Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, June 26, 2013

Integriti Artikel 121 (1A)

Titah DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama bertarikh 25 Jun 2013 Parlimen Ke-13, amat jelas membuktikan bahawa DYMM Tuanku amat menitik beratkan soal kefahaman Syiar Islam yang tinggi kepada 222 Ahli Parlimen Malaysia.
Baginda secara terbuka memberi petanda kepada pemuka-pemuka politik supaya tidak bermain api dengan perkara pokok dan tunjang iaitu Agama Islam.
Lewat minggu lalu, 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan telah melepaskan tengkuk seorang anak Keling beragama Kristian yang menuntut hak sebagai pengamal Peguam Syarie. Sesuatu yang amat pelik, janggal dan terlalu luar daripada kebijaksanaan. Andai Almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim masih bernyawa, nescaya beliaulah insan Melayu pertama akan memastikan keputusan 3 Hakim Rayuan ini dianalisa, dikaji dan diputuskan semula. Sudah tentu, beliau sanggup mengambil baton bertindak sebagai Pembela Umat Islam dalam kes "Maha Pelik" ini.
Apakah semboyan dan virus HIV Freemason sudah meresapi pemikiran Institusi Kehakiman, hingga tidak cukup "akal" berfikir atas kalam-kalam Al-Hikmah, Al-Iffah, As-Sajaah dan Al-Adl. Apakah asas tanahair ini, seperti yang dibuktikan dalam kes Ramon lawan Laton, hingga peristilahan "Lex Loci of the Land", sedang dinafikan daripada selimut Sawo Mateng...?
Andai ini semua sintom-sintom "plural dan liberal" makin membarah dan melacuri gelanggang Institusi Penting Negara, maka, bersiaplah wahai Bani Malayuwiyah bahawa "jahillyah moden" sedang merasuk Bumi Melayu. 
 
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. - Sumber KLIK DISINI


Dengan penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan diatas maka jelaslah bahawa keputusan ketiga tiga Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibakul sampahkan kerana keputusan yang dilakukan mereka tidak berlandaskan Prinsip Kehakiman yang sebenar sebaliknya hanya berlandaskan nafsu semata mata.

Penghujahan Hakim yang mempertikai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah jelas bercanggah dengan majlis Fatwa Kebangsaan yang dengan jelas melarang individu bukan Islam untuk menjadi peguam Syarie. Ditambah lagi dengan amalan yang bakal dilakukan oleh Peguam Kristian tersebut didalam kamar Mahkamah Syariah menjadikan Institusi Mahkamah Syariah sudah tidak lagi Eksklusif kepada Islam sebaliknya dibolehkan kepada Kristian dan tidak mustahil selepas ini Hindu dan Budha pula akan melakukan pekara yang sama.

1 comment:

  1. Lepas ni bukan Islam akan mohon jawatan Pentadbir Masjid dan Surau, Pengurus Pusat Zakat dan macam macam jawatan lagi berkaitan Islam kerana mereka mempunyai kelulusan / kelayakan.
    Kes ini akan jadi kes rujukan peguam / mahkamah sampai bila-bila.
    Terima kasih banyak-banyak kepada hakim yang kononnya afif lagi bijaksana.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive