Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, July 21, 2010

Keluhan GEMPAK

Saya telah menerima SMS dari Saudara Rahimuddin Mohd Harun, Timbalan Pengerusi GEMPAK (Gerakan Memantau Agensi Kerajaan) baru-baru ini. Inilah di antara petikan keluhan beliau yang saya ingin kongsi bersama pembaca Paneh Miang;

"Salam. Message pada pemimpin-pemimpin UMNO sempena persidangan UMNO sekarang ni. Jangan bercakap hal perjuangan untuk bangsa dan agama jika ahli-ahli UMNO di anaktirikan dan tersisih dalam mempertingkatkan kegiatan sosio ekonomi mereka. Apabila orang-orang Melayu mencari pemimpin, jawapan yang diterima semuanya tak boleh, KSU punya kerja, tenderlah dan macam-macam alasan. Minta sokongan di atas surat pun takut nak sign....Nak bersalam dengan pemimpin pun mereka dah mula menjauhkan diri, takut minta derma kot."

SMS berikutnya yang dihantar oleh beliau:

"Golongan peniaga bawahan dan pertengahan amat tertekan sekarang. Bak kata mereka, inilah nasib peniaga-peniaga, bak umpama zaman Pak Lah, disahkan ada penyakit kencing manis, zaman Dato' Sri Najib kaki dah rosak teruk. Dato' Sri Najib kena terus mentadbir dan membangunkan negara dan kekuatan ekonomi jugalah benteng UMNO. Selepas Tun Dr. Mahathir bersara hingga kini tidak ada langsung pembangunan negara yang boleh dibanggakan."

Note: Orang Melayu haruslah bersatu, bukan sahaja dari segi ekonomi malah politik. Kenyataan Ketua Pemuda Pas amat dialu-alukan demi perpaduan umat Islam. Cuma tidak yakin Ketua Pemuda UMNO dapat memberikan reaksi selaku Ketua Pemuda tetapi beliau lebih sibuk hendak menyokong Wee Ka Siong!

11 comments:

  1. betul.Kurangkan berpolitik.Tumpukanlah pada pembangunan negara

    ReplyDelete
  2. pelik,pemimpin dok sibuk satu malaysia,meka tau tak rakyat dibawah satu negara meluat konsep berpura pura ini

    ReplyDelete
  3. najib,jangan lembap mcm pak lah merintah.hasil nye nanti pada pru 13.kalau ada kpi untuk nilai pm,markah pm cuma 3 sahaja

    ReplyDelete
  4. betul ckp ngo gempak ini,najib memang tembel

    ReplyDelete
  5. Ong Tee Kiat Bebas Rasuah PKFZ kato SPRM. Tiado saksi katanya. Yg terlibat hanya bekas pengarah sykt Cina. Jerung terlepas lagi!!? Den ingat dulu jaman Tun Mutahir, ado satu Cino yg bastard dari Singapura terlibat kes Perwaja pun terlepas sampai masuk dia kelubang kubur berkerusi roda lagi. Bersatu kito bersatu, kito hukum PRU ke 13.

    ReplyDelete
  6. Kita sokong Melayu

    ReplyDelete
  7. harap ramai lagi pemimpin melayu yang sedau diri dan insaf.Pemimpin2 yang bodoh aja yang berperangai macam nie dan memalukan orang melayu.

    ReplyDelete
  8. Kenapa pulak nak rsa pelik dan hairan, bukankah saban tahun Perhimpunan Agung UMNO memang tempat untuk berpatriotik, untuk melaungkan semangat dan hidup Melayu, untuk berkorban nyawa demi Islam dan banyak lagi yang hebat hebat seolah olah sebaik sahaja selesai perhimpunan, sekelip mata orang2 Melayu sudah terbela dan sempurna.

    Yang paling tidak boleh lupa, yang mesti selalu di ulang ialah apabila selesai perhimpunan, pemimpin UMNO beramai ramai akan meminta maaf pada kaum lain. Hebatkan !

    ReplyDelete
  9. najib patut letak jawatan.Sama macam pak lah juga.lembab

    ReplyDelete
  10. bukan setakat lombab tapi kayu. Adakah pulak poe buat statement "you help me i help you, you deliver this Sunday, come and collect 5 Mil on Monday" Apo ni!!!? tak sekolah ko!!!??? Aku dongar dio ni flop u Notingham !!!?? SPRM pulak cakap pusing bilo PM dio cakap terus2 rasuah. Kalau macam ni tamat lah teori RAHMAN. Amin, "Bersatu kita Bersatu, bercakar macam UMNO Sg. Petani".

    ReplyDelete
  11. 500% najib memang gagal memeritah.Berhenti ajalah.menyusahkan rakyat

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive