Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 14, 2008

Bermacam Hal

Berita yang menarik bagi aku hari ni:-

1. 500 ahli PKR, DAP dan PAS keluar parti dan menyertai BN di Parlimen Bukit Katil Melaka.
2. Hadi sesuai jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah kata Dewan Ulama' PAS.
3. Jangan terlalu mengagumi Anwar kata Pemuda PAS.
4. Rosmah harap Dr Mahathir dan Siti Hasmah kembali kepada UMNO.

Analisis: Walaupun aku masih lagi memikirkan sebab sebenar Che Det keluar UMNO tapi lebih baik aku biarkan masa yang menentukannya. Hari ini pula lebih 2 kali ganda ahli PR menyertai Barisan Nasional berbanding 148 ahli UMNO Bandar Tun Razak yang menyertai PKR pada 13 Ogos 2008. Macam main2 pula rasanya apabila prinsip perjuangan dengan mudah ditukar ganti dan dijual beli. Maruah dan prinsip umpama barangan yang tiada harga. Agaknya dulu semasa proses persenyawaan berlaku sebelum menjadi manusia, benih golongan ini 'tercampur' dengan benih lalang. Sebab itu mereka menjadi seperti orang yang tiada pendirian. Apa2 pun PAS sudah tidak yakin dengan Brader Anwar Bin Ibrahim dan mengharapkan Abdul Hadi lebih memainkan peranan sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Apa kata angkatan muda PKR apabila pemuda PAS sudah tidak percaya dengan Anwar yang masih belum menjadi ahli PKR tu?

5 comments:

  1. bro ese susah nak percaya kalau 500 ahli pas dap pkr sertai umno disaat2 genting...tapi mungkin sekadar propoganda utk menaikkan moral UMNO yg makin down sekarang. Harap BN buatlah yg terbaik, tapi jangan sampai buat fitnah jijik.

    ReplyDelete
  2. adakah kemasukan ahli umno seramai 148 orang yang masuk pkr itu juga boleh dikatakan propaganda utk menaikkan moral pkr yang dah goyang disebabkan kes anwar?

    ReplyDelete
  3. Anything can happen nowadays bcoz of politics.

    Banyak kes perjuangan menghalalkan cara, baik gomen mahupun Pakatan Rakyat.

    Adakalanya pemimpin baik tp penyokong mcm lakhanat, dan selalunya penyokong memperjuangkan matlamat suci tetapi pemimpin pulak buat taik.

    Kita tengok je laa hari mengundi di Permatang Pauh nnt.

    p/s: Aku br dengar semalam dr kawan aku yg berkempen utk UMNO di Permatang Pauh, kalau nk makan kt mana2 gerai kena hati2 jgn nampak sangat penyokong gomen sebab makanan/minuman dia & kawan2 kena ludah on the spot... Apa nak jadi sekarang? Niat halal cara camni laa.

    ReplyDelete
  4. entah la labu...disebabkan pemimpin2 yang bengap, habis semua rakyat pun dah rosak.Bukan sekadar rosak akhlak, rosak minda, pemikiran, perhubungan sesama manusia...hanya disebabkan sikap hipokrit politikus malaysia yang telah banyak mengabaikan prinsip2 fundamental sebagai ahli masyarakat mahupun sebagai hamba.

    p/s: Rindukan TUN...

    ReplyDelete
  5. salam..

    TUN Mahathir akan masuk UMNO balik 2010...
    (sebab masatu Paklah letak Jawatan.....)

    ReplyDelete

Blog Archive