Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, July 3, 2010

Siasat sekali Zahid Hamidi

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan teragak-agak mencadangkan pembatalan kontrak mana-mana syarikat atau pengambilan tindakan undang-undang berikutan terdapat trend penyebaran maklumat berdarjah negara, termasuk kesiagaan aset strategik kepada pihak yang tidak berkenaan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata maklumat berkaitan kapal selam juga sengaja dimanipulasi atas dasar keterbukaan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan perhatian umum dan kepentingan tertentu.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa sebarang kebocoran maklumat mengenai status kesiagaan aset TLDM sama ada melalui kelemahan sistem pengurusan maklumat mahupun disebabkan oleh mana-mana individu, institusi kerajaan atau syarikat yang berurusan dengan TLDM boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi negara," katanya. - Berita selanjutnya...

Note: Rasanya TLDM patut siasat ketua mereka sendiri aka Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi kerana semenjak dia pegang portfolio pertahanan, banyak rahsia pertahanan bocor ke tangan pembangkang. Apa yang lebih membimbangkan, apabila rahsia pertahanan negara semakin terdedah kepada pihak musuh melalui penyebaran maklumat dan perbincangan secara terbuka oleh media pembangkang yang boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Kepada perwakilan dan pengundi Umno yang paloi tidak tahu menilai pemimpin, sila pastikan orang seperti Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan 'si pondan' Hishamuddin Hussien etc. tidak diberi tempat langsung dalam hirarki kepimpinan Umno pada masa akan datang. Tapi kok korang nak parti keramat oghang Melayu tu 'mampus' copek...mako pilihlah si kitul dan mandaliar tu lagi yo...

10 comments:

  1. Salam Paneh Miang, adalah malang sekali tuan menulis artikel yg berbau hasutan terhadap Zahid, Hisham dan KJ kerana org UMNO khasnya dan org Melayu tak baca blog tuan. Yg baca org pencen macam saya yg dah tak tau apa nak buat, bacalah juga blog lawak mcm blog paneh miang ni. Buat lagi cerita bodoh, seronok juga membacanya kerana hidup ni penuh tension

    ReplyDelete
  2. kenapa nak kutuk zahid, khairy dan hishamudin saja?

    bukankah najib yg diketahui umum ada rekod tak bersih.
    ali rustam juga ada rekod rasuah.
    muhyidin juga ada kes masa jd MB Johor.
    khir toyo dengan skandal masa jd MB Selagor.
    Bekas MB Terengganu?
    dan ramai lagi pemimpin umno dan BN yg haprak.
    kalau disusun perasuah-perasuah kat malaysia.... majoritinya pemimpin umno.

    sila siasat mereka ni. jangan buat pengadilan berpilih. kalau nak adil macam dacing BN, buatlah betul-betul. Dacing aje nampak adil, tp pemimpinnya....masya Allah.

    rakyat kat luar makin meluat tengok gelagat menteri2 ni.

    ReplyDelete
  3. Salam anon pencen 7.27pm.

    Utk pengetahuan tuan, blog ini bukan setakat dibaca oleh org pencen macam tuan yg merasakan blog ini lawak. Atau tuan sgt terasa dgn blog ini sehinggakan tuan hanya berani komen pakai anonymous dan takleh nak buat blog 'lawak' sendiri macam kami? Utk pengetahuan tuan, blog ini turut dibaca oleh Yang Dipertuan Besar NSDK, MBNS, ahli2 Umno di N9, NGOs, wartawan etc. Tapi kalau tuan rasa nak buat lawak, bolehlah terus ke blog lawakjenaka.com. Tak perlu baca blog lawak spt Paneh Miang ini.

    Anon 10.02pm.
    Kan dlm posting ini Che Din tulis "sila pastikan orang seperti Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan 'si pondan' Hishamuddin Hussien etc." Maksud etc di sini ialah "yang seumpama dengannya". Tiada siapa yg fokus hanya kepada mereka bertiga sahaja. Nama itu disebut sebagai sebahagian drpd sebilangan pemimpin Umno yang bertaraf sampah tetapi masih diangkat oleh ahli Umno sebagai pemimpin. Fahami maksud tersebut betul2. Umno tidak salah, yang salah segelintir pemimpinnya yg paloi dan bingai.

    Tapi berbanding dengan pemimpin Umno...pemimpin dlm PKR dan Pas lagilah bawah tarafnya drpd spesis paloi & bingai sebab selalu kalah di PRU kpd pemimpin2 Umno. Huhuhuuuu....

    ReplyDelete
  4. salam 1 malaysia


    apo hal ni jang , melatah tak tentu pasal.

    si mat jenral ada bidang kuaso dia sendiri.

    dia tak bolih nak melatah pasal tindakan kepolisan/

    akta kono mengeno sprm/akta rahasio yang bidang kuaso terletak ateh

    polis/ jabatan perdano monteri dan sprm. Kes nih serupo macam kes

    mufta wilayah yang meng-komen kojo doktor yang check si anu si saiful

    jambu batu tuh.

    bidang kuaso dan term of reference
    -----------------------------------

    kalau dah jadi mufta, check apo pulak bidang kuaso anda.

    kalau dah jadi mat jendral, cheklah apo pulak bidang kuasonya.

    Publik oder adalah kojo polis bukan untuk mat jendral menyalak-er

    pasalnya.

    ponting hal ini kalau tidak negaro kelam kabot -lagi gomen tak bayor

    si mat jendral untuk buat kojo pak polisi.



    pehe? jelas brado?

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  5. Perlu diingat bahawa Menteri Pertahanan sebelum Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi.....yang juga bapa mertua Khairy...

    ReplyDelete
  6. Pan TLDM ni cakap apa, macam orang bangang jo!!!
    Kalau tak nak keno tegur buat lah kerja tu dengan betul dan pastikan kapal selam tu bolih menyelam dan kalau nak kerja membodek buang masa saje dan pasti kalah perang.
    Ape benda nya rahsia pertahanan tu, semua orang tahu kekuatan kita sebenar nya dan tak payah nak sorok. Rakyat hanya nak tahu kenapa membazir itu sahaja!!! ngok punya general!!!

    ReplyDelete
  7. penulis blog ni sebenarnya nak menunjukkan yg dia ni kononya org BN, tapi sebenarnya dialah dalang pembangkang dalam BN, betul atau tidak, pasti dia akan nafikannya, kalau berani tunjukkan kad pendaftaran UMNO, pandai2 bagi komen dan buat fitnah yg bukan2, kononnya nak membangunkan dan membetulkan pemimpin atasan lah tu, diri sendiri pun tak betul, ntah sesiapalah yg upah dia ni, kalau difikirkan secara logiklah, kalau kita tak dapat apa2 untuk membuat sesuatu perkara tu, mana mungkin kita akan lakukan, sebagai contoh, mcm dia ni jelah, kalau takde org yg bagi duit poket untuk bayar broadband, atau taja laptop, atau bagi duit belanja, mana mungkin dia rajin nak menulis hal org, bukan senang beb kerja nak ngadap komputer 24jam, siapa yg sanggup, kecuali org tu bekerja dgn seseorg dan bergaji sahaja yg sanggup buat kerja yg membosankan ni, cakap banyak takdelah kan, aku pandang dari sudut logiknya sahaja..takkan nak kata makan duit iklan dalam blog kot..bukannya byk sgt pun iklannya..mmg x logik kalau nak dinafikan..para pembaca fikirlah sendiri..SIAPA DIA NI?

    ReplyDelete
  8. sah gigi palsu ni pengampu umno yg lurus bendol.

    den tak kona pun penulis blok ni, tp den angkek topi kek dio sebab berani menegur yg tak betol. dio dibayar atau tidak, itu bukan persoalannyo.

    jangan lah jadi lombu yg dicucuk hidung macam gigi ni. bangang tak bertompek.

    penulis blok ni orang BN ko, orang PKR ko, orang DAP ko, itu tak ponting. kebenaran harus ditogakkan. jangan jadi hipokrit dan mengampu macam babi lapa.

    kito hidup kek malaysia, nak tengok malaysia maju. kalau ado pemerintah yg tidak jujur kito tondang jauh-jauh. tak kiro lah pkr ko, umno ko, pas ko.

    jadikan lah negara Korea dan Jopun sebagai contoh. Kalau ada mentori yg buek salah, tak payah disuruh berhenti atau lotak jawatan. dio sendiri pandai turun, baru lah ado maruah.

    ni tak, dah terbukti lakukan rasuah tp masih nak mengaku baik.
    hancurlah negaro kito jawapnyo.

    sayangilah negaro kito drpd ansir2 yg pandai bermuko2 dan ponohkan tembolok ni. pilihlah pemimpin yg cerdik dan bersih. hak menentukan pemimpin yg bersih ado kek tangan kito. mano yg baik dan boleh buek kojo,kito pilih.

    -TOK HUSSIN-

    ReplyDelete
  9. gigi...fikir logiknya...ko siapa pulak yang bayar sbb rajin tulis komen mengarut kat sini?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Paneh Miang yakni tuan yang empunyo blog,

    Ese setuju bona dongan komen "TOK HUSIN" tapi bonci bona dongan komen "gigi"..ese ghaso gigi eeh dah banyak yang belubang gek eh..sobab tu dio meroyan..org cerito bab lain..dio pulak cerito hal lain...rimeh botoi ese..
    Tujuan kito kek sini nk togo montori2 yg berkenaan..tak kisah laa..org umno ko..pas ko..pkr ko..pasal sobab ni la gek eh..ese ponah dongar pantut ni.."SIAKAP SENOHONG...GELAMO IKAN DURI...CAKAP BOHONG...LAMO2 JADI MONTORI".. tapi camno pon syukur laa sobab jalan ke Jelobu tu..dh banyak yg luruih2 eh...timo kasih jo laa..pado sesiapo yg berkonaan...tak laa poning palo bila lalu bukit tanggo tu...syukur bebona ese dgn kerajaan barisan nasional di N9 amnya dan daerah Jelobu khususnya...

    drpd: JangAnakPakNgahAmatUluKlawang-Jelobu N9

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive