Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 1, 2012

Keajaiban Anwar

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus harap kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula. Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah dengan ajaib sekali tanpa disangka-sangka.

*********

Anologi di atas adalah bagi menjawab pelbagai pertanyaan rakan-rakan yang majoritinya mengharapkan Bapak Anwar Bin Ibrahim ke penjara dan di dapati bersalah di mahkamah. Para penyokong LGBT juga jelas memainkan isu ini dengan menyatakan Anwar tidak bersalah dan tuduhan meliwat Saiful kononnya hanyalah satu konspirasi. Pada pencacai LGBT, Anwar adalah manusia ajaib, malah tidak hairanlah ada yang menggelarkannya Imam Mahdi. Malah ada yang berjenaka mengatakan Anwar memiliki 9 nyawa. Bahkan mereka yang taksub menyatakan kalau Anwar merogol dan meliwat depan orang ramai kat stadium Bukit Jalil sekalipun, parasit Pas, PkR dan DAP tetap tidak akan percaya dan masih akan menyokong beliau. Begitulah ajaibnya manusia bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim ini.

Terbaru manusia ajaib ini juga terang-terangan memuji dan menyokong Zionis Israel. Katanya, "Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", dalam wawancara bersama Wall Street Journal. Ramai maklum WSJ adalah proksi Yahudi.

Zionis Israel mempunyai penduduk kurang 6 juta orang, tetapi memiliki tidak kurang 200 bom nuklear, beratus-ratus kapal terbang pembawa bom seperti F4 Phantom, A4 Skyhawks, F16, Strike Eagle, peluru berpandu jarak jauh Jericho I & II dan kapal selam berpeluru Kruise; masih ingin dilindungi oleh manusia ajaib bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim berbanding Palestin yang dijarah dan diseksa sejak sekian lama di mana rakyat Palastine dibunuh sesuka hati hampir setiap hari oleh Rejim Zionis sepertimana yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Mesejnya mudah saja;

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri, masyarakat dan negara ini.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Terlepasnya Anwar Ibrahim daripada hukuman Mahkamah Tinggi bukanlah bermakna dia telah terlepas dari hukuman dosa-dosa yang telah dilakukan pada rakyat dan negara Malaysia selama ini. Allah lebih mengetahui keputusan yang lebih sesuai untuk penderhaka negara ini. Biar penyokong LGBT gembira buat seketika.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus harap terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah bagi melakukan perkara-perkara yang lebih ajaib daripada itu.

"Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia." (Surah Yasin : 82)

Justeru, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah dan teruskanlah berdoa agar Allah sentiasa memberikan petunjuk ajaib yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia; sama ada mengundi parti yang menjadi proksi dan menyokong Regim Zionis, atau mengundi BN yang tidak putus-putus membantu rakyat Palestin. Keputusan di tangan siapa?

16 comments:

  1. Terbaik Bro! Allah Maha Bijaksana, Bapak Anuar tidak akan dihukum di mahkamah tetapi akan dihukum diluar mahkamah... Hukuman di luar mahkamah sedang berjalan kini dgn Isu Israel..

    ReplyDelete
  2. Di Mahkamah Allah hukumannya lebih berat dari hukuman dunia. Pada ketika itulah mulut akan terkunci dan segala anggota badan boleh menyaksikan tentang perbuatan durjana mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam kasih. Tulisan di atas ni menarik. Benar2 menginsafkan dan menambah keimanan kita akan kebesaran dan kehebatan Allah. Tapi untuk meyakini bahwa Allah akan menghukumnya kemudian hari itu bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Sebenarnya orang Melayu ni dah cukup letih dengan budaya pemimpin Melayu melondeh aib pemimpin lain ni. Kalau nak di londeh, hakikatnya tiada siapa pun pemimpin di atas tu yang maksum. Tapi, mereka masih selamat kerana dia menyokong pihak yang masih berkuasa. Budaya melondeh ini bukan tujuan untuk menyelamatkan bangsa dan agama sebenarnya. Ia hanyalah nak selamatkan karier politik masing-masing. Yang pasti, siapa saja di atas tu, hidup kaya raya dan harta melaut dalam sekelip mata. Tengoklah Kes NFC keluarga menteri tu..Kita rakyat di bawah ni, tetap hidup merempat seperti lama, meskipun bekerja keras dari pagi hingga tengah malam.

    ReplyDelete
  4. osah botul paneh miang den baco....


    alhamdulillah..syukur at least den tersedak sikit...

    sehebat mana pun perancangan manusia...tapi masih lemah untuk menandingi perancangan Allah SAW...

    ayat ni den ingat masa anwar cakap kek umah dio dulu maso mulo2 kono tangkap...rupo-rupo eh...dio baco untuk diri dio...

    wallahu'lam

    ReplyDelete
  5. opsss silap...nak copek punyo pasal...

    perancangan ALlah SWT...

    ReplyDelete
  6. Saya setuju 100% AJL. Bapak Anwar Bin Ibrahim akan lebih rakus untuk menyokong Israel dan US. Jadi, adakah benar fakta yang menyatakan Anwar adalah ejen CIA? Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  7. Maaf AJL, terrhantar komen yang sama sebanyak 3 kali. Mungkin kerana terlampau excited nak bagitahu rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya. Harap pembaca blog ini baca artikel2 saya mengenai Brother Anwar Bin Ibrahim. Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar !!
    Allahuakbar !!
    Allahuakbar !!
    Yakin dan percaya.

    ReplyDelete
  9. Sey ni ghisau bona2lah pasal Rosmah ni. Kito oghang kampung di Rombau merempat layuh nak caghi joki menanggung anak bini. Dongar e dio bolanja sakan boli bolah pakaian kek australia tu pohal.. Untuk kain baju ajo.. A$100,000 (RM325,000). Tidor kek hotel A$20,000 (RM65,000) somalam. Amboi3.. Botulko tu.. waghih2 kito sumo, tolong2lah tengokkan. Botul ko tu? Kok iyo, osah malu oghang kampung ni..

    ReplyDelete
  10. Kpd Cucu Tok Porbo;

    Den raso elok kau risaukan perangai bakal bini ekau atau kalau dah kahwin tengok2 bini dan anak ekau sondiri. Ada Rosmah zalim ambil duit poket ekau ke yg nak panjangkan fitnah dio sangat2. Kalau botol pun cerito tu dia ada duit yg nak jaki sangat apa hal ....PhD la tu

    ReplyDelete
  11. Salam kasih Anon 2:23 pm. Tks dek sudi menogor sey ni. Sey tak dongki apo2do. Cumo bagi pandangan ajo. Sopaham sey, pemimpin misti jadi contoh pd rakyat. Di suruh rakyat bojimat makan bubur borcokin. Dio pulak dongar e boli cincin berlian RM24 juta, beg tangan RM600,000. Pantang jumpo kain cantik, diborong habih sokayu. Elak oghang lain boli nang samo.. Nak tanyo ajo.. patutko tu...:)

    ReplyDelete
  12. Salam sayang Cucu Tok Porbu,

    Antara tugas Suami Merancang, Melaksana, Menyelenggara (kewangan), Membimbing, Mendidik & Menasihati Isteri.

    Tidak termasuk tugas suami memberi hidayah, memberi kefahaman dan memberi kesedaran. Kalau itu boleh dilakukan tak mungkin Nabi Noh mempunyai Isteri dan anak yg menentang perjuangannya, tak mungkin Datuk dan Bapa Saudara Rasulullah tidak Islam.

    Adakah Nabi Noh & Rasulullah bukan pemimpin???

    Sungguhpun begitu jika pemimpin bermewah-mewahan dgn sumber yg tidak halal atau menggunakan wang rakyat sesuka hati, laoporkan kpd SPRM jika saudara mempunyai bukti. Bukan hanya pd Rosmah dan pemimpin BN sahaja.

    Bagaimana dgn pemimpin pembangkang dan isterinya??? Adakah saudara yakin mereka tidak mempunyai sifat yg sama spt Rosmah? fikir2 kan....

    ReplyDelete
  13. Salam kasih Anon 8:31AM. Tks ateh maklumbalas. Ini bicaro nang elok. Pike pelito hati, tonang hulu bicaro, honing seribu akal, dek sabar, bonar berunding. Oghang nogori ni asal e kuek boradat, tak lokang dek paneh, tak lapok dek hujan. Bilo dah jadi pemimpin kono paham pobilangan e..
    adat gunung timbunan awan, adat bukit timbunan angin, adat toluk timbunan kapal, adat ketuo timbunan umpek. Kito ni rakyat biaso, nang susah, susah amek2. Nangih keluar air mato nengok e.. Kok sapo juo jadi pemimpin, tak kigho pemerintah tak kigho pembangkang,hiduplah macam rakyat. Kok ado hati gajah, samolah dilapah. Kok dapek hati kuman, samolah dicocah. Kayo melana melaut ghoto, usahlah dilabun diperago pado yg takdo. Podih luko hati rakyat jelato.
    Kobau tak sekandang, seladang. Padi, tak bopagar, lalang. Pemimpin misti buleh kawal bini. Nang tak buleh, bagi hidayah (Iman). ini kojo Allah. Nang bab ponampilan diri bab bolanjo ni.. Ini kojo manusio. Jangan salahkan Tuhan..

    ReplyDelete
  14. Patutlah melayu byk jadi bingai sampai fitnah mahadajjal pun rakyat melayu percaya. sudahlah emo melayu ni mengalahkan filem hindustan, org suruh belajar Bahasa Inggeris pun tak berlajar. Pada umata yg bingai ini den seru bacaklah tek sebenar dlm BI supaya dapat mengeri isi ucapan sebenar DSAI.

    ReplyDelete
  15. Bagus cerita penjual tempe itu. Adakah ia cerita benar?

    ReplyDelete
  16. dah baca dah teks bi anwar tu sepenuhnya...ya, memang anwar patut berubah dan jangan nak sangat bodek israel tu...buat malu je.

    ReplyDelete

Blog Archive