Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, July 26, 2010

Beza Islam & Pas

TAHUKAH ANDA?

1. ISLAM adalah agama yang diletakkan kedudukan tinggi dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, manakala PAS hanya tertakluk di bawah Akta Pertubuhan.

2. ISLAM adalah untuk seluruh umat manusia, manakala PAS hanya untuk rakyat Malaysia.

3. ISLAM adalah kekal selamanya, manakala PAS adalah sebuah parti yang boleh dibubarkan pada bila-bila masa.

4. ISLAM menghukum penganutnya yang murtad, manakala PAS tidak boleh menghukum ahlinya yang ingin keluar parti.

5. ISLAM tidak perlukan borang keahlian, manakala ahli PAS perlu mengisi borang keahlian.

6. ISLAM merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah, manakala PAS perlu merujuk kepada Mursyidul Am dan perlembagaan parti.

7. ISLAM tidak memerlukan pilihanraya untuk berkembang, manakala PAS perlu menang pilihanraya untuk berkuasa.

8. ISLAM adalah cara hidup, manakala PAS hanyalah sebuah pertubuhan.

9. ISLAM adalah agama tauhid sejak Nabi Adam a.s., manakala PAS hanya ditubuhkan secara rasmi 31.05.1955.

10. ISLAM adalah warisan para Nabi turun-temurun, manakala PAS hanyalah warisan penjajah yang diluluskan serta-merta oleh British semata-mata untuk melemahkan gabungan 41 Persatuan Melayu Islam yang membentuk UMNO.

Kepada semua ustaz dan ustazah di JAKIM, JAINS, MAINS, JAIS, JAIM, JAWI serta seluruh Jabatan Agama Islam Negeri, berilah perhatian kepada fakta di atas. Berhentilah daripada terus mengaitkan Islam itu adalah Pas dan sebaliknya. Jika ilmu agama anda yang kononnya 'tinggi' itu, tetapi masih tidak berupaya menilai fakta mudah yang kami berikan, maka eloklah anda meletak jawatan dan terus berkecimpung dalam arena politik supaya rakyat boleh menilai "siapa guru agama" dan "siapa guru politik."

Kepada para pemimpin Pas, janganlah berdolak-dalih dengan memberi 1001 alasan kononnya hanya Pas saja yang Islam dan selain Pas tidak Islam. Ingatlah, walau apa pun alasan yang anda berikan, anda bukanlah pemimpin yang mewakili Islam, tetapi hanya pemimpin sebuah parti politik yang hakikatnya takut kehilangan sokongan orang bukan Islam.

Kepada generasi baru yang sedang menilai nawaitu sebenar Pas, diharap telah menemui jawapannya melalui huraian mudah di atas.

Kepada penyokong Pas...CUKUPLAH...jangan kena tipu lagi! Sejak PRU 1955, Pas tidak pernah bertanding lebih daripada separuh jumlah kerusi Parlimen yang dipertandingkan, hatta di kawasan majoriti Melayu sekalipun. Alasannya mudah, Pas sememangnya tidak pernah berniat untuk memerintah Malaysia, tetapi hanya ingin memenuhi agenda kafir harbi DAP yang mahu melemahkan UMNO.

Sematkan dalam fikiran anda bahawa Islam milik semua penganutnya dan tidak eksklusif hanya untuk Pas semata-mata.

19 comments:

  1. ape ko wat artikel nie, ko tak terpikir ke nak wat perbandingan Islam dengan UMNO? jauh sekali kan?? confirm lebih jauh bezanya.. btul tak cakap aku nieh!!? memang la semua fakta di atas tu benar tapi ko kena la paham.. takkan la PAS dengan Islam tu 100% sama?? semua perbezaan yang ko nyatakan kat atas tu perbezaan yang logik.. ape nak dihairankan pulak? biasa la tu..

    ReplyDelete
  2. Apa yg ko nk simpulkn ni haa?nk kelirukn rakyat ke?xdptla der..ko ingt sume org bodoh ke? PAS ni bkn agama.pas yg perjuangkn islam kt m'sia ni berpandukn quran dn hadith..cuba ko ckp sape yg luluskn judi sukan?pas ke?agak2 la nk perbodohkn org pon..

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tergelak ak baca artikel ko nie..eh, artikel ke?hahaha... kelakarla ko nie...

    await ko xbanding Islam ngn umno? org umno nie slalu jer bt sesuatu kena ats btang hdung sndiri...

    sakit perutla ak baca bendalah nie...hahahaha..

    ReplyDelete
  4. nak kata xsekolah si penulis ni die sekolah ha3
    ni nak gtau ko.. umno tu apsal ko xbandingkan dengan islam?
    yang pegi heret pas ni apsal..
    kat malaysia ni, satu2nye parti yg perjuangkan agama engko ialah pas, umno ngn bn jauh sekali.
    pikir2kanla..
    yang pegi cakp pas nak tolong british tu apahal la plak.. adus

    ReplyDelete
  5. aku tau kenapa penulis ni buat beza islam dgn pas. sebabnya mudah ja. pas je yg ngaku dia islam yg hakikatnya tak betul pun islam yg diperjuangkan pas tu. umno plak tak heboh pun dia parti islam, tp umno buat apa yg islam suruh sehingga seluruh dunia iktiraf malaysia sebagai sebuah negara islam. simple as that.

    kesimpulannya, pas telah merosakkan nama baik islam di mata masyarakat dunia. fin.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. iskandar stories dan anon2 penyokong pas ni ramai yg tak tau sejarah pas rupanyo. kesian den dgn generasi mudo hari ni yg buto sejarah. isk isk isk. semuo eh terpedayo dgn auta nik aziz dan aljuburi. kakakaka. kosian...

    ReplyDelete
  7. xpayah sussah2 nk banding pas dgn islam..cukup la banding umno dgn melayu..
    betul ke umno tu cukup melayu..??

    ReplyDelete
  8. semua org sudah pandai menilai..pas la paling bodoh nk membodohkan org..parti politik paling bodoh = PAS

    ReplyDelete
  9. ISLAM dan PAS adalah 2 perkara yang berbeza.......Untuk makluman saudara, hanya PAS parti yang memperjuangkan ISLAM di Malaysia. UMNO adalah parti sekular dan amat jauh dari ISLAM..... Iktikad UMNO adalah berbahaya dan harus diperbetulkan...Kemuliaan hanya pada ISLAM bukan pada PAS apatah lagi UMNO yang sekular... PAS menyertai pilihan raya kerana itulah satu2nya method yang boleh disertai bagi melaksanakan ISLAM yang syumul di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. soalan? apa itu sekular? apakah belajar sains & matematik tu sekular, apakah buat lebuhraya tu sekular, apakah menubuhkan tabung haji tu sekular. ko orang pas sentiasa menyebut sekular tapi tak penah nak mencari maksud sebenar sekular. nik aziz berdendam ngan umno dengan menyebut umno menolak islam tapi pas menerima islam tulah yang dikatakan sekular.

    ReplyDelete
  11. Budak PAS dan Ahli PAS yang masih bengap. Baca semula orientasi Freemason yang diperkenal oleh Theredore Herbert tentang secular. Juga dalami makna Islam and Secularism yang dibahas panjang lebar oleh YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1972, sempena World Islam Conference di Mekah. Al-Habib Sheikh Hussein Ali Al-Attas di Bogor juga mengerti bahawa Secular ialah terma jolokan Penjajah kepada Benua Umat Islam. Belanda, Inggeris, Sepanyol merupakan Kuasa Kolonialis di 80% Bumi Islam lampau.

    ReplyDelete
  12. Islam UMNO mengikut ajaran Lord Reid Wahai Cicit Komut yg Bingai! Itulah org panggil Islam sekular, ugama suku politik suku. Den bukan tiga suku mcm Gedoyak.

    ReplyDelete
  13. besela org2 pas ni semua suci...mane nk paham artikel atas..yg penting gaduh dgn umno.sanggup pelok babi d.a.p dari umno kerana apa?kerana umno x islam...abes tu babi tu ikut sgt ke islam??
    org2 pas seme tahap pemikiran kuno nak mampos...lim guan eng psyko sikit jer gune name khalifah umar..terus angkat percaye...ni la mentaliti pas...org bukan Islam pergune quran pegi takbir!!
    wei komunis dulu pon petik quran la!!
    mane islam kamu tu??
    sesame agama bergaduh,orang melayu kene halau,korang sibuk jatuh hukum org lain!
    artikel ni patot ade mase pru 13...kasi org sedar islam dan pas=BERBEZA!

    ReplyDelete
  14. Klu nak sokong mana2 pn kena la tgok perlembagaan parti masing2...lpas tu bandingkan la...kalu otak tu cerdik tahap gaban pilih la yg sesuai dengan kejadian fitrah manusia..

    ReplyDelete
  15. Orang orang Pas ni kebanyakanya lulusan universiti 'al kohok ' .Mereka hanya terima ape yg N.ajis cakap.Mental dan hati dah beku x mau membuat kajian yang mendalam tentang sejarah.Malah perkara yang mudah pun x dapat nk fikir..asyik2 perkataan sekular,hudud dan mcm2 istilah yg nampak islamik utk mengaburkan mata org yg malas berfikif dan bermuhasabah.Biarlah kita buat kerja membangunkan islam sebagaimana yg kita ada hari ni sehingga kita diiktiraf oleh banyak negara.Kita x perlu lebih bercakap untuk nampak lebih islam.

    ReplyDelete
  16. merepek ja sapa yg tulih ni..sape yg tulih benda bangang mcm ni...gambaq pon gambaq edit...adoi...tu pon ada jgk puak yg bangang p sokong..ops lupa nama pon dah banggang..org bangang kata org lain banggang...xtau beza pas ngan islam..payah la klu xtau kena p belajaq sekolah rendah agama rakyat la lagu tu...sekolh kebangsaan xajaq kot...yg depa nk ajaq apa itu seks..apa tu beza pakai kondom dgn xpakai kondom...ahahaahahaa..org umno ni kadang2 boleh masuk raja lawak...lawak banggang..

    ReplyDelete
  17. jgn bgaduh. umno dh cukup islam lah.nk pimpin negara?pimpin isteri tu dlu.jgn letak sarang tebuan atas kepala jambul tu.xkn xtau cerita lailatul qadr kot abg ajib oi.

    ReplyDelete
  18. ek eh bengapnye si penulis ni.wat perbezaan pon x reti.kalo ko nak wat perbezaan,bandingkan agama dengan agama.contoh cam islam ngan christian ke.pastu kalo nak bezakan parti,watla parti ngan parti.cam pas n umno ke.ko bongok ye?x sekolah ye?ke banyak ngat mkn duit suap umno smpai mate ko bute??dah x de modal nak buruk2kan org ye?blog ko ne blog hampeh n sampah!wat nyemak!!insafla ko!!!

    ReplyDelete
  19. Kalu dah namanya Penyong Pas. Mereka kebanyakannya sukar lagi mengguakan akai dengan baik. Bukan semua tetapi ramai. Kalu tak percaya saya ingin manyatakan ii kerana saya juga dulunya begitu.

    Rezeki saya setelah lama mengkaji dan berfikir ialah apakah semata-mata kerana saya sokong Pas akan menyelamatkan saya dari kemarahan Allah walaupun Pas musuh Islam? Saya tidak akat UMNO bagus tetapi UMNO tidak mengganggu gugat perkara akidah kita.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive