Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 14, 2010

ESQ 165 sudah sekurun diwarisi

Pak Sedaro fikir Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terpaksa mewarta keputusan Musyawarah dan Muzakarah mereka bermula 1957 lagi. Kursus ESQ 165 yang mula memasuki pasaran Bumi Melayu sejak tahun 2005, rupanya menjadi bahan lelucon dan dagangan intelektual murahan dengan memberi konotasi bahawa ESQ 165 punya dorongan dan lorongan menyimpang.

Apakah misi puak-puak fanatik dan ortodoks ini sebenar? ESQ 165 pada asasnya ialah Emotional Quotient, Spiritual Quotient, Qualitative Quotient yang mendewasa dan mengakar kepada 1 Ehsan, 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam. Pak Sedaro fikir, kelompok yang dengki kepada kesuburan ilmu kumpulan ini, wajar kembali kepada alam dan alami latihan berteraskan Kitab-kitab yang diasaskan oleh Wasilah Umar Abdul Aziz kepada Gabenor Mesir bertarikh 13 Jamadil' akhir 125 Hijrah, dan Teknik Pembinaan Empayar Kota Perang yang ditulis oleh Habib Imam Al-Bukhari dan Habib Imam Salahuddin Al-Ayubi. Bahan bacaan ini boleh di peroleh di Arkib Negara Yemen.

Dalam kalangan ilmuan besar seperti Habib Sheikh Syed Ali Hussin Al-Attas, di Bogor yang dikelas sebagai pengamal ilmu Sufi dan pakar rujuk Majlis Agama Islam Indonesia, juga memperakui bahawa teknik ESQ 165 yang dipopular oleh Dr. Ary Ginangar merupakan pendekatan yang telah begitu lama terbenam dek kerana terkubur bersama barisan pengamal-pengamal dan mubaligh selepas Perang SAlib Ke-2 dan Perang Salib Ke-3, khasnya selepas peristiwa 24 Februari 1511 dan Proses Pemesongan Akidah Umat Islam di Filipina oleh Penjajah Sepanyol di kurun ke 16.

Rupanya, kerana dengkel ilmu latihan minda dan pengurusan otak manusia. Ada kalangan manusia yang cuma tahu satu cabang ilmu yang dikelas oleh bahasa Ibrani sebagai Seular, memberi cop ESQ 165 kena disiasat untuk tentukan sama ada sesat atau boleh dimajukan.

Begitu daif dan miskinnya nilai kita UMAT ISLAM hari ini. Sedarkah kalian, bahawa apabila di nasyidkan Surah As-Syams dari ayat 1 hingga 10, maka, manusia akan berada dalam kedudukan sedar diri dan sedar akal.

Kemudian, disusuli dengan Dzikir dan pendekatan Selawat Nabi serta beberapa wasilah untuk memberi nilai insaf bahawa kita manusia itu amat kerdil dan papa. Manusia itu amat hina dan hodoh harga dirinya.

Pak Sedaro ko Bukit Tinggi untuk melihat secara langsung bagaimana proses ilmu ESQ ini diguna jaya. Bagaimana kalangan jumhur ulamak muktabar Indonesia memberi piawaian kepada progrma-program ESQ 165.

Pak Sedaro percaya analisa kelompok yang dongki dengan misi-misi MURNI, yang mungkin ada lebih baik daripada ESQ 165 merupakan gerombolan manusia yang tak cukup DUIT, tak cukup KAYA, dan tak cukup ruang NERAKA untuk mereka. Pak Sedaro percaya mereka ini merupakan banjingan politiking dan BARUA yang telah dilaknat ilmu-ilmu khususnya. Nak kenal hebatnya tamadun pembangunan Modal Insan dan pendekatan-pendekatan latihan kepimpinan manusia, pergilah mengkaji pedagogi latihan yang boleh dicapai di beberapa Pusat Kecemerlangan seperti:

1. Universiti Kebangsaan Yemen.
2. Pusat Kepimpinan Islam Oxford
3. Muslim Cavalry Archive di Royal Military Sandhurst
4. Universiti Teheran, IRAN
5. National University India
6. Arkib Kerajaan di Forbidden City, China
7. Pusat Islam Samarkhan

Pak Sedaro makin heran, mengapa begitu ramai pendakwah yang PENAKUT dalam mencari sesuatu pendekatan lateral dan jauh melepasi batasan-batasan ilmu Israel...

Pak Sedaro yakin pendakwah atau da'i kito masih di takuk, rumah papan. Sementara pendakwah Kristian dan aliran Komunisme juga Freemason sudah memiliki Banglo di ISS. Tu lah punyo, ulit kito...

Tak sudah, menjengkal topi Belanda. Sedang Belanda sudah dapat TANAH kito.

1 comment:

  1. Fakta yang lengkap dan penerangan yang jelas...Masih ramai antara kita yang suka bcakap tanpa ilmu dan pyelidikan yang khusus..Tahniah saudara

    ReplyDelete

Blog Archive