Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, July 17, 2010

Mengenali 'Ketokohan' Nik Aziz

"Tokoh" menurut takrifan literal Kamus Dewan Bahasa & Pustaka bermaksud, "Orang kenamaan, terkemuka, terkenal, pakar atau ahli dalam sesuatu bidang."

PTS Millennia Sdn Bhd pada bulan September 2009 telah menerbitkan sebuah buku berjudul, "50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia." Penulis buku tersebut, Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad, telah membahagikan 50 tokoh tersebut kepada beberapa kategori seperti Tokoh Sains, Tokoh Ulama' dan Tokoh Politik Islam yang kononnya telah 'berjaya' mengubah dunia.

Suka atau tidak, dua tokoh terakhir kategori ulama' yang disenaraikan dalam buku itu adalah Nik Aziz Nik Mat dan Haron Din. Mereka berdua disenaraikan sebaris dengan Sheikh Abul 'Ala al-Maududi, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain tokoh yang kehebatan mereka diiktiraf intelektualis dan masyakarakat dunia Islam, yang sememangnya dikenali sebagai pakar dalam bidang masing-masing, serta menjadi sumber rujukan dalam menyelesaikan kekhilafan ummat.

Tetapi apabila melihat dua nama terakhir yang disenaraikan, timbul persoalan, apakah bentuk kepakaran yang dimiliki dan sumbangan signifikan yang telah Nik Aziz dan Haron Din berikan? Apakah bentuk penulisan intelek yang pernah mereka sebarkan untuk perkembangan ilmu Islam? Apakah bentuk penghujahan bersifat akademik yang berteraskan nas dan dalil sahih yang pernah dikemukakan oleh mereka sehingga dapat digunakan untuk menjaga kemaslahatan masyarakat dunia? Apakah ilmu tentang Islam yang mereka kembangkan untuk manfaat dunia?

Puas saya memikirkan rasional PTS Millennia Sdn Bhd dalam memberi pengiktirafan yang sebegini tinggi kepada dua insan yang asasnya begitu 'kerdil'. Namun tiada satu pun justifikasi yang dapat saya rungkaikan. Lagipun, selama mengenali dua insan ini, saya melihat mereka hanya berjaya mempromosikan perkara berikut:

1. Merangka draf hukum hudud yang tidak selari dengan tuntutan Syari'ah Islamiyah, terutamanya yang membabitkan perihal saksi, mekanisma pembuktian serta isu wanita.

2. Mempromosikan perpecahan ummah serta menyebarkan ajaran sesat dengan meletakkan kesetiaan kepada parti PAS adalah jauh lebih penting berbanding menjaga persaudaraan sesama Islam. Bahkan tokoh itu turut menghalalkan cerai suami-isteri yang berlainan fahaman politik serta tidak boleh berimamkan mereka yang menyokong parti selain PAS (sekarang ditambah pula Parti Keling Ramai dan DAP). Malah ahli Pas tergamak menyamakan saudara seIslam UMNO dengan anjing/babi, apabila mereka sanggup menyamak rumah sendiri yang diziarahi oleh ahli-ahli Umno, dan perkara ini masih berlaku di Kelantan.

3. Tokoh Pas itu juga masih mengekalkan fahaman sempit dikalangan rakyat Kelantan. Lihat sahaja akhlak orang-orang Kelantan yang kononnya 'Islamik', tetapi masih bersikap 'Asobiyyah, yakni mengamalkan semangat kenegerian yang kuat, termasuk masih mengekalkan amalan orang Arab Jahiliyyah yang dikenali sebagai pengotor, hipokrit dan samseng. Bahkan kes jenayah dadah, rompak, pecah rumah, rogol dan sumbang mahram di kawasan pendalaman Kelantan jarang dilaporkan kepada pihak berwajib bagi menyembunyikan aib orang kononnya.

4. Mengkafirkan orang Islam yang bukan penyokong Pas dan meletakkan jaminan neraka kepada kelompok yang tidak sehaluan fahaman politik dengan mereka. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah sekali pun dalam usaha dakwah baginda mahu menyatakan secara terang-terangan akan kekufuran seseorang itu melainkan selepas diwahyukan kepadanya. Tidak juga Rasulullah s.a.w. menyatakan siapakah yang akan masuk syurga, kecuali 10 sahabat yang juga nama mereka diwahyukan oleh Allah s.w.t.

Perkara yang tersenarai di atas adalah sangat ketara dilakukan Nik Aziz serta Haron Din di sepanjang menerajui tampuk kepimpinan Pas yang mentafsir Islam mengikut fahaman sempit dan bukannya mengamalkan Islam sebenar sebagaimana yang telah diwariskan kepada kita oleh baginda Rasulullah s.a.w. Maka layakkah orang sebegini diangkat sebagai Tokoh Ulama' yang mengubah dunia? Negeri Kelantan itupun Pas tak mampu nak ubah, inikan pula dunia? Tu belum lagi cerita pasal AlJuburi Waliwati AlMokhtari AreUokery yang turut tersenarai sebagai Tokoh Politik Islam yang mengubah dunia dalam buku tersebut. Raso nak termuntah den.

Nampaknya kredibiliti PTS Millennia Sdn Bhd sebagai penerbit buku bercorak Islamik boleh dipertikaikan, atau dengan kata mudahnya...EKAU GILO KO PTS?

28 comments:

  1. Semoga Allah S.W.T memberi pembalasan yg setimpal ke ats org yg menghina dan memfitnah ulama ini..Allah Maha Kuasa...manusia xde kuasa..

    ReplyDelete
  2. Sebelum ubah dunia... kena ubah dulu 2 orang makhluk ni.... 2 orang yang membangkang penubuhan negara Islam dan berkata 'langkah mayat saya dahulu'.

    Takyah nak ubah dunia dulu... ubah 2 orang ni cukup la

    ReplyDelete
  3. mereka bukan ulama..mereka juga manusia biasa..
    mereka berak..mereka makan nasi macam kita..
    tak payah la nak agung2 kan mereka ni..terutama makhluk Allah dari kelantan itu..
    dan mereka juga tak terlepas dari azab Allah atas apa yang mereka lakukan kepada umat Islam di Malaysia

    ReplyDelete
  4. sebagai tambahan, buku ini pun diterbitkan oleh company yang dipengerusikan oleh penyokong PKR&PAS i.e. Ainon Mohd...so tak terkejut pon kalau penyokong yang buta hati camtu cuba nak angkat pemimpin mereka yang hampeh tu....

    dah la tu, buku tu cuma menyatakan latar belakang pendidikan dan tugas2 yang dilaksanakan sebelum Nik Aziz Maksum tu jadi MB...kalau setakat macam gitu, aku rasa PANEH pun boleh diangkat jadi TOKOH gak...TOKOH blogger...hahahha...amacam paneh, ada beran?

    ReplyDelete
  5. sokong bn selamanyaJuly 17, 2010 at 2:53 PM

    alhamdulillah, ade jugak rupanya bangsa aku yg tau mengenal mana kaca mana intan..obviously org tua nyanyuk yg jd menteri besar klantan skrg nih x betul.. byk bnda dye buat dah x betul..
    aku pun heran mcm mana org bley kate dye ulama, siap sokong lg..
    seruan aku utk org yg sokong dye, dptkan pendidikan, dan lps tu BUKA MATA.. okayh?

    ReplyDelete
  6. aku rase ilmu ko pon tak sampai tahap jari kaki ulamak tu..ukur dulu ilmu mereka dan lihat pembawaan mereka. berapa ramai insan yg terdidik dan berubah dgn didikan mereka berdua, yg masuk islam lagi...nampak sangat korang yg 'BN' ni tak tau peribadi mereka berdua

    ReplyDelete
  7. sokong BN sampai mampos...
    lebih baik sokong diorang drp sokong pemimpin2 umno yg bangsat tu. kaki2 maksiat tu jugak ko ckp elok eh..heh

    ReplyDelete
  8. I sense jealousy here
    Obviously the blogger is envious that non of his beloved UMNOputras(Najib Altantuya, Kerismuddin, Mamak Mahathir) are not in the list of influential Muslims in the world today

    I mean only an UMNO ass kisser is angry a 'senile' Muslim scholar from Kelantan and an alleged sodomizer is widely recognized among Muslim intellects

    Unlike UMNO who has to spend millions to attain international recognition

    ReplyDelete
  9. zakwan, u are such a dreamer...wake up son...open your eyes,ears and heart...and you shall see...i pity you for your lack of common sense...

    ReplyDelete
  10. siapa nik aziz yang bijaksana dan ketokohan apa yang ada padanya?

    selain malaysia apakah ada negara2 islam lain dunia yang begitu kagum dengan ilmu politik islam PAS yang diagung2kan oleh pengamal PAS ini.

    nik aziz selayaknya menjadi kaldai politik, tak lebih dari itu.

    ReplyDelete
  11. anta meggerakkan fitnah y sedang tidur. anta mengemukan pandangan anta bukan berdasarkan sudut ilmiah tetapi hati dan nafsu yang tidak mahu Islam itu bangkit. anta membaca buku berkenaan bukan untuk menerima hakikat tetapi mencari kesalahan yang boleh anta utarakan.

    ReplyDelete
  12. anon 7.49pm.
    adakah dengan penerbitan buku itu maka Islam telah bangkit?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. pengkalan chepa with loveJuly 17, 2010 at 8:13 PM

    den nak tambah soalan tom tem bak pado si anon ana anta kunta kinte. perlukah kito terimo hakikat sebuah penulisan yang tidak pun bersandarkan fakta macam buku ni? rugi la baco buku terbitan pts ni. fakta banyak yg tak botul terutamo bilo cerito bab sejarah.

    ReplyDelete
  14. Kalau tak suka Nik Aziz dan Haron Din, jangan hina mereka.

    ReplyDelete
  15. Wahai tuan blog,
    kalau tuan nak muntah ,muntah le.buat apo dok cerito kat orang.Apa ingat muntah hang tu bau sedap ke?

    Tapi tak apo,tahun depan sebelum hang muntah tak henti-henti depo akan pilih Paneh Miang dok tangga tratas carta,apa ada hal!

    ReplyDelete
  16. fs86 kalo pembangkang tak suka najib dan mahathir jangan hina mereka jugak. pi mai pi mai tang tu la. paku dulang paku serpih...

    ReplyDelete
  17. sekor ular semak tupai.
    sekor ular semak bela jin.

    dua2 berniaga ,
    sekor ambik royalty trademark tok guru.
    sekor jual air jin jampi.

    ReplyDelete
  18. salam 1 malaysia
    --------------------

    wahai penulis ,senang benar ekau menjatuhkan imej tgna

    dengan tulisan cabuk yang aku agak patut diberi gred
    D aje.

    kalau ada hujah cantik, keluarkan dengan telus dan
    terang.

    jika pakai bantai sembrona ajo, macam budak budak yang
    tak berpelajaran di topi jalan takde gunanye jang. ekau

    nak tgna bersatu padu dengan ameno-apco tapi belum

    apo apo lagi kau dah kutuk tgna. sedikit masa dulu

    aku ado tulih komentar pasal mufti perak yang mengajak

    pas bersatu dengan ameno-apco. buatlah analisis yang

    rasional -jangan jadi bebal. yang tak mahu bersatu

    dengan pas , ekau pun masuk samo. Mestilah fikir

    orang melayu khususnya pas dah serik dengan tipu daya

    ameno yang merugikan mereka pada masa lampau dan

    juga sekarang apabila bee en menolak tuntutan

    hasil minyak dari telaga minyak di kelantan. Ingatlah

    kalau tuduhan si rpk tu fitnah , mengapa tidak

    ada saman fitnah ke atasnya? protaganists dalam tuduhan

    tersebut kaya raya dan berkemampuan buek suit di

    mahkamah!!

    Adakah ekau penulis sundal macam rocky'mabukselalu'bru?

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  19. Salam 1Malaysia Khong Khek Khuat,

    Ko dulu paper Bahasa Melayu lulus ke tak? Kami pun lotih baca jenis tulisan cabuk dgn hujah tunggang langgang ko dalam blog ni. Hujah semberono ko selama ni macam bdk tak sekolah yang bukan setakat dapat D, tapi hanya layak dapat F. Perbaiki tulisan dan hujah dulu ya bro. Baru komen di sini. Timo kasey.....

    -via bb1-

    ReplyDelete
  20. salam 1 malaysia
    ------------------

    paneh


    dapat mesej anda


    kkk

    ReplyDelete
  21. yang gaduh dalam ni semua melayu...

    elok lah tu...semua oh tak faham apa itu islam...pasal dua orang ni saje semua gaduh...

    anak aku kata = abah...male lah nak gi surau hitam tu...asyik celaka kan orang je...

    bapak = lu pikir lah sendiri...

    kalau dah nyata orang tu benci islam dan dipeluk dipuja2...tak tau lah aku nak cakap apa...

    ReplyDelete
  22. KKK, jangan teraso pulak yo. Den ngoma baco komen ko sobab ko bagi pandangan dari sudut berbeza. Cumo den lotih baco teknik kupasan ko tu. Cubo guno standard komunikasi/bahaso. Mako mesej ko akan lebih difahami ramai. Timo kasey atas semuo komen samo ado kritikan membino atau maki hamun. Kami terimo seadonyo.

    ReplyDelete
  23. aku heran betul la.. yg korang kutuk2 sangat Nik Aziz dengan Haron Din ni apesal? diorang ade wat salah ke kat korang? ade ke diorang sakitkan hati korang ke ape ke.. siap buat statement macam nie lagi.. sebabkan nafsu berpolitik korang nak kutuk2 diorang.. kalau nak kutuk sangat, kutuk la orang yang betul2 bsalah nu.. yg naikkan harga brg, yang tolak hukum hudud, yang cakap hukum hudud ni kolot, yang x puas hati dengan hukuman agama sendiri. Cina dengan hindu pun tak buat macam tu weh... pikir2 la..

    ReplyDelete
  24. Islam Agamaku...July 26, 2010 at 6:53 PM

    Kalau nak bandingkan kamu dengan mereka berdua...ternyata mereka berdua lebih mulia dari kamu dan semua ahli UMNO....

    Dr. Rita.... mana ada manusia yang tak berak.......Kamu telah menghina kejadian ALLAH dan ulama. Awas!!!! Kenyataan kamu amat sesat dan menyesatkan.....

    ReplyDelete
  25. salam...hang ny ada bukti ka tuduh mcm 2h?/gambo ka..jangan dok fitnah sembarangan ja...tulis 2h bior ada hujah ysng betol...bukan fitnah..ang ny boleh dikatakn makan daging saudara ang sendiri..

    ReplyDelete
  26. knape la bodoh sgt org2 yg jahil ni duk kutuk2 ulama mcm tu..klu xske jgn kutuk..dalam islam pon melarang ..tmbah lagi ulamak ni waris nabi...knape la yg jadi jahil sgt..blaja la dulu bg ilmu tu cukup sblom nk kutuk2 org yg xpnah knal pun korang tu sape

    ReplyDelete
  27. kita sbnrnya tak payah ngata org laen,islam tu luas skop nye jgn di sempitkn dgn bilangn.Apa jua konsep pn treletak pd jmlh yg byk...ummah.. dgn kata umno apco,hina pemimpin2 tak mnmpkkn apa2 kesan yg baik pn..malah mcm stail bdk2 mcm aku jgk a,cepat menolak perkara yg baik....bincnglh dgn baik apa yg tersurat atau tersirat.... sampailh bila nk stail bgini..cepat membuat rumusan apa jua kptsn...smua benda pn tak jdi..yg utama mengatasi masaalah persepsi dahulu

    ReplyDelete
  28. aku jgk yg bebal...dh d takdirkan

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive