Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, December 5, 2012

3 kali aje...

Asmin (bukan nama sebenar) dan pasangannya Samsida (juga bukan nama sebenar) sedang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 tahun. Sedang mereka makan dan berbual romantik, Asmin terlintas hendak bertanya tentang tahap kesetiaan isterinya selama ini.

Asmin: Sayang...boleh abang tanya sesuatu?

Samsida: Apa dia bang?

Asmin: Kalo boleh, abang nak sayang jawab sejujurnya dengan abang. Sepanjang kita berkahwin selama 25 tahun ni, pernah tak sayang curang dengan abang?

Samsida terkujat. Suasana hening seketika. Asmin merenung Samsida dengan wajah sayu, tatkala Samsida hanya menundukkan muka. Kemudian perlahan Samsida memulakan bicara...

Samsida: Abang....kerana abang nak jawapan sejujurnya, jadi hari ini saya ingin merungkai rahsia yang sudah lama saya pendam bang. Saya harap abang tenang dan dengarkan dulu apa yang akan saya luahkan.

Asmin mengangguk lemah sambil cuba menahan air mata yang dah mula bergenang.

Samsida:  Abang...saya mengaku yang saya pernah curang pada abang sebanyak 3 kali. Tapi abang harus tahu yang semua tu saya lakukan sebab saya terlampau sayangkan abang.

Walaupun sudah menjangkakan kenyataan yang terbit daripada mulut Samsida, namun Asmin tetap terkejut dan terkedu seketika. Sambil berlinangan air mata, Asmin menempelak...

Asmin: Curang 3 kali? Kenapa Samsida? Why? Mengapa kau kata kau buat semua tu sebab kau sayangkan abang?

Samsida: Abang...ingat tak dulu, masa perniagaan abang bermasalah dan abang perlukan kelulusan Amir Shahrizat pegawai bank yang merupakan sahabat abang sendiri? Kan dia tak nak tolong abang dan masa tu abang balik marah-marah dan kecewa yang teramat sangat. Ingatkah bang?

Asmin: Ya, abang masih ingat hal tu.

Samsida: Dan ingatkah abang esoknya Amir Shahrizat telefon abang mengatakan pinjaman abang telahpun diluluskan tanpa memberitahu sebab sebenar pinjaman tu lulus? Sebenarnya...itulah kecurangan pertama saya bang...

Asmin: (Dengan bibir begetar...) Baiklah sayang...abang boleh memaafkanmu walaupun luluh hati ini mendengarnya. Dan dengan berat hati abang ingin bertanya...ceritakan pula kecuranganmu yang kedua.

Samsida: Abang ingat tak tahun 1993 dulu, masa perniagaan abang sedang berkembang dan abang pernah beritahu bahawa perniagaan abang akan bertambah kukuh sekiranya abang dapat kontrak tahunan daripada seorang Menteri Kewangan merangkap TPM yang juga kawan abang sendiri. Abang tak hairankah kenapa begitu senang abang dapat kontrak tu walaupun harga yang abang letakkan dalam borang tender terlalu mahal? Dan ketika itulah kecurangan saya yang kedua bang...

Asmin: (Dengan linangan air mata yang semakin laju...) Walaupun hancur luluh hati abang mendengarnya...abang masih boleh lagi memaafkanmu...kerana abang tahu, sayang lakukan semua tu kerana kasihkan abang. Dan sekarang... ceritakan kecuranganmu yang terakhir. Abang akan cuba mendengarnya dengan tabah.

Samsida: Masih ingatkah beberapa tahun lepas abang pernah bertanding dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan abang pernah berkata, kalau nak menang..abang perlukan 500 undian majoriti. Agak abanglah..macam mana abang boleh dapat kesemua 500 undian tu..?

Asmin pengsan...

9 comments:

  1. 500 undi? wow! Macam ni Traler pun boleh buat 'U Turn' ha ha ha. cibai lu AJL ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. 500...wow..mau dulu cume parit kecil aje skrg dah bertukar jadi kolam tadahan sbb dah banyak sgt yg meneroka......

    kha kha kha...

    ReplyDelete
  3. Walau 3 kali aje tapi sampai hari ni masih takado 4 Orang Saksi. Memang Tabah kau menjajaja ketupat walau pun sampai Kok Tok mat tak bori anugerah siosio boto nasib kalu Labu
    Kurang-kurang BB Popular (kan BB Isa Pendek)

    ReplyDelete
  4. ish..ish.. ish..

    profesional betul, anda berkarya lucah dan memfitnah!! (tapi, merendahkan minda pembaca)..

    Patutlah orang Melayu & umat Islam makin hancur makin lemah di Malaysia.. Kemahiran begini yang anda profesionalkan..

    Terpulanglah, esok jawablah di akhirat!

    ReplyDelete
  5. Jawablah kt akhirat nnti..walaupun x d guna nama sbnr tp org dpt tau dgn bait2 nama,cerita...

    ReplyDelete
  6. Bn semua fitnah. Pr semua fakta. Hehe...

    ReplyDelete
  7. Pas kata... Kalau cerita betul atau separuh betul, boleh dicerita dan dicanangkan, tambah lagi kalau skandal pemimpin..... Pas kata, bukan aku...
    Anon2 kat atas tu terasa ke? Kalau nama tu bertukar kpd nama lain yang korang suka, bukan main korang tambah tokok dan canang ye.... Tapi yang ni moyok, insaf kononnnnn!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Bila Sasterawan Negara Shahnon Ahmad menulis novel jijik "SHIT" semua pecacai PR menyokong katanya satu satira yg kreatif. Tapi bila Shahnon Ahmad berpusing dan menolak PAS, semua pakat kutuk sasterawan negara itu dah nyanyuk..... aduhai

    ReplyDelete
  9. Sorrylah Paneh, aku tak pernah baca kontent yang kau tulis. Aku hanya baca tajuk dan terus mengulas. Yang aku tahu dah tiga kali aku nampak kau kat Pusat Urut Summer.

    ReplyDelete

Blog Archive