BN pinda perlembagaan pikat sokongan belia fahami 1Malaysia
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan meminda perlembagaannya bagi menarik golongan muda memahami dan mendekati Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, pindaan itu adalah kaedah terbaik bagi menarik sokongan lebih ramai golongan muda dan generasi baru mendukung perjuangan dan aspirasi parti.
"Di luar sana, ada golongan muda yang tidak mahu (menyertai) UMNO atau parti lain dalam BN, malah orang Melayu sendiri berpecah memberi sokongan kepada beberapa parti. "Sehubungan itu, kita nak mencari ruang supaya suara mereka didengari dan mereka ada tempat dalam BN," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini, semalam.
Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, UMNO sendiri sudah memulakan transformasi melalui pindaan perlembagaan yang dilakukan bagi mendekati rakyat dalam konteks kepartian.
Katanya, dalam UMNO, pindaan perlembagaan membuka premis keterbukaan kepada ahli dan perkara sama akan dilakukan kepada BN.
Beliau berkata, perkara sama berlaku dalam parti komponen BN di mana generasi muda tidak mahu menyertai mana-mana parti terbabit tetapi pada masa sama menyokong BN dan visi 1Malaysia.
"Mungkin golongan terbabit berasakan belum sampai masanya menyertai mana-mana parti politik atau mereka tidak faham perjuangan UMNO, malah tidak tahu apa yang kita lalui untuk memerdekakan dan membangunkan negara,” katanya.
"Kita kena cari jalan bagaimana mereka boleh terus menyokong BN daripada mereka terus marah dan berpaling kepada pembangkang," katanya.
Hishammuddin berkata, beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN akan membincangkan perkara itu dengan wakil komponen BN sebelum dibawa kepada pucuk pimpinan BN.
"Tugas saya adalah untuk membincang dan mencadangkan pindaan tetapi pucuk pimpinan BN akan menentukan apa yang akan dilakukan (seterusnya) kerana ia memerlukan persetujuan dan kefahaman daripada semua parti komponen," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh sehingga akhir tahun ini untuk mencadangkan sebarang pindaan terhadap perlembagaan parti.
Note: Apakah darjah kemuliaan seorang Rakyat daripada sebuah negara merdeka dan berdaulat? Apakah rasional jika Rakyat khasnya kumpulan sasaran dominan "BELIA" tidak mahu sertai mana-mana cabang partai siasah, maka, yang dipaksa tukar dan tambah baik ialah Perlembagaan BN? Apakah BN tiada doktrin pembangunan khusus dalam sektoral menterjemah KEMERDEKAAN dan ERTI INSAN ADABI. Hishamuddin sudah makin bebal gamaknya. Maka, terminologi bebalisme merupakan pilihan yang bistari kepada pemuka dan pelayar BN, hari ini!
Apakah semasa dia Menteri Belia dan Sukan, dia masih tidur dalam ayunan "program hoya-hoya"..."program tepuk sorak, mengilai dan tari-menari"...Bongkar jang...kau yang pulun adokan Akta 668 sojak ambil alih kerusi Belia dan Sukan di Bangunan Dato' Onn. Kau juo yang nyuruh si Zaki Zahid, maso tu Pegawai Khas kau, untuk teliti rasional dan implikasi Akta 668. Mako lopeh cukup so dekad, baru dimatikan pada 26 Julai 2007. Apokah tiada makhluk menasihat YAB PM dan YAB TPM, sehingga perlu gadai PERLEMBAGAAN BN? Apokah tugas Pegawai Khas [B], Feriz Omar di Pejabat TPM...tak baco dan selami serta hayati Akta 668 ko? Apo baning sangat kau jang...
Apokah tugas Setiausaha Politik 4 YAB PM, si Suffian Awang, Ketua Pemuda Kuantan yang difahamkan budak 4B pun, samo "mangkuk berayun" dan "mewarisi pemikiran kultus peduli apo den, yang ponting den SetPol, kau tak payah campur...kau apo tau, budak laie...koncing pun tak menureh laie..." Atau Setiausaha Politik YAB TPM di Kementerian Pelajaran, Sharin Jamaluddin [Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Johor] kini digam sebagai SetPol 10% di kalangan usahawan yang kemaruk duit Kerajaan, yang sanggup bersekongkol dengan Banjingan-banjingan politik, yang tidak INTEGRITI, tidak BERADAB dan tidak BERADAT!
Hoii...sedaro yang duduk kerusi ompuk, dan asyik menyodap yo...Jangan kau ingat, Rakyat makin BODOH. Rakyat sudah jauh daripada perahu DAYUS dan PARIA. Akta 668 merupakan akta penuh makna, roh dan zuk Perlembagaan Persekutuan 1957. Nak pancing 100% kelompok yang di definisi sebagai belia dalam Seksyen 2 Akta 668 iaitu belia ditakrif sebagai kalangan warganegara berumur 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Daripada 11.67 juta, 60% ialah kelompok 21 tahun ke 40 tahun. Sekitar 7.4 juta ini, 65% masih tiada fahaman politik, juga tidak partisan dalam mana-mana bendera siasah. Kelompok ini, merupakan nisbah 1 Kaum-kaum Lain: 45 Melayu [yang tidak mendaftar diri sebagai Pengundi Berdaftar yang SAH, BERNAFAS DAN WARAS].
Ini peranan Akta 668. Ini peranan semua ketumbukan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Lantikan Menteri yang ber20 itu. Bukan menebeng dan melolong. Ini peranan Majlis Belia Malaysia dan Badang Bergabung di bawah flagship MBM. Ini peranan Majlis Perundingan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Belia Daerah. Kepada pemimpin belia yang menduduki kerusi-kerusi UTAMA dalam MBM, MPBN, MPB Negeri, MPB Daerah kena TANGKAS, BIJAKSANA DAN SWADAYA TINGGI untuk menentu kedaulatan Negara ini, sesuai dengan tugasan amanah dengan pewartaan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 - Akta 668.

No comments:
Post a Comment