Dewasa ini telah muncul dalam masyarakat kita golongan-golongan yang pada zahirnya dilihat sebagai Ahli Ilmu dan Ulama’ namun pada hakikatnya mereka adalah perompak yang menyekat laluan para penuntut ilmu daripada memperoleh ilmu yang benar, menyesatkan Umat daripada jalan ALLAH yang lurus.
Mereka ini terpengaruh dengan agenda pemikiran Barat yang berusaha menyesatkan Umat Islam dan memesongkan mereka daripada landasan Aqidah yang benar lalu sama ada secara sedar atau tidak, golongan ahli ilmu agama ini menjadi agen barat untuk merosakkan Umat.
Antara seruan yang memesongkan hati dan meranapkan aqidah yang diserukan oleh golongan ini adalah dakwaan mereka urusan mentaati pemerintah muslim yang ALLAH s.w.t telah fardukan dalam kitabNya al-Quran bukanlah urusan aqidah, pada mereka ia hanyalah isu politik dan cabang(furu’) yang tiada kaitan dengan kepercayaan(aqidah) seorang muslim.
Kenyataan ini berlawanan dengan fakta yang sebenar kerana mentaati pemerintah muslim itu telah difardukan ALLAH s.w.t dalam al-Quran, surah al-Nisaa ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taat juga kepada Rasul dan mereka yang berkuasa dalam kalangan kamu …”
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih beliau yang maksudnya: “Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, barangsiapa yang menderhaka kepadaku maka dia telah menderhaka kepada ALLAH; barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku, barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepadaku”.
Daripada Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa yang membenci sesuatu perkara pada pemerintahnya maka hendaklah dia bersabar kerana sesungguhnya barangsiapa yang memberontak terhadap penguasa lalu dia mati maka matinya itu seumpama mati orang jahiliah” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Kedua-dua hadis ini menunjukkan betapa kuatnya kaitan antara urusan mentaati pemerintah dengan aqidah sehingga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan dalam hadis yang kedua mereka yang mati dalam keadaan memberontak kepada pemerintah adalah mati dalam keadaan Jahiliah. Dalam hadis yang pertama pula amat jelas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengaitkan ketaatan pada pemerintah itu dengan ketaatan pada baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri yang mana ketaatan kepada baginda adalah ketaatan kepada ALLAH. Apakah ini masih lagi bukan urusan Aqidah?!
Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang diperintah oleh seorang pemerintah lalu dia melihat pemerintahnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci perbuatannya yang maksiat kepada ALLAH itu namun jangan pula dia mencabut tangannya daripada ketaatan (terhadap pemerintah itu)”. [HR Muslim].
IJMAK PARA ULAMA
Benar di dalam Islam dilarang kita mentaati pemerintah dalam perintahnya yang mengandungi maksiat kepada ALLAH s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Dengar dan Taat (kepada pemerintah) itu adalah suatu hak selama mana tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka jika diperintahkan dengan perkara maksiat maka tidak boleh dengar dan tidak boleh taat”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Namun, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang kita daripada memberontak dan menggulingkan pemerintah yang zalim dan fasiq kerana pada tindakan tersebut terdapat kerosakan dan mudarat yang lebih banyak lagi dan perkara ini juga telah menjadi kesepakatan (Ijmak) dalam kalangan Ulama’ Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan mereka memasukkan urusan mentaati pemerintah muslim dan haramnya memberontak kepada mereka walaupun melakukan kezaliman dan kefasiqan sebagai salah satu prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Kata al-Imam al-Nawawi r.h (w.676 H): “Adapun memberontak kepada mereka (pemerintah muslim) maka ianya Haram dengan kesepakatan kaum Muslimin walaupun mereka itu orang-orang yang zalim dan fasiq …” [Syarah Sahih Muslim, 12/229].
Kata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h (w.324H): “dan kami (Ahli Sunnah wal Jamaah) berkeyakinan perlunya mendoakan untuk pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dengan kebaikan dan mengakui kepimpinan mereka dan MENYESATKAN sesiapa sahaja yang berpendpat perlu memberontak ke atas mereka jika mereka melakukan kezaliman” [al-Ibanah, hal. 254]
Kata Imam Abul Husin al-Barbahari r.h (w. 329 H): “Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”. [Syarhus Sunnah]
Berkata Imam al-Muzanni r.h –salah seorang murid besar Imam al-Syafii r.h dan tokoh utama mazhab al-Syafii- (w.264 H): “dan (antara aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu) mentaati pemerintah dalam perkara yang diredai oleh ALLAH azza wa jalla dan menjauhi perintah yang dimurkai ALLAH serta meninggalkan perbuatan memberontak kepada pemerintah apabila mereka melakukan kezaliman dan bertaubat kepada ALLAH azza wa jalla mudah-mudahan dengan itu ALLAH akan lembutkan hati mereka terhadap rakyat”. [Syarhus Sunnah oleh al-Muzanni, hal 84]
Kata Imam Abu Ja’far al-Tahawi r.h (w.792 H) dalam kitab beliau yang masyhur; al-Aqidah al-Tahawiah yang merupakan salah satu kitab yang penting dalam menjelaskan prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah: “dan kami tidak berpandangan memberontak ke atas pemerintah kami walaupun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak mendoakan kejahatan atas mereka dan kami tidak akan mencabut tangan dari ketaatan terhadap mereka dan kami berkeyakinan mentaati mereka adalah termasuk ketaatan kepada ALLAH azza wa jalla yang merupakan kewajipan selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keafiatan”.
Berkata Imam Abul Qasim al-Asbahani r.h (w.535 H) dalam kitab beliau yang masyhur dan antara rujukan utama dalam memahami prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah; al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah: “dan di antara mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah adalah: mereka tidak membolehkan memberontak ke atas pemerintah walaupun terdapat kezaliman selama mana pemerintah itu mendirikan solat seperti mana yang telah datang akannya khabar (hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam)”. [2/466].
Demikian nukilan-nukilan daripada Ulama-ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah ini yang mereka catatkan dalam kitab-kitab yang membahaskan prinsip-prinsip Aqidah bahawa mentaati pemerintah dan larangan memberontak terhadap pemimpin muslim termasuk salah satu prinsip Aqidah di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah, dan tidak ada yang menyelisihi aqidah ini melainkan dia terkeluar daripada lingkungan Ahli Sunnah wal Jamaah, sekaligus menyanggah pandangan songsang sebahagian ilmuan Islam yang terpengaruh dengan agenda barat yang cuba menghasut umat Islam untuk meninggalkan agama mereka secara halus. Barangkali ilmuan Islam yang terpengaruh dengan idealis barat ini menuduh kita dengan gelaran literalist dan jumud kerana membawa perkataan Allah, Rasul dan para ulama dalam membantah hujah sesat mereka. Wallahua’lam.
~Penulis adalah Pengerusi Sekretariat iLMU Cawangan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.
Siaran akhbar Sabtu, 29 September 2012.
Sumber sini.
Best joke of the day !
ReplyDeleteTa'apa - Ta'apa, semoga ia dapat menghiburkan UMNO.
Ese dah lamo tau bondo ni, sobab tu ese tak ponah nak bosotuju dgn apo yg bolaku di Mesir, di Syria, di Libya, di Iraq dan banyak tompek laie.. Ado pulak tangan2 ghaib yang menghasut pemberontak supaya menentang kerajaan, siap bagi dana lagi atas nama nak menegakan demokrasi..
ReplyDeleteKalau nak jadi bangang pun jangan lah sampai ke tahap memalukan anak-anak cucu. Kalau nak taatkan pemerintah pun tengok-tengok la dulu. Kalau pemimpin balun rasuah boli sonjato kapal solam beratuih juto, atau main pompuan Monggolia pehtu lotopkan, kau taat jou bongang bona la!
ReplyDeleteNi jenis petik ayat-ayat Allah untuk menyesatkan manusia lagi bahaya ni....
kita bukan nak menggulingkan pemerintah...kita nak kalahkan dia masa p/raya...jauh beza tu bang...
ReplyDeleteche din, tak payahlah kau nak behujah dengan ngan tali barut kominij ni, jawapan dio orang simple jo, kerajaan sekarng bukan kerajaan islam, jadi bulihlah kito lawan. Agak eh bori kapir laknat guno namo ALLAH tu Islamic bonalah tuh
ReplyDeleteboto tu bang, diaorang ni dah memang jonih pengampuDAP kapir laknat, jadi semua yang orang islambuek tak boto, yang n.ajis cakap boto sobab n.ajis sokong kapir laknat, marilah samo2 wahai kapir laknat menghapuskanorang islam di Malaysia atasbantuan org2 PAS kerana mereka sukakan darah saudara mereka sendiri. Kalau DAP dapatmenang mereka gembira kerana DAPakan dapat putrajaya atas pertolongan mereka dan kemudian mereka ini akanjadi balaciDAP untuk tindas seberapabanyak orang melayu yang tak sokong PAS. Merekaakan ikut sahaja apa kata DAP.Mat Sabupernah mengeluarkan kenyataandi P.Pinang bahawa beliausanggup makan babi dengan LIM Guan ENg daripada makan Ayam dengan Najib. Lepas tu penyokong2nya takbir tanda setuju. Beginilah apabila agama itu no 2 tetapi perintah DAP lebih daripada perintah tuhan, Allahuakhbar.
ReplyDeleteketaatan kepada para pemerintah ada batasannya. Hak untuk mereka ditaati tidak sama dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNYA. Ketaatan kepada Allah dan rasulNYA adalah mutlak. Allah dan rasulNYA tidak boleh dibantah. Dalam masa yang sama kita tahu segala arahan yang bersifat syariat yang datang dari keduanya adalah untuk kemaslahatan manusia.
ReplyDeleteHal ini tidak sama dengan para pemerintah. Ketaatan kepada mereka tidak mutlak. Mereka sentiasa terdedah kepada kepentingan diri seperti mana manusia lain, maka bukan semestinya semua yang datang dari mereka itu untuk maslahah rakyat dan negara. Kemungkinan arahan mereka membawa kerosakan bukan kemaslahatan, yang mana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam
Setuju kata anon di atas. Jadi mengapa pencacai pas dan pkr begitu taksub pada pemimpin dan pemerintah mereka walaupun pemimpin dan pemerintah mereka terang dan nyata berbuat salah?
ReplyDeleteTaat pada pemerintah langit dan bumi.
ReplyDeleteKan putrajaya nyo pemerintah do.
Tu aqidah eh.