Tersebutlah kisah di Negeri Sepuluh seorang pemerintah eksekutif sedang berkira-kira, siapa kalangan panglima yang boleh dipercaya.
Hatta, terjadilah sebuah peristiwa hendak mengadakan keramaian dengan undangan jangkaan 130 ribu orang di sebuah Majlis Persandingan Gadang. Seorang Tok Jonang, meniup nafiri dan melaksana pengumuman awam. Rakyat tertanya-tanya, kenapa Pemerintah Eksekutif berkata-kata merangkap Tok Jenang. Tidakkah ramai sekelian rakyat yang ada, boleh menjadi Tok Jenang membantu urusan pentadbiran Pemerintah Eksekutif. Bodoh sangatlah kelihatannya Pemerintah Eksekutif ini pada pandangan rakyat jelata yang bijak pandai belaka.
Kemudian, terlintas di fikiran Pemerintah Eksekutif untuk bermesyuarat mengada dan mengumpul kerabat kerja. Seorang Tok Gempa, berdiri dan berkata-katalah rupa-rupanya, Pemerintah Eksekutif merangkap Tok Gempa. Pegawai dan penguasa kalangan rakyat jelata tersenyum sinis melihat kebodohan melata seorang Pemerintah Eksekutif yang masih buta dan pekak rupanya.
Majlis Persandingan Gadang mesti berlangsung juga, kerana rombongan besan sudah bersedia dan hampir berjalan tiba. Hari jadi kenduri gadang berlaku jua, tapi amatlah sedih kerana Pemerintah Eksekutif masih tidak punya Tok Jenang dan Tok Gempa.
Habis Majlis nampak zahir ceria, yang sedihnya batin rakyat terus terseksa. Tahniahlah Pemerintah Eksekutif, dek tak cerdiknya dia. Ibarat kata bistari "ramai pandai tapi tidak benar, yang benar dan pandai tidak terpilih...akhirnya korban institusi Tok Jenang dan Tok Gempa, merotan rakyat, mengorbankan Pemerintah jua.
P/S: Kok tak paham, tanyo Tok Mad!
Nagari Gadang,,,Pakong SadoAlah aei,,,
ReplyDeleteAdo Paham Ko???
haa,,!!!haa,,!!!haa,,!!!