Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, July 27, 2010

Hakikat atau Populis

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Apakah ini keputusan berasas hakikat keperluan? Atau kehendak tekak dan nafsu serakah? Atau keputusan popular untuk dapat undi PRU-13? Tahukah kalian bahawa 80% para guru ialah Pengundi bukan Barisan Nasional!

Para guru gred 41 dan gred 48, rata-rata hari ini berumur di bawah 40 tahun. Inilah termasuk juga jawatan Pengetua Sekolah tertentu. Apakah Kementerian Pelajaran sudah mengambil kira Kos-Kos Melepas Politik dan Rakyat pelajar sekolah?

Apakah Ketua Setiausaha Negara juga main wayang kulit atau sudah jadi lembu UMNO tanpa usul bicara? Atau, apakah resepi pemansuhan UPSR dan PMR akan menjadi ubat atau vaksinasi kepada Konsep 1 Malaysia dan politik bangsa Malaysia?

Kedudukan secara akademik sebenarnya Kerajaan Malaysia perlu beri semua penjawat awam Gred 41 dan 48, aktif dalam politik. Mereka boleh memegang jawatan dalam parti politik. Maknanya, 68% daripada 7.4juta manusia yang dicop sebagai Pengundi Muda belia, akan punya kuasa UNDI dan penentu sebenar PRU Malaysia.

Manusia awam di gred 54 - JUSA hingga Tertinggi, tidak dibenar secara mandatori sebagai perakus kerusi-kerusi politik. Cukup sebagai ahli parti siasah, baik BN mahu pun bukan BN!

Hari ini, "head-count" Pak Sedaro melalui agen-agen di 9 buah Negeri Melayu Beraja memaklumkan bahawa BN akan lingkup jika masih tidak BIL-HIKMAH mengurus rakyat Raja. UMNO masih seperti katak dalam gelas. UMNO masih mengail di gigi sungai. UMNO masih melukut di tepi gantang.

Head-Count daripada perisikan khas memberi maklum bahawa 80% ketumbukan pekerja UMNO tidak "mesra-masyarakat", tidak "mesra-masjid/surau/madrasah/musolla", tidak "mesra-kerja/sukarela". Pemuka UMNO hanya "mesra-bila ada "kasi".

Pegawai awam Gred 41 dan 48, jika dia SUSK Menteri, dia masih 48. Setiausaha Politik sudah JUSA C. Bacolah Perlembagaan Persekutuan akan erti dan makna SPR, PRU & sebagainya.

6 comments:

  1. dah nama pon guru..xkan la diorg xtau mane betul mana salah..hehehe..klu x buat pe anto anak belajor kt skolah? hehehe..

    ReplyDelete
  2. UMNO masih kuat, tidak dibenci dan dimeluat oleh rakyat.

    Tapi nampak macam terdesak dan sesak je..

    Tapi takkan semua yang layak aktif itu akan sokong UMNO sahaja, nahas !!!!

    ReplyDelete
  3. tak semua guru sokong pembangkang.....

    ReplyDelete
  4. tak semua guru sokong pembangkang.....

    ReplyDelete
  5. langkah mengizinkan guru masuk politik memang wajar.

    selama ini pun sekolah merupakan tempat ahli politik berkempen.

    dalam banyak acara, pempimpin umno mendapat keistimewaan memperkudakan instituisi sekolah, kemudahan sekolah dan guru sekolah untuk kepentingan politik mereka.

    bila ada acara menyambut menteri, wakil perlimen atau adun, maka guru akan dikerah untuk meramaikan majlis. semua 'wajib' hadir.

    biasalah... mereka berkuasa. mana ado pegawai jabatan pelajaran yg berani menentang. nyanyo nanti kena pindah. silap2 miss sorroo..

    -tom tem bak kepalo but-

    ReplyDelete
  6. hakikatnya majoriti guru memilih pembangkang...Jadi harap ada sedikit pemantauan jika ingin terus inginkan undi lbh 19000 golongan guru ni....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive