Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 13, 2013

Kamon la Najib...be a gentleman!

Kecuali jawatan Naib Presiden UMNO, semua jawatan yang disandang Najib dalam parti dan kerajaan diberi laluan mudah sebab dia anak sulong Tun Razak. Naik hirarki kepimpinan UMNO pakai escalator sebab orang UMNO terkenang budi bapanya...sama juga dengan sepupunya yang tak berapa nak berani tu.

Kalau Najib dan Muhyiddin betul-betul hebat, apa nak takut dengan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden? Gentle la brader...

*********

Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga sudah bersuara supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahuin ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.

Hakikatnya kali ini tiada siapa yang dapat mencegah atau menyekat Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden dari dicabar kerana ruang untuk akar umbi UMNO bangkit dan bersuara telah terbuka luas.
Pindaan perlembagaan UMNO yang telah diluluskan dalam pehimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 telah membuka pintu kepada 146,500 anggota UMNO untuk memilih siapa sahaja yang mereka mahu.
Dua di antara tujuh perkara utama pindaan perlembagaan Umno yang telah diluluskan oleh perwakilan pada Oktober 2009 ialah:

1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).

Sesungguhnya pemilihan UMNO kali ini amat penting kerana ia akan membawa cerminan sebenar kehendak akar umbi dan ia juga akan membawa hala tuju kepimpinan sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang.

Jika terdapat berbagai pendapat mengatakan UMNO tidak berubah maka kali ini lah masa nya untuk dilakukan perubahaan perdana secara besar-besaran. UMNO sendiri harus melakukan tsunami Melayu sebelum UMNO ditsunamikan dalam pru14 yang akan datang. Kata Elvis Presley “It’s Now or Never”.

Hari ini akar umbi UMNO melihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh bersuara lagi untuk orang-orang Melayu kerana mulut mereka telah dipalam oleh aspirasi Barisan Nasional sehingga ke tahap menjadi pengecut takut dilabelkan sebagai rasis. Mereka juga takut bukan setakat berkawan tetapi juga untuk berada di dalam majlis NGO-NGO yang berjuang atas kepentingan Melayu. Bukti terkini ialah apabila institusi Raja-Raja dihina oleh cybertrooper DAP pemimpin atasan UMNO tidak berani besuara dan hanya NGO-NGO yang pro aktif bangun sebagai 'champion' menyalak menentang anasir ini.
Kebangkitan NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan. Pindaan perlembagaan yang diluluskan dengan tepuk sorak dalam dewan PWTC itu mesti diterjemahkan sebijak-bijaknya oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.

Mungkin jika Najib dicabar dan tumbang kali ini kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak?!

16 comments:

  1. Masalah penyakit Dan sakit di pucuk pimpinan kepala parti Dan negara dijangka sudah berjangkit, berkuman, bervirus di bahagian pertengahan, puak ketua2 bahagian malah sudah menyusup masuk ke cawangan. Seluruh umno itu sudah tekena kabaid.

    Di satu bahagian umno johor, seluruh jawatankuasa bahagian dibawa oleh ketua bahagian juga adun Dan exco johor ke Beijing at as ucapan Terima kasih kerana bekerja untuknya hingga menang. Dan sebagai salah satu cara untuk memujuk mereka yg tidak tercalon supaya Jangan rasa kecewa Dan lebih penting jangan Ada niat menentangnya.

    Sebelum itu seluruh ahli umno Dan bn dijemput untuk makan2 sempena kemenangannya, jemputan kpd akar umbi dibuat melalui sms, 10 jam sebelum majlis bermula? - hebatkan!

    ReplyDelete
  2. Sistem kita adalah sistem demokrasi berparlimen...pertandingan jawatan adalah suatu yang sihat dan menyemarakkan demokrasi...

    ReplyDelete
  3. ada ketua bahagian yang takut najib dicabar sebab dah berjanji dengan najib akan sokong dia. antaranya ialah mat hasan yang memandai2 selaku ketua perhubungan umno negeri konon jangan pertandingkan jawatan presiden dan timbalan. itulah padahnya bila dah termakan budi.

    ReplyDelete
  4. La ni aku tak nampak ada peminpin umno yg gah mecam Che Det. ...yang ada .... alah mak ... Mohon umno impot dari PKR/PAS .. sana ramai yang ada uuumm.

    ReplyDelete
  5. Apa lagi yg melayu mauuuuu???kihkihkih...rosmah rosmah...opsss najisb najisb.harap ko dpt pertahankan jawatan PM kerajaan 47%...aku sokong ko.tapi aku benci rosmah montel tu..muhyidin lagi hampas..abis dijual tanah johor kat sgapore.haramzadah punya melayu...apa kata kita calon kan Ku Li.tua2 berisi tu...hehe

    ReplyDelete
  6. Kami ndak muyidin jadi pm,natang!!!!

    ReplyDelete
  7. Umno sangat kekurangan pemimpin pelapis yg berkaliber dan bijak menghadap situasi masa kini.Nak cari yg ada ciri genius spt Tun Mahathir memang tiada.Ada atau tiada pertandingan jawatan tertinggi Umno pun barisan muka muka lama tetap terpaksa dipakai guna sehingga PRU 14-yakni yg dijangka sbg PRU kejatuhan Umno BN.Rakyat Malaysia mahukan pemimpin dan parti barubaru yg lebih relevan kpd generasi muda masa kini.

    ReplyDelete
  8. Bukan pemimpin yg tak relevan tetapi melayu kini yg tak relevan.

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    1.Apo kau cerito ni Jang ?.

    2.Saya mencadangkan kerusi Presiden dan Timbalan tidak perlu dipertandingkan.Kita telah melihat kesan perpecahan dalaman UMNO dari pertandingan Musa Hitam,Tengku Razaleigh dan percubaan Anwar merebut kuala Presiden parti.UMNO perlukan kestabilan.Saya rasa kedua pemimpin UMNO kini Lebih mengutamakan parti dari diri.

    3. Kita Manu meneruskan TRANSFORMASI .Ini memerlukan kesinambungan.Lagi pun rakyat majoriti telah memberi mandat pada gandingan ini.Beri mereka masa kita tidak perlu beremosi lagi.Kesalahan Najib terbesar adalah terlalu memberi muka kepada kehendak kaum Cina.90% pengundi Cina telah menolak UMNO/BN dan memihak DAP/PR yang kononya Multiracial .

    4.Ahli UMNO harus awas dan berwaspada dengan percubaan pihak pembangkang dan mereka berkepentingan yang mahukan perpecahan dalam UMNO .Apa UMNO tidak democratik ?. Kita bukan superti parti DAP.Kita Akan hormati kehendak majoriti perwakilan dan akar umbi.Kini adalah masa untuk bekerja bagi semua rakyat sekira UMNO mahu terus relevan .You will be continuously monitored of your performance or be prepared to be voted out.Harap maklum.Terima kasih Jang oi.

    ReplyDelete
  10. Jangan pertandingkan jawatan presiden dan timbalan dan baru-baru ni pemuda UMNO minta jangan pertandingkan jawatan ketua pemuda UMNO...tak cukup dengan itu, wanita UMNO plak minta jangan jangan pertandingkan jawatan ketua wanita UMNO...Apekebenda ni?? apehal?? Semuanya jawatan tak perlu dipertanding..macam orang gila!!! memalukan...

    ReplyDelete
  11. Iniah masanya untuk kita menghukum pemimpin Melayu yang malu untuk perjuangkan nasib bangsanya sendiri.. Yang asyik bagi muka kat bangsa lain.

    Barulah ekau nak ingat yang ekau bukan sapa-sapa dalam Kerajaan kalau tak kerana jawatan ekau dalam UMNO! Berakhir jawatan ekau dalam UMNO, tamatlah jugak jawatan ekau dalam Kerajaan, hatta sebagai PM sekalipun!

    ReplyDelete
  12. enjoy the music..for a change.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/06/1000-tahun-by-singaporean-singer-imran.html

    nk

    ReplyDelete
  13. Jawatan Timbalan Presiden wajib dipertandingkan kerana Muhyiddin gagal sebagai Menteri Pelajaran. Disamping itu dia membiarkan DS Najib sahaja dipersalahkan didalam PRU 13. Tanggungjawab kolektif tidak dipikul bersama.

    ReplyDelete
  14. Kami takmau umno-baru haram,binatang!apa lagi yg melayu mau?kami mau harga petrol turun,binatang!kami mau kerajaan umno yg islamik dan bebas rasuah/judi/zina/bunuh dll...kami mau umno bgabung dgn PAS,binatang!erkkkk boleh ke gabung?hehe

    ReplyDelete
  15. Buat telahan yg terbaik utk masa depan politik bangsa melayu.Kalau mampu,kita sepakat dan satukan semua bangsa melayu beragama islam.Kita kena pegang ,agenda perkongsian kuasa dgn bangsa lain.Ianya telah menjadi amalkan di dalam Bn,Kita kena kenang jasa mereka yang mewujudkan keharmonian bersama dlm kehidupan pelbagai kaum.Situasi sebegini akan menjadi bangsa melayu lebih kuat dan bersifat sederhana,walaupun wujud undi polarisasi di PRU akan datang,kita masih ada bantuan undi daripada masyarakat bumiputra sabah dan serawak.Tapi,persoalannya...adakah kita,umat islam melayu boleh bersatu padu?Undi Bn mesti ada peningkatan di PRU, masa hadapan.Bukan berpuas hati dgn jumlah kerusi parlimen yg susut setiap penggal musim PRU.Kalau trend,jumlah kerusi parlimen defisit sedikit demi sedikit utk setiap penggal,bolehlah kita bernafas sedikit.Andaikata terlucut terus di PRU14.Bagaimana pula,nasib kita?Kena juga buat kajian jumlah pengundi baru setiap PRU dan trend politik semasa.Sekiranya, sama juga trend politik PRU 13,pengundi pula boleh percaya cakap anwar dan marah pada umno.Alamatnya game overlah kita.

    ReplyDelete
  16. Nak tak nak,BN mesti menang bermaruah 2/3 kerusi parlimen daripada undi melayu,india,cina,bumiputra sabah dan serawak.Kalau tidak,abis semua usaha,penat lelah, jasa kerajaan umno/BN selama nie,dgn sekelip mata di telan oleh PRU14.Soal PAU tak nak bagi komen,sbb ia sebagai instrumen,nahkoda,jentera yg lebih dari sebahagian di dalam BN.Mereka nak bagi tip top engine,bagi tambah kuasa turbo,pakai gear manual atau auto dan pakai minyak Ron 95,itu hak ahli umno.Kalau ada rezeki dan di panjangkan umur,sempat mengundi di PRU14.

    ReplyDelete

Blog Archive