Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, June 7, 2013

Tanda Kasih DYMM Tuanku

Balai Dewan Santapan Istana Negara, Jalan Duta mencipta sejarah moden. Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam Di Raja mengenai Mendaulatkan Institusi Di Raja akhirnya terkabul jua.

Tahniah JAKIM. Syabas Mamanda Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pembicara anak muda Bani Malayuwiyah penuh seloka dalam madah wacana.

Moga Allah berkati payung mahkota Negara. Daulat Tuanku, Allah Hu Akbar.

Andai pendukung piagam Freemason-Syiah-Komunis masih tak faham-faham juga. Welcome to HELL you have Created.

*********

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Orang ramai dijemput mengikuti kupasan Forum Perdana Ehwal Islam Diraja bertajuk 'Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Mendaulatkan Institusi Diraja' yang akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada pukul 9 malam Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata forum anjuran bersama Istana Negara, Jakim dan RTM itu akan menyentuh kedaulatan institusi diraja yang mesti dilihat relevan dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan perlu dipertahankan oleh semua pihak di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menghadiri forum berkenaan yang julung kali diadakan bersama Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta, di sini, katanya menerusi satu kenyataan Rabu.

Othman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan turut menghadiri forum perdana itu.

Tiga anggota panel dijemput bagi mengupas tajuk itu terdiri daripada Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Moderator forum ialah Ustaz Badlishah Alauddin. - Bernama.

2 comments:

  1. MOHON KERAJAAN MALAYSIA MENDAULATKAN RUKUNEGARA. BAGI YANG MELANGGAR ATAU YANG MEMANDANG RENDAH KEPADA RUKUNEGARA PERLU DIBERI HUKUMAN YANG SEBERAT-BERATNYA. BELAJAR DARI THAILAND BAGI YANG MENGHINA RAJA THAILAND. - ASP Z

    ReplyDelete
  2. Bapa kepada kerutuhan orang melayu bernama anwar ibrahim beliau juga yang membuka ruang dan peluang kaum asing untuk menjatuhkan bangsa melayu, adakah bangsa melayu masih tidak sedar.

    ReplyDelete

Blog Archive