Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 11, 2012

Cubaan menipu rakyat N9


Ada 12 perkara yang dijanjikan Komplot Pembangkang jika di beri kuasa memerintah Negeri Sembilan selepas PRU-13. Meh kito semak satu persatu...

*********

1. Pendidikan Percuma

Bab ni kami dah pernah ulas dalam posting Free education is not always a good thing (klik).

2. Tol Percuma

Kiro macam Lebuhraya Rakyat kat Kelantan tu la kot, buat pakai derma, pehtu konon eh tak payah nak bayar tol. Setahu kami di N9 ni cumo ado 6 simpang Tol PLUS. Antaranya exit Seremban, exit Rasah/Port Dickson, Tol ke Port Dickson, exit Senawang, exit Pedas/Linggi dan exit Simpang Ampat ke Tampin dan Alor Gajah. Kalau Tol LEKAS ada exit Seremban, exit Mantin/Lenggeng dan exit Nilai.

Soalan den, kalau oghang N9 tak perlu bayar dah tol ni semua, bagaimana pihak PLUS dan LEKAS nak cari dana untuk selenggera lebuhraya jika ada kerosakan jalan, divider jahanam sebab kemalangan, kos trak polis bantuan jika ada kenderaan rosak tepi highway, kos selenggara RnR seperti kebersihan surau, tandas, ruang makan, kos pembersihan highway yang dipenuhi sampah sarap yang dibuang pemandu yang takde sivik..bla..bla..bla..siapa nak tanggung semua tu? Adakah KERAjaan Komplot Pembangkang yang akan tanggung? Nak allocate dana dari mana? Adakah dengan menaikkan lagi cukai rakyat supaya kos itu dapat ditanggung?

Bukankah konsesi lebihraya ada tarikh luput untuk tamat kontrak? So bila kontrak dah tamat nanti, dah tentu tol akan terhapus. Sekarang ni pun ada bayaran tol tinggi telah dihapus oleh kerajaan sebab kontrak konsesi dah tamat. Hanya perlu bayar jumlah minimun bagi tujuan selenggara. Negara-negara maju seperti Amerika yang diagongkan oleh Komplot Pembangkang (termasuk Khairy Jamaluddin) pun buat perkara yang sama. So apa ada hal? Cuba jawab wahai cai pembangkang, jika tol dihapus semuanya, siapa nak tanggung kos selenggara lebuhraya? Anwar nak cuci tandas RnR? Nik Aziz nak repair jalan? Karpal nak bawak tow truck?...I don't think so!

3. Harga Kereta Lebih Murah.

Maka akan berlambaklah kereta di jalanraya. Maka akan sesaklah jalan dan pastinya statistik kadar kemalangan jalanraya akan meningkat mendadak. Jika isi rumah ada 5 orang yang ada lesen memandu, pasti semuanya akan membeli kereta kerana lebih murah. Mana nak parking kereta? Jika keluarga itu duduk di kawasan perumahan, maka akan penuh sesaklah jalan yang sempit dengan kereta. Laluan yang sedia sempit akan bertambah sesak. Harga kereta yang agak mahal sekarang ni pun, kawasan bawah rumah pangsa atau apartment di Kuala Lumpur dah cukup sesak sampai tak cukup ruang parking. Bayangkan keadaannya jika harga kereta lebih murah dan mampu milik oleh semua.

Kos selenggara kenderaan untuk setiap isi rumah akan meningkat disebabkan pemilikan kereta persendirian meningkat. Jika harga kereta semakin murah, siapa sebenarnya yang akan untung? Dah tentulah pemilik bengkel kenderaan. Kaum mana yang banyak buka bengkel selenggara kenderaan? Kaum mana yang banyak terlibat dalam business jual kereta baru dan terpakai? Sekali lagi soalan...siapa untung?

Kenapa Komplot Pembangkang tak berjanji untuk menurunkan harga rumah dan hartanah? Bukankah keperluan asas manusia itu ialah makanan, pakaian dan penginapan? Jika 3 perkara ni dipenuhi, dah tentu rakyat akan gembira. Kenapa Komplot Pembangkang tak perjuangkan kos makanan dan penginapan lebih murah? Kenapa dibiarkan mahal? Kaum mana yang untung jika harga makanan dan perumahan mahal? Siapa yang banyak supply bahan mentah makanan? Kaum mana yang mampu beli rumah dan hartanah yang mahal terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar? Nak suruh Melayu duduk kampung seperti sebelum 13 Mei ke?

4. Elaun Datuk Adat RM1,000

Sebelum ni elaun Datuk Adat RM100 sahaja, tapi Kerajaan Negeri Sembilan dah naikkan 100% menjadikannya RM200. Setiap Datuk Adat ni masing-masing ramai anak buah atau pengikut yang boleh mengundi. Sebab tu Komplot Pembangkang berani mati nak rasuah Datuk Adat dengan elaun RM1,000. Wajar ke bagi elaun Datuk Adat ni sampai RM1,000 sedangkan sebelum ni banyak je insentif dan kelebihan yang dimiliki Datuk Adat di negeri Perpatih nih. Tepuk punggung tanya Anwar!

5. Imbuhan Guru RM500 Sebulan

Komplot Pembangkang sedar kakitangan awam paling ramai di Malaysia ialah guru. Masa Anwar Pluralisme jadi Menteri Pendidikan dulu, dia memang baik dengan persatuan guru. Bodek cikgu tak ingat punya. Cikgulah yang ramai kempen untuk dia masa dia nak 'bunuh' Ghaffar Baba dulu. Budak-budak muda sekarang mana tau ini semua. Untung jadi guru ni, cuti banyak, insentif banyak...sampai berebut kerajaan dan pembangkang nak ambil hati guru.

Tapi pernah ke Komplot Pembangkang kira kos yang perlu ditanggung untuk bayar semua elaun guru tu setiap bulan? Di N9, jumlah guru ialah 17,635 iaitu guru lelaki 4,610 dan guru wanita 13,025 orang. Jika di darabkan 17,635 orang guru dengan elaun RM500, maka kerajaan terpaksa memperuntukkan RM8,817,500 sebulan atau RM105.81juta setahun hanya untuk melunaskan elaun guru seperti yang dijanjikan. Belum campur kos gaji pokok yang perlu dibayar pada setiap guru tu lagi. Kalau gaji minimum seorang guru RM1,800, kiralah sendiri kos semuanya yang terpaksa ditanggung. Itu baru N9, bagaimana pula kos yang terpaksa ditanggung untuk membayar elaun setiap bulan di negeri-negeri yang lebih besar dan ramai gurunya seperti di Sarawak, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan?

Mana nak cekau duit untuk bayar elaun? Adakah rakyat lain yang terpaksa menanggungnya dengan kenaikan kadar cukai pendapatan? Bagaimana pula dengan elaun kakitangan kerajaan yang lain? Adakah nak tengok saja guru dapat insentif sedangkan mereka telan air liur?

6. Pulihkan Sistem Kehakiman

Bab mahkamah ni payah nak cakap. Kalau dia menang, mahkamah telus. Bila dia kalah, mahkamah korup. Keadilan hanya berlaku jika kemenangan di pihak mereka. Tuhan mereka ajar macam tu agaknya. Habis tu hakim macam Lau Bee Lan dan Zabidin Mohd Diah tu macamana? Perlu dipulihkan juga ke?

7. Turunkan Harga Minyak

Bab ni kami sokong. Tapi biarlah bersandarkan realiti. Adakah Malaysia menjadi ahli OPEC? Adakah wajar minyak berkualiti tinggi yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia digunakan dalam negara sedangkan ianya lebih menguntungkan jika dijual? Pegangan minyak Petronas dalam negara hanya 30% sedangkan syarikat mintak luar telah memonopoli hasil minyak negara sejak sebelum kita merdeka. Realitinya, negara kita bukan tergolong dalam kartel minyak untuk mempengaruhi harga minyak dunia. Nak juga tahu berapa jumlah harga minyak yang sanggup Komplot Pembangkang turunkan jika memerintah. Berilah satu figure yang tepat...20sen? 50sen? RM1?..supaya rakyat boleh buat penilaian. Setakat sebut akan turun je...tanpa bagi exactly amount...semua orang pun boleh cakap. Atau ini hanya manifesto dan bukannya janji? Lagipun Komplot Pembangkang sendiri cakap yang manifesto tu bukannya janji! So..kalau bukan janji, maknanya tak boleh percayalah..kan?

8. Turunkan Tarif Bil Elektrik/Telefon

Yang ni pun kami sokong sebab Anwar Pluralisme mesti tau macamana nak break Power Purchase Agreement dengan IPP Co. sebab dia yang buat perjanjian tu masa jadi Menteri Kewangan dulu. Lagipun banyak syarikat kroni dia je dapat projek bekalan tenaga pada TNB tu. Mesti Bro Anwar Bin Ibrahim boleh kawtim dengan syarikat kroni dia untuk turunkan tarif elektrik. Atau Anwar Plurisme akan menambah jumlah syarikat kroni IPP lepas dia berkuasa macam dulu-dulu? Manalah tau kan? Masyuk...

Cuma janji nak turunkan tarif telefon tu yang kami agak musykil Komplot Pembangkang boleh buat. Kalau sampai terpaksa berhutang dengan IMF dan Soros hanya untuk menurunkan tarif telefon, baik rakyat Malaysia pakai skype je kot.

9. WIFI Percuma

Ni blogger dan facebooker mesti sukak gilak ni. Pi mana-mana tak payah dah bawak broadband sebab ada WIFI percuma. Pi Ulu Bendul ada WIFI percuma. Pi naik Gunung Angsi ada WIFI percuma. Lepak Kampung Bongek ada WIFI percuma. Mandi manda di Jeram Kenaboi ada WIFI percuma. Balairaya Kampung Gomotir ado WIFI percuma. Tak gitu? Ke janji ni hanya untuk kawasan bandar saja? Kawasan kampung macamana? Uwan ngan Atok nak gak tengok youtube ChinaDoll. Takkan orang bandar je yang boleh access. Kaum mana yang banyak duduk bandar? Ops...

10. Gaji Minima RM1,100 Sebulan

Majikan sanggup ke? Kakitangan kerajaan boleh la buat, tapi private sector macamana? Orang yang bukak kedai kecik jual topup macamana? Warong kedai makan macamana? Peniaga pasar malam macamana? Kedai gunting rambut macamana? Pekebun kecil macamana? Setuju tak dengan janji kadar gaji minima Komplot Pembangkang ni? Sanggup ke bayar? Mampu ke bayar? Heh...siapa rugi?

11. Pemberian Tender Yang Lebih Telus

Adakah ini bermakna tiada lagi kuota? Pribumi terpaksa bersaing dengan non-pribumi? Syarikat yang baru bertatih terpaksa bersaing dengan syarikat yang lebih kukuh dan berpengalaman? Projek billion untuk syarikat besar dan projek ratus untuk syarikat kecil? Kuat lawan lemah? Kroni Pakatan pun akan sakau jugak kan?..kan? Adakah Komplot Pembangkang boleh menjamin lebih adil dan telus daripada Kerajaan BN N9 seperti ini.

12. Lebih Banyak Subsidi Kepada Rakyat

YES! YES! YES!...Errr...subsidi apa?

*********

Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kaedah, perlaksanaan, kemampuan dan bagaimana nak realisasikan janji itu lebih penting untuk diberi pertimbangan. Adakah Komplot Pembangkang sudah perincikan bagaimana mahu tunaikan janji mereka kelak? Adakah hanya bersumberkan kantung Petronas semata-mata? Jika dana Petronas dah mula susut, apa pula kaedah yang nak diguna pakai untuk lunaskan janji? Naikkan cukai? Jual negara?

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." (Al-Isra: 34).

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya." (An-Nahal: 91).

"Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat." (HR.Muslim).

15 comments:

  1. Alahai.... Projek Lekas tu yang jadi lambat disebabkan oleh kerabat2 kau kat N9... Dulu dikenali dengan Kaseh tapi disebabkan syarikat koni gulung tikat maka diambil alih oleh IJM...

    ReplyDelete
  2. Rakyat N9 memang tak abis-abis kena tipu... Dulu dengan Isa Samad, sekarang dengan Mat Hassan. So kalau kena tipu sekali lagi, tak da bezanya... Cuma ditipu oleh orang dari parti lain je... Tak lah dengan UMNO/BN je... Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Good one bro. Orang suruh jawab pasal siapa nak tanggung kos selenggara kalo hapus tol tapi anon no 1 @ pencacai konar tang lain. Takleh jawab la tu. Apa yang isa samad ngan mad hasan tipu tu anon? Sama macam khalid, niky ajis dan guan eng tipu ke?

    ReplyDelete
  4. Sebagai rakyat, saya akan memangkah mana mana parti yang menjanjikan isu isu yang menarik walaupun bulan dan bintang kerana saya harus memikir poket saya dahulu sebelum saya pikir pasal orang lain. Ketika ini saya tak peduli samada realistik atau tidak. Bila parti tersebut sudah berjaya membentuk kerajaan, sudah pasti saya mengharapkan janji janji tersebut di tunaikan. Jika tidak, bila sudah sampai masa mengundi semula, saya tidak akan menyokong lagi parti tersebut. Secara logik nya, jika kita fikir, sudah pasti mana mana kerajaan yang berjaya memerintah sesebuah negara, akan pasti bertungkus lumus cuba menunaikan janji janji yang telah di buat kerana jika tidak, setelah memegang tampuk kerajaan selama lima tahun, rakyat akan pasti menolaknya kembali.

    ReplyDelete
  5. Ko mmg pemikiran cetek betul. Duit yang dikutip oleh PLUS sekarang ni dah terlampau-lampau banyak. Aku ulang sekali lagi. TERLAMPAU-LAMPAU BANYAK. Engkau pegi semak sendiri berapa pendapatan syarikat PLUS yang PLUS dah kutip. Jadi kalau PLUS tutup semua tol yang ada kat bumi ini sekarang juga, dana yang dah mereka kutip dari rakyat itu, akan dapat menampung perbelanjaan menyelenggara jalan, kos rondaan, bina r&r, dan lain-lain lagi, sekurang-kurangnya selama 20 tahun lagi( mengikut jangkaan aku)...Bila dana dah berkurang nanti barulah mereka buka balik tol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo lah banyak....banyak tu brapo....ko cakap yo byk....bagilah fakta dol...

      Delete
  6. Bhai 4.13pm. Samodo ekau ni lurus bondo atau ekau mabuk terlalu lamo dok kat laut, lupo nak balik darek. Ekau cubo baco manifesto dan janji pembangkang sblm pru12 di penang, kedah, kelantan ngan selangor. Berapo yg dah tetunai? Berapo byk pulak yg bolum? Merintah negeri kocik pun takleh nak tepati janji smpi hmpir licin kantung negeri tu, inikan nak diperjudikan nasib negaro. Tak sanggup den doh. Kalo pembangkang dah buktikan kat negeri yg mereka tadbir, den bulih pertimbang. Selagi mereko tak matang berpolitik..ceramah tak habis2, main isu 24jam, tp kurang buek kojo...kim salam yolah.

    Anon 5.04, berapa byk duit yg plus dah kutip dan berapa banyak kos selenggara tahunan lebuhraya yg perlu plus tanggung? Betul ke 20tahun takyah byr tol dan cukup tampung kos selenggara mcm ekau cakap tu, atau ekau tak faham operasi lebuhraya? Ekau boleh check an tak dan tulis jumlah ee kat sini. Kito share la info. Jgn kemut sorg.. Kalo betul yg ekau cakap, meh kito sesamo buek havoc gegar kerajaan. Tp kok setakat cakap tanpo bukti, den anggap fitnah jelah.

    ReplyDelete
  7. takan bangang mcm ni penyokong2 eumno...tak celik langsung..dah kena sondol bn 55 tahun.....bodoh !

    ReplyDelete
  8. Iyolahhhh ekau ajolah yang cegodek minah kocek oiiii

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Dalam banyak2 yang diulas, hanya bab tol saja yang disentuh? Komen membina macam minah kocek yang celik sangat tu takde ke? Janji Komplot Pembangkang yang lain taknak diulas ke?

    Buat den tertanya2 setakat itu saja ke minda si cai? Hmmm...

    ReplyDelete
  10. Papan iklan 12 janji yang di pasang sobolah ghumah Jokiden sojak duo minggu lopeh dah tak ado.. dah dua aghi losap!!!!

    ReplyDelete
  11. Kalau tak nak bayar Tol pegilah Naik Bas naik lori ke... Ikut Jlan Lamo ajo.. Lah. klau tak..dayung sampan ikut jalan Sungai..Jalan Laut pun free..Kalau nak jln kaki ikut je jln " Bondar ". cik puan minah kocek.. kalau kamu pandai , majukan aje diri sendiri.. Buktikan sumbangan kamu pada masyarakat dan negara.. Ada antara yang kamu bodohkn tu dah hafiz 30 jusuk 'al quran'. Ada yg pakar sains teknologi,ada yg pakar sains politik malah ada yg sudah berjaya mencipta pelbagai enovasi untuk kemudahan manusia. Kamu??? Pegi lah tengok ke kampung-kampung di Thailand ke!, Sumatera Ke! Filifina Ke! Kemboja ke! Myanmar ke! Vietnam ke!... Bandingkan dngan kerja dan jasa UMNO... (DISUMATERA ADA LAGU, "TIAP HARI MAKAN KANGKUNG"

    ReplyDelete
  12. Pemberian tender lebih telus ? ahhh samo yo ! sebolum berkuaso boleh koba an macam² . BN pun samo yo . Sorang ketuo umno bahagian ado seploh lesen kelas F . camno nak bersaing ???? Pakatan pun camtu gak sok sok . mulo mulo memang la jujur , telus , ikhlas . dah lamo lamo mato pun dah kabur tengok duit dopan mato .

    ReplyDelete
  13. poie la tgk negaro jiran kek thailand tu camano..skolah free dan tol mmg tak wujud ..tp tu la deh bahaso inggeris spatah haram kut tau. diorang blaja sejarah hdup dorg yo la. sapo yg nak pndai pi la skolah private. jalan2 eh pon x dapek ko nak tengok mcm heway kek msia ni do..pilihan kek tgn kau. taknak baya tol kau ikut la jln dalam. omputeh kato power corrupts and absolute power corrupts absolutely..negori si khalid brahim tu bulih la kut dio nk bg sumo free. duit eh maso ngn guthrie maghin ado juta2 lemon lg x diguno an..

    ReplyDelete
  14. Yang berbayar ni pun dah ponoh sosak highway camne lh agaknya kalsu free nnt.....

    ReplyDelete

Blog Archive