Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, October 8, 2012

Ali Rustam patut beringat la sikit...

DS Ali Rustam ialah seorang Ketua Menteri di Tanah Bekas 4 Kuasa Penjajah. Ali Rustam sukalah Pak Sedaro posan agar lebih beragak dalam buat Majlis Resepsi Peribadi. Elok hajat itu nak beri makan ramai orang, tapi bilangan 130 ribu jemputan dalam Kenduri Kahwin, sesuatu keganjilan untuk kedudukan semasa "saudara" sebagai YAB Ketua Menteri.

Belanja paling busuk jika sekepala RM10 akan menelan kos sebanyak RM1.3 juta. Walaupun Ali Rustam boleh memberi justifikasi simpanan peribadi untuk anak-anaknya kenduri sedemikian besar untuk seorang, namun UMNO di luar Melaka yang menerima padah "persepsi" PRU-13.

Sudah tentu niat besar dan baik, namun apabila mengundang fitnah dan bahan lelucon politiking murahan, maka Agenda Suci "Bona Fide" sudah menjadi "Malar Fide". 

Kalaulah buat Majlis Walimatulurus Anak-Anak Melaka, dengan jemputan 1 juta orang pengunjung termasuk rakyat Pembangkang yang sudah habis Modal Politik, pasti mereka tak memekak-mekak. Tapi saudara Ali buat kenduri untuk anak lelaki yang seorang.

Jangan lupa saudara Ali, Melaka memang nampak mudah untuk BN menang semua, tapi lain kali pikir sikit pasal negeri lain!!!

10 comments:

  1. Ali mmg berpakat dgn muhideen nak sungkurkan najib..itu pun umno x boleh baca ke?

    ReplyDelete
  2. ALI DAH SAMPAI KEMUNCAKNYA. MELAKA DAH PUN MAJU. TUGAS ALI MESTI DI HARGAI. ORANG 2 MELAKA BERTERIMA KASIH PADANYA. KINI MELAKA PERLUKAN ORANG BARU, ALI DAH LAMA KAT MELAKA.

    ReplyDelete
  3. Saya sangat bertuah jadi or melaka. CM paling perform. Org PR cemburu, tengoklah prestasi selangor, pulau pinang, kedah, kelantan . Ketua audit pon dah tunjuk prestasi amat teruk. Undilah BN hidup Melayu & hidup Mamak. Kalau tak kerana BN mamak x dapat lah title melAyu.

    ReplyDelete
  4. Cemburu sangat ke orang lain?

    Tu duit dia, bukan Mak Bapak hang pun.

    ReplyDelete
  5. Masaalah nya tu BUKAN duit dia atau duit MAK BAPAK dia....bukan cemburu tapi getik bebenor...

    ReplyDelete
  6. tok ali ni mmg suka pergi jemputan org kawin sekitar melaka. so x heranlah ramai yg dtang semasa anak dia kawin hari tu. melaka ni kecik jer, ditambah pulak jaringan jalan raya yg memudahkan pergerakan di setiap daerah sekitar melaka. maka apa nak heran org melaka ramai2 hadir kerumah ketua menteri yg disayangi...

    ReplyDelete
  7. betul kate sans said. mmg dia gemar ke majlis org kawin. budget? org melaka datang ke majlis dia, mst ramai yg beri sedikit sumbangan.. x semua la.. at least YB2 yang ada, mst beri banyak.. bukan sikit woo.. statement yg dikeluarkan ni, biasanya bukan orang Melaka. kalo org Melaka, kita faham kenapa Dt Ali buat majlis mcm ni.. kesan PRU 13? rasanya majlis ni adalah untuk petanda kepada beliau bahawa orang Melaka mahupun luar Melaka tetap menerima beliau dan angkatannya.. ramai woo yg datang...

    ReplyDelete
  8. Salam PM,

    Kampong man sebonar eh orang Melaka tapi ket nogori tu pornahlah tinggal di Paroi Jaya zaman 80 han dulu .

    Ali Rastam jangan overconfident sanagat walaupun Melaka dalam gengaman UMNO/BN anytime.Gheng lama dari Melaka masih bermimpi yang Melaka ,Johor dan N9 ni akan jatuh pada PR.Nak tahu bagaimana bencinya beliau pada UMNO baca PIRATES OF PUTRAAYA.Ashiknak berbalas balas pantun dengan Kampong Man.Pennyokong tegar PR mamat ni.Kickdefella dalam artikal baru ada tunjuk video isu royalti minyak Kelantan ,bacalah.Salam

    ReplyDelete
  9. ape la salah org nk dirikan masjid, dipolitikkan plak..dh tggjwb bpak kahwinkan anak,,so ape mslahnya?? x perlu cri slah org lain,jg kain kapan sndiri sudah la...

    ReplyDelete

Blog Archive