Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 8, 2008

Di mana Zaid Ibrahim?

Mohd Saiful Bukhari Azlan is not being charged because he is the key witness in the sodomy case against PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar. In the police report he lodged on June 28, Saiful had claimed he was forcibly sodomised. Anwar is however being charged under Section 377B of the Penal Code, which implies consensual sodomy.“If it is “suka sama suka” (consensual), why was I the only one being charged? If it is consensual, both should be charged,” Anwar said after coming out of the courtroom in Jalan Duta on Thursday.

Nota: Aku bukan nak ulas tentang berita di atas tetapi aku nak tanya mana perginya Menteri di JPM yang jaga undang2 si Zaid Ibrahim? Sepatutnya kemusykilan seperti isu di atas dijelaskan oleh beliau selaku Menteri Undang2. Jika sebelum ini beliau sibuk dengan isu2 suruhanjaya kehakiman dan ex-gratia (kelihatan seperti ingin memburukkan pemimpin terdahulu); namun kenapa isu2 yang timbul dalam kes Anwar dan Saiful tidak pernah diulas oleh Zaid? Apatah lagi berkenaan isu2 yang dibangkitkan sekumpulan kaum yang mempertikaikan hak2 istimewa Melayu yang ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak pernah mendapat perhatian dan penjelasan Zaid?

Sabtu ini pula Majlis Peguam nak buat forum 'Memeluk Islam' yang akan menyentuh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, tapi Zaid masih tetap membisu. Adakah Zaid menyokong apa sahaja yang dibuat Majlis Peguam? Sudahlah kebanyakan peguam Islam kat Malaysia ni 'bacul' kerana tidak pernah mempertikaikan tindakan Majlis Peguam walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan. Zaid pun nak ikut macam mereka semua ke? Adakah Zaid masih lagi dalam keadaan mabuk dan pening2 lalat? Perlukah Menteri Undang2 di JPM ini ditukarkan?

8 comments:

  1. Sibuk nk jadi calon dlm pemilihan UMNO akan dtg kot...

    ReplyDelete
  2. ini lah simbol kelemahan abdullah badawi sebagai PM yang telah memilih pemimpin yang telah terbukti bersalah sebelum ni tetapi dilantik menjadi menteri perundangan...sungguh ironi sekali orang yang melanggar undang2 di lantik untuk menjaga hal ehwal undang2...aku pun sehingga ke hari ni masih tertanya2 apakah kriteria pemilihan si kaki botol ni yang melayakkan dia menjadi menteri...masa jadi MP sebelum ni pun gagal menangani isu2 orang2 Kota Bharu...ini pulak sibuk nak jadi menteri...so far perkara terbaik yang dia pun hanya melepaskan dendam kesumat dia terhadap Tun...hampeh...

    ReplyDelete
  3. 11/08/2008 5:56pm


    KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

    Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

    "Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

    "Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.

    “Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.

    Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan

    ReplyDelete
  4. masa orang2 Islam dok sibuk bantah pasal forum majlis peguam tu, rupa2nya si zaid dok sibuk berkepit dgn artis2 di ffm21 di putrajaya baru2 ni. siap dengan kot putih dan pakai bow tie lagi tu. apa keperluan zaid selaku menteri undang2 ni pegi festival filem? takkan shafie afdal mintak teman kot. rakyat malaysia dok bicara pasal orang memperlekehkan perkara dlm perlembagaan, dia syok pulak bersukaria tgk artis. kalo iya pun nak pegi, cover la skit. ni siap kntoi kluar tv. bodoh btul zaid.

    ReplyDelete
  5. ya benar kata podeh. den pun nampak dio tgh makan2 kat di di festival filem malaysia baru2 ni. hampeh zaid. elok letak je jawatan.

    ReplyDelete
  6. Dah memang dia tak layak duduk dalam UMNO & BN, biaq pi kat dia...Dia tak da pun UMNO tak rugi. Ada dia fikir bab Melayu? ada dia fikir bab Islam?. Memang dia tak peduli pun. http://kedahtertipu.blogspot.com/

    ReplyDelete

Blog Archive