tukang gambar tu kono pukul. Peh tu plak curi kamera eh. Sah, mako longkaplah profil dio ni:-

1. Ahli politik jalanan.
2. Ahli politik samseng.
3. Ahli politik pencuri.

Sok bilo dah jadi PM, sapo sajo yang pakai baju totulih "TEAM A" dio bulih pukul orang yang dio tak suko. Bilo pakai baju tu dio bulih ambik apo yang dio suko. Anak daro orang ko, bini orang ko, buntut orang ko. Mako dengan itu MALAYSIA bulih dijadikan Program Reality Bollywood. Macam crito industan tu. Samseng eh bulih buek apo sajo. Polis takut nak tangkap.

p/s: Pado penyokong-penyokong Brader Anwar Bin Ibrahim, kalau nak jadi ahli politik, botulkan nawaitu. Belajar dan cari pengetahuan. Tanyo diri sendiri apo sobab nak jadi ahli politik. Jangan main ikut jo. Kan dah paneh miang dibuek eh. Polis dah cari!!

Saturday, August 16, 2008

Api Sudah Dinyalakan

Semasa melayari blog sahabat di thirdlane.blogspot, aku tertarik dengan statistik yang dikemukakan beliau daripada undian serta tinjauan yang dibuat oleh Malaysia Bar Council yang terang-terangan mencabar orang Melayu. Setelah melayari blog/forum Bar Council dan membaca komen2 yang terdapat di situ, hati mula rasa 'membahang'. Di sini aku paparkan 'api' yang telah dinyalakan oleh Bar Council:-

1. Seramai lebih 68.7% menyokong tindakan rally Hindraf tanpa permit polis dan tanpa perintah halangan daripada Mahkamah manakala hanya 25.48% sahaja yang menentang.

2. Tinjauan juga mendapati 64.25% tidak menyokong tindakan diambil terhadap Wee Meng Chee iaitu pembuat klip 'Negarakuku' dan hanya 33.33% yang mahukan penciptanya dikenakan tindakan undang2 sedangkan klip tersebut terang-terangan mempersendakan laungan azan dan wanita bertudung.

3. 58.22% pengundi mengatakan Malaysia bukan negara Islam manakala hanya 36.25% yang menyokong Malaysia sebuah negara Islam.

4. Dalam kes memeluk Islam, 68.56% menyokong agar pindaan dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan dan hanya 29.38% yang menentang.

5. Tinjauan mengenai DEB menunjukkan 62.36% bukan bumiputera mengatakan dasar ini tidak wajar diteruskan berbanding 14.89% bumiputera menyokong. Namun terdapat juga bumiputera 'mangkuk hayun' yang tidak menyokong DEB diteruskan iaitu sebanyak 11.24%.

6. Mengenai memorandum yang pernah dihantar oleh 9 menteri bukan Islam kepada PM, tinjauan Bar Council mendapati bahawa 49.83% merasakan memo tersebut tidak wajar di tarik semula dan 62.58% mengatakan tindakan menghantar memo kepada PM itu merupakan tindakan yang wajar dan tiada salahnya.

Nampaknya Bar Council sudah lama menyalakan 'api'. Orang Melayu/Bumiputera dan kerajaan nak tunggu sehingga 'api' semakin marak ke?

Saiful's oath in the mosque

Breaking News

The controversial story of a young man confessing being forced into sodomy by Anwar Ibrahim became more interesting. He made a confession under oath and using Al-Quran in a mosque to show that he is not lying. I wonder when Anwar will make his so call confession in order to 'clean' his image.

Tomorrow is the nomination day in Permatang Pauh. Millions are waiting to see whether Anwar will eventually make a comeback in the political circle in Malaysia. In my opinion, Anwar must make it clear that he is indeed innocent of the accusation. Definitely, Malaysia is ill prepared to have a "Prime Minister in waiting" who is a gay.

Friday, August 15, 2008

Perlukah Demonstrasi Mahasiswa?

Aku sebenarnya malas untuk menyentuh perihal cadangan Khalid Ibrahim berkenaan pemberian kuota 10% kepada bukan bumiputera di UiTM. Antara sebabnya ialah perkara ini telahpun mendapat perhatian ramai pihak seperti Menteri2, NGO, parti2 politik, VC UiTM, malahan PM sendiri sudah memberi komen dan menyuarakan bantahan. Aku merasakan ia sudahpun memadai jika PM sendiri prihatin berkenaan perkara ini. Namun beberapa siri demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa UiTM beberapa hari ini telah mengundang persoalan.

Persoalan aku ialah apa perlunya lagi mahasiswa UiTM ini berdemonstrasi? Kenapa demonstrasi ini dibiarkan berlarutan? Walaupun cadangan Khalid (dikatakan cadangan DAP) kelihatan menyentuh hak Melayu/Bumiputera di negara ini, tapi semua sedia maklum bahawa MB Selangor itu tidak mampu berbuat apa2 terutama apabila cadangan itu telahpun ditangkis oleh menteri2 berkaitan. Aku ragu2 dengan 'restu' yang diberikan kepada mahasiswa UiTM ini untuk berdemonstrasi. Bermula di UiTM Shah Alam, kemudiannya di UiTM Machang dan terbaru hari ini di UiTM Arau; beribu2 pelajar telah keluar berdemonstrasi.

Adakah mahasiswa2 ini mengambil kesempatan untuk berdemonstrasi kerana sebelum ini mereka tidak mempunyai sebab untuk melakukan sedemikian? Tidakkah mahasiswa2 ini sedar akan kemungkinan mereka hanya diperalatkan? Adakah 'suara ghaib' yang sengaja menghasut mahasiswa2 ini untuk keluar berdemonstrasi? Apakah natijahnya kepada negara jika keadaan ini dibiarkan berterusan dan seolah2 perlakuan demonstrasi adalah sesuatu yang diwajarkan? Siapakah yang membawa budaya demonstrasi dikalangan mahasiswa ini?

Aku harap demonstrasi mahasiswa terutama yang melibatkan Melayu ini dihentikan segera sebelum ia menjadi budaya yang sukar dibendung pada masa hadapan. Kita harus berhati2 dalam setiap tindakan kita ketika ini kerana musuh pasti akan mengambil kesempatan jika kita berterusan alpa. Menteri Pengajian Tinggi perlu menghentikan demonstrasi ini dengan segera kerana kita tidak mahu kerajaan dilihat seolah menyokong perbuatan seumpama ini. Buat mahasiswa UiTM, hentikanlah berdemonstrasi dan belajarlah bersungguh2 sehingga memperolehi kejayaan cemerlang demi membuktikan bahawa orang2 Melayu juga setanding dengan bangsa2 lain di dunia.

p/s: Ada beberapa nama dalang yang bermain di fikiran.

Thursday, August 14, 2008

Bermacam Hal

Berita yang menarik bagi aku hari ni:-

1. 500 ahli PKR, DAP dan PAS keluar parti dan menyertai BN di Parlimen Bukit Katil Melaka.
2. Hadi sesuai jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah kata Dewan Ulama' PAS.
3. Jangan terlalu mengagumi Anwar kata Pemuda PAS.
4. Rosmah harap Dr Mahathir dan Siti Hasmah kembali kepada UMNO.

Analisis: Walaupun aku masih lagi memikirkan sebab sebenar Che Det keluar UMNO tapi lebih baik aku biarkan masa yang menentukannya. Hari ini pula lebih 2 kali ganda ahli PR menyertai Barisan Nasional berbanding 148 ahli UMNO Bandar Tun Razak yang menyertai PKR pada 13 Ogos 2008. Macam main2 pula rasanya apabila prinsip perjuangan dengan mudah ditukar ganti dan dijual beli. Maruah dan prinsip umpama barangan yang tiada harga. Agaknya dulu semasa proses persenyawaan berlaku sebelum menjadi manusia, benih golongan ini 'tercampur' dengan benih lalang. Sebab itu mereka menjadi seperti orang yang tiada pendirian. Apa2 pun PAS sudah tidak yakin dengan Brader Anwar Bin Ibrahim dan mengharapkan Abdul Hadi lebih memainkan peranan sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Apa kata angkatan muda PKR apabila pemuda PAS sudah tidak percaya dengan Anwar yang masih belum menjadi ahli PKR tu?

Ł…Ų§Ł„ŁŠŲ²ŁŠŲ§ ŲØŁˆŁ„Ł‡

Tentera Russia terus membedil dan menyerang bandar Gori, hari ini yang jelas mengingkari pelan damai serta tuntutan gencatan senjata yang diketuai Perancis, semalam. Jurucakap kerajaan Georgia berkata, konvoi tentera mengebom Gori dan kini memasuki kawasan yang semakin jauh ke Georgia. Berpuluh trak dan kenderaan tentera Russia meninggalkan Gori dan menuju ke ibu negara Georgia, Tbilisi. - AP

Nota: Setakat artikel ini ditulis, Georgia telahpun memenangi 2 emas dan 1 gangsa di temasya sukan Olimpik Beijing. Nampaknya negara yang aman seperti Malaysia belum tentu mampu membuatkan atletnya lebih bersemangat dan berjuang bersungguh2 demi negara tercinta.

Wednesday, August 13, 2008

Fakta Menarik - Part II

1. Indonesia is the country that has the largest number of Muslims in the world, and the majority of people in Malaysia are Muslims (56%). But, no Muslim army ever went to Indonesia or Malaysia. It is an established historical fact that Indonesia entered Islam not due to war, but because of its moral message. Despite the disappearance of Islamic government from many regions once ruled by it, their original inhabitants have remained Muslims. Moreover, they carried the message of truth, inviting others to it as well, and in so doing endured harm, affliction and oppression. The same can be said for those in the regions of Syria and Jordan, Egypt, Iraq, North Africa, Asia, the Balkans and in Spain. This shows that the effect of Islam on the population was one of moral conviction, in contrast to occupation by western colonialists, finally compelled to leave lands whose peoples held only memories of affliction, sorrow, subjugation and oppression.

2. Muslims ruled Spain (Andalusia) for about 800 years (since 711AD). During this period the Christians and Jews enjoyed freedom to practice their respective religions, and this is a documented historical fact.

3. Christian and Jewish minorities have survived in the Muslim lands of the Middle East for centuries. Countries such as Egypt, Morocco, Palestine, Lebanon, Syria, and Jordan all have significant Christian and Jewish populations.

4. Muslims ruled India for about a thousand years, and therefore had the power to force each and every non-Muslim of India to convert to Islam, but they did not, and thus more than 80% of the Indian population remains non-Muslim.

5. Similarly, Islam spread rapidly on the East Coast of Africa. And likewise no Muslim army was ever dispatched to the East Coast of Africa.

6. An article in Reader’s Digest ‘Almanac’, yearbook 1986, gives the statistics of the increase of the percentage of the major religions of the world in half a century from 1934 to 1984. This article also appeared in The Plain Truth magazine. At the top was Islam, which increased by 235%, while Christianity had increased by 47%. During this fifty-year period, there was no “Islamic conquest” yet Islam spread at an extraordinary rate.

7. Today the fastest growing religion in America and Europe is Islam. The Muslims in these lands are a minority. The only sword they have in their possession is the sword of truth. It is this sword that is converting thousands to Islam.

8. Islamic law protects the privileged status of minorities, and that is why non-Muslim places of worship have flourished all over the Islamic world. Islamic law also allows non-Muslim minorities to set up their own courts, which implement family laws drawn up by the minorities themselves. The life and property of all citizens in an Islamic state are considered sacred whether they are Muslims or not.

ꈘꖗ耕ē§ęœ«ē«Æ

PETALING JAYA: Two former leaders of the Bandar Tun Razak Umno division led 148 members to cross over to PKR. Norasida Silam, who was the deputy chairman of the division, and Azmi Hassan, a former deputy chairman, handed over application forms to Bandar Tun Razak MP Tan Sri Khalid Ibrahim, who is also Selangor Mentri Besar, at the division's PKR office on Monday. “Norasida wanted to join us because he said he could no longer tolerate the non-existence of democracy practice in Umno, for instance the quota system for party elections,” said Bandar Tun Razak PKR deputy chief Othman Karim. “He said ... he prefers to work for the people, not only for the Malays,” said Othman.

Analisis:
Mereka keluar UMNO dan join PKR atas alasan dalam UMNO tiada demokrasi ataupun parti masing2 saling membalas 'trojan horse'? Kalau dalam dunia korporat, 'kecurian' harta intelek sering berlaku disebabkan banyak 'mato-mato' dalam sesebuah syarikat; maka tidak mustahil antara parti politik pun berlaku perkara yang sama. Spy dalam UMNO = spy dalam PAS = spy dalam PKR? Permatang Pauh...Das KƤmpfen bebauen das Ende!

Tuesday, August 12, 2008

Tak Sedar Dek Untung...

Aku betul-betul bengang bila dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Azman Hashim, Pengerusi Syarikat Bolton bahawa kerajaan harus memberikan kelonggaran bagi syarikat-syarikat bumiputera menjual rumah-rumah di bawah kuota bumiputera kepada bukan bumiputera kerana rumah-rumah tersebut tidak laku.

Bodoh ke bangang mamat sekor ni? Engkau sedar tak bahawa engkau duduk sebagai pengerusi Bolton tu pun sebab kuota bumiputera. Engkau paham tak yang kau belajar tinggi-tinggi tu pun atas kuota bumiputera. Sepatutnya, sebagai orang Melayu engkau kena fikirkan macam mana nak melonggarkan syarat-syarat pembelian rumah bagi kuota bumiputera tu untuk kepentingan bangsa kau sendiri bukannya mengambil jalan mudah menjualnya kepada orang yang bukan bumiputera.

Inilah salah satu contoh orang Melayu yang kononnya berpelajaran tinggi tapi otak letak kat bontot. Aku pun tak paham apasal mamat yang tak sedar diuntung ni boleh dianugerahkan pangkat Datuk kalau dalam hal menjaga kepentingan bangsa sendiri pun macam hampas. Jangan la nak pikir untung je biol oiii....lu pikir laa sendiri....!

Monday, August 11, 2008

SEMANGAT TUO

KEK SINI ATUK NAK MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADO CUCU-CUCU ATUK YANG DAH MULO SODAR BAHAWO ISLAM DAN MELAYU DAH MULO DI INJAK-INJAK OLEH MANUSIO YANG TAK SODARKAN DIRI. YANG SELAMO INI KITO BORI MONUMPANG DI BUMI NENEK MOYANG KITO. PONAH KO NENEK MOYANG KITO JOMPUT NENEK MOYANG MEREKO DULU DATANG KO BUMI BOTUAH KITO NI? ATUK KOPADO ATUK DULU BOSUSAH PAYAH MENJAGO BUMI KITO NI. MENJAGO MARUAH ISLAM. SAMPAIKAN MAYAT TOK JANGGUT DI GANTUNG SELAMO DUA HARI DI BUMI KELANTAN. GITU SEKALI KITO PONAH DI HINO OLEH PENJAJAH.

MAKO HARI INI ORANG YANG TAK SODAR DIRI NI YANG KONONNYA TOPOLAJAR DAH MULO MENGINJAK KOPALO KITO. INGAT POKARO 121 (1A) ABAH DIO ORANG KO YANG PUNYO.

APO YANG ATUK NAK SAMPAIKAN DI SINI IALAH ADO ANTARO DARI MEREKO TU ADALAH AHLI PKR. KALAU MACAM NI LAH POMIKIRAN MEREKO, APO KAN JADI KALAU BRADER ANUAR BIN IBRAHIM DAPEK MENJADI PM? DIO PONAH MENGAKU BAHAWO DIO TU ADALAH SEORANG YANG "LIBERAL" DALAM AGAMO! JADI SAPOLAH YANG NAK MEMBELO NASIB ORANG MELAYU, NASIB ORANG ISLAM SEDANGKAN ORANG YANG BERAGAMA ISLAM DAN MELAYU DALAM AJK TERTINGGI PKR TU CUMO DUO TIGO KOREK JO. APOKAH ORANG MELAYU AKAN MENJADI MACAM ISLAM DI FILIPINA TU. NAMO JO ADO NOGARO TAPI NAK TOKONCING PUN MINTAK KEBENARAN KEK ARROYO.

JADI, CUCU-CUCU SOKOLIAN, BANGUNLAH! TUNJUKKAN SEMANGAT MAT KILAU MACAM CUCU-CUCU TUNJUKKAN KEK MAJLIS PEGUAM TU. TUNJUKKAN MELAYU MASIH GAGAH, MELAYU MASIH BERTARING BUKAN EH MELAYU YANG MENYURUK BAWAH KETIAK BINI, TAK BERANI NAK BOTANDING KEK TOMPEK LAIN. TUNJUKKAN MELAYU MASIH SAYANGKAN TANAH MELAYU NI.

Sunday, August 10, 2008

Misi Tercapai

KUALA TERENGGANU 9 Ogos – Majlis Peguam telah mengetepikan perjanjian yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dari pelbagai kaum supaya setiap perkara yang berkaitan dengan bangsa dan agama hendaklah dibincang secara tertutup apabila menganjurkan forum Memeluk Islam secara terbuka hari ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Majlis Peguam telah berjanji demi kesejahteraan negara, perkara-perkara yang dianggap sensitif tidak harus dibincang secara terbuka kerana boleh menyebabkan perasaan yang meluap-luap sehingga menyebabkan rusuhan.
"Mereka telah berjanji dan bersetuju jika perkara sebegini hendak dibincangkan, kena buat secara tertutup tetapi malangnya janji ini telah diketepikan,'' katanya.

Analisis: "Hidden Agenda" Majlis Peguam telahpun tercapai. Strategi mereka adalah sama semasa menteri2 bukan Islam menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai Perkara 121 (1A) sebelum ini tetapi menarik balik memo tersebut selepas ditegur "Ini adalah perkara luar biasa" oleh Paklah; Majlis Peguam juga menamatkan lebih awal forum "Memeluk Islam" yang turut menyentuh perkara 121 (1A) apabila NGOs semua berdemonstrasi dan membantah. Majlis Peguam sengaja tidak mahu buat laporan polis kerana jika perkara ini dibawa ke mahkamah, kes ini pasti tidak akan memihak kepada mereka kerana forum ini jelas bertentangan dengan perlembagaan.

Namun selepas ini dunia akan melihat orang2 Melayu dan Islam di Malaysia ini adalah kaum yang tidak boleh berkompromi. Generasi masa hadapan akan melihat dua peristiwa ini dari perspektif bahawa orang2 Melayu dan Islam di Malaysia tidak tahu bertoleransi dan menolak prinsip2 asas demokrasi. Ini agenda keling2 paria ini sebenarnya. Sebab itu mereka tidak kisah untuk menarik semula memorandum dan menamatkan forum dengan lebih awal kerana objektif utama mereka telahpun tercapai. Ini agenda kaum minoriti Malaysia ini supaya dunia melihat betapa teruknya orang Melayu dan orang Islam melayan mereka. Mereka mungkin mahu Malaysia menjadi seperti Iraq bagi menarik perhatian kuasa2 besar campur tangan yang kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Malaysia. Mereka telah lupa janji dalam kontrak sosial yang membolehkan mereka menjadi warganegara Malaysia. Mereka lupa bahawa orang2 Melayu juga boleh menilai kembali Perkara 14 dalam Perlembagaan Persekutuan. Tahniah kerana berjaya mencapai objektif wahai Majlis Peguam.

p/s: Apa tindakan Paklah? Tidakkah tindakan keling2 Majlis Peguam ni bertentangan dengan Akta Hasutan Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan? Sudah 2 kali mereka buat forum mempertikaikan Melayu Islam di Malaysia. Syed Hamid masih tak nak sumbat mereka semua ni dalam ISA ke?

Friday, August 8, 2008

Di mana Zaid Ibrahim?

Mohd Saiful Bukhari Azlan is not being charged because he is the key witness in the sodomy case against PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar. In the police report he lodged on June 28, Saiful had claimed he was forcibly sodomised. Anwar is however being charged under Section 377B of the Penal Code, which implies consensual sodomy.“If it is “suka sama suka” (consensual), why was I the only one being charged? If it is consensual, both should be charged,” Anwar said after coming out of the courtroom in Jalan Duta on Thursday.

Nota: Aku bukan nak ulas tentang berita di atas tetapi aku nak tanya mana perginya Menteri di JPM yang jaga undang2 si Zaid Ibrahim? Sepatutnya kemusykilan seperti isu di atas dijelaskan oleh beliau selaku Menteri Undang2. Jika sebelum ini beliau sibuk dengan isu2 suruhanjaya kehakiman dan ex-gratia (kelihatan seperti ingin memburukkan pemimpin terdahulu); namun kenapa isu2 yang timbul dalam kes Anwar dan Saiful tidak pernah diulas oleh Zaid? Apatah lagi berkenaan isu2 yang dibangkitkan sekumpulan kaum yang mempertikaikan hak2 istimewa Melayu yang ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak pernah mendapat perhatian dan penjelasan Zaid?

Sabtu ini pula Majlis Peguam nak buat forum 'Memeluk Islam' yang akan menyentuh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, tapi Zaid masih tetap membisu. Adakah Zaid menyokong apa sahaja yang dibuat Majlis Peguam? Sudahlah kebanyakan peguam Islam kat Malaysia ni 'bacul' kerana tidak pernah mempertikaikan tindakan Majlis Peguam walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan. Zaid pun nak ikut macam mereka semua ke? Adakah Zaid masih lagi dalam keadaan mabuk dan pening2 lalat? Perlukah Menteri Undang2 di JPM ini ditukarkan?

Singkatnya Fikiran

Aku dah lama tak blogging. Tapi bila aku masuk hari ni, daripada pelbagai berita dan blog yang aku baca, cuma satu perkara saja yang buat aku betul2 paneh dan sakit hati iaitu kempen 'Flying The Flag Upside Down'. Aku tidak peduli atas apa jua alasan yang mereka beri sama ada tujuan mereka mengibarkan jalur gemilang secara terbalik adalah tidak salah merujuk code Amerika; ataupun ia bukan menunjukkan tanda tidak hormat kepada jalur gemilang tapi bagi aku sesiapa yang menyokong secara langsung, apatah lagi melakukan seperti saranan kempen tersebut adalah orang2 paloi @ gilo @ mangkuk hayun!

Kita berbangga dengan kedaulatan Malaysia di mana rakyatnya megah menentukan hala tuju negara dengan cara tersendiri, tetapi ada segelintir rakyatnya yang langsung tidak patriotik sehingga sanggup menggunakan alasan situasi negara lain untuk membenarkan tindakan mereka menterbalikkan jalur gemilang. Alangkah singkatnya akal jika menyokong kempen ini atas alasan politik dan ekonomi Malaysia yang kononnya membuat mereka tertekan. Aku harap kempen ini tidak berterusan kerana banyak lagi kaedah lain untuk memberi tekanan kepada kerajaan tanpa perlu mempersenda maruah negara yang perlu dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang dan pendirian.

Blog Archive