Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 14, 2008

ماليزيا بوله

Tentera Russia terus membedil dan menyerang bandar Gori, hari ini yang jelas mengingkari pelan damai serta tuntutan gencatan senjata yang diketuai Perancis, semalam. Jurucakap kerajaan Georgia berkata, konvoi tentera mengebom Gori dan kini memasuki kawasan yang semakin jauh ke Georgia. Berpuluh trak dan kenderaan tentera Russia meninggalkan Gori dan menuju ke ibu negara Georgia, Tbilisi. - AP

Nota: Setakat artikel ini ditulis, Georgia telahpun memenangi 2 emas dan 1 gangsa di temasya sukan Olimpik Beijing. Nampaknya negara yang aman seperti Malaysia belum tentu mampu membuatkan atletnya lebih bersemangat dan berjuang bersungguh2 demi negara tercinta.

4 comments:

  1. Salam Paneh,

    Georgia dibom peluru dari segala jenis, ramai yang maut.

    Malaysia dibom peluru fitnah, maki hamun, caci mencaci, tuduh menuduh, benci membenci. Ramai Melayu yang mati hati mereka, jiwa mereka.

    Ketandusan jiwa yang hanya boleh ditenangkan dengan berbanyak Solat dan bacaan Al Quran. Taubat dan pulang kepangkal jalan.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan melayuangkat. kita nampak saja aman tapi bergolak di dalam jiwa disebabkan bermacam perkara2 pelik berlaku zaman paklah ni yg tak pernah kita terfikir sebelum ni.

    ReplyDelete
  3. paneh,

    aku tengok zimbabwe yang rakyat dia tengah dok kebuluran dan miskin tahap maksima pun leh dapat emas...

    apo nak jadi eh ngan atlet2 kito ni...aku raso program pembangunan sukan di malaysia ni patut diswastakan ajo...letak bawah kerajaan ni la jadi nyo eh...

    ReplyDelete
  4. betul tu ano. mungkin kita kena mula pertimbangkan untuk diswastakan sukan di malaysia. mungkin lebih meriah.

    ReplyDelete

Blog Archive