Pak Sedaro tertarik untuk memberi pandangan berkenaan dikhabarkan wujud sebuah Yayasan atas nama Yayasan Cinta Negara.
Kewujudannya di lembah pertempuran tamadun dan pemikiran warga Malaysia yang makin nipis ketahanan faham bahawa sayang dan cinta Negara tidak penting. Jihad tanahair makin menempel dan tertempel dengan fahaman neo-Freemason, neo-Syiah dan neo-Komunisme. Inilah barah sedang membarah di kalangan umat khasnya rakyat Raja.
Yayasan Cinta Negara yang tertegak nampaknya berhadapan dengan cabaran mendepani massa. Khalayak yang "Cakap tidak serupa bikin", warga yang "Aku-aku, engkau-engkau", insan yang hanya menukilkan "Aku dapat apa yek?", "Tak payah le sibuk, bukan kerja aku!", "Pedulikanlah, menyusahkan aja!".
"Tak payah le bersyukur. Apa hal aku nak berterima kasih lak? Apa kau orang sibuk, orang politik tak peduli pun kau buat benda tu, benda ni...! Apa yang busy benar ni, nak jadi politikus ke?"
Ini antara stigma masyarakat Gen-X dan Gen-Y, khasnya yang sudah termakan dan terminum racun buatan DAP, Pas dan Pkr. Racun membunuh yang dibawa oleh DAP, Pas dan Pkr mengakibatkan warga muda, khasnya Pengundi Muda dan Pengundi Kali Pertama menjadi mangsa pelacuran minda.
Pak Sedaro doakan, tertubuhnya Yayasan Cinta Negara ini berupaya memberi watak dan wajah diperbaharui kepada warganegara Malaysia, khasnya rakyat Raja tentang pentingnya memahami secara masak Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, maksud sebenar Gagasan 1 Malaysia dan makna-makna ilmu Integriti, Wasatiyyah, Budaya Ilmu, Tamadun Bangsa Melayu dan sebagainya.
Pak Sedaro doakan, tertegaknya Yayasan Cinta Negara ini memberi impak tinggi kepada pemerhatian Kerajaan Persekutuan khasnya Ketua Pegawai Eksekutif Negara dan Timbalan KPEnya.
Pak Sedaro doakan, wujudnya Yayasan Cinta Negara ini terkesan falsafahnya ke seantero Alam Buana, atas nama Islam, Melayu dan Bumi Melayu untuk rakyat Raja dan Kaum-kaum Lain yang bersetuju bertamadun dan bernegara di bumi Allah bernama Malaysia.
Asal bukan cap dacing (ABCD),insyaAllah negara kita selamat.amin...
ReplyDeletewaghih Den, Pak Sedaro Cicit Kamat. Bilo sonang2 tu, eloklah baco tulisan waghih kito ni.. http://aspanaliasnet.blogspot.com. Artikel terbaru "Keputusan Pilihanraya Predictable".
ReplyDeleteNampak cagho e.. UMNO totap bungkuih dlm PRU 13 ni. Bukan kerano musuh luar - Yahudi ko, Freemason ko, Syiah ko, komunihko, Kristian ko (habih sodoalah e dijadikan bahan momok). UMNO kalah dek dah sampai maso luruh e..
Usahlah bangang2kan otak oghang Melayu ni wahai waghih hoi.. 8 juta Melayu tak jadi ahli UMNO.