Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan Mat Zin berkata, pihak kedutaan itu melantik golongan yang arif tentang agama dalam usaha menyebar fahaman tersebut melalui penganjuran seminar, ceramah, forum dan diskusi di seluruh negara. Tambahnya, golongan itu turut mendapat elaun khas dan bertindak berani memaklumkan kepada masyarakat mempunyai hubungan kukuh dengan kedutaan terbabit malah dilayan seperti orang kenamaan jika hadir ke kedutaan dalam usaha menarik perhatian orang ramai.
"Pada dasarnya, kita enggan masuk campur dalam urusan kenegaraan, walau bagaimanapun jika mengundang rasa tidak aman masyarakat di negara ini, kita harus lakukan sesuatu dan peranan kerajaan amat penting dalam mendapatkan bukti dan maklumat tentang perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Ancaman Gerakan Syiah dalam program Bicara Eksekutif anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zamihan berkata, pendedahan tersebut hasil soal selidik dan penyamaran pihaknya sebelum ini.
Menurutnya, walaupun mempunyai bukti berhubung usaha penyebaran fahaman itu di kedutaan namun ketiadaan undang-undang yang kuat dan mampu mencabar tindakan tersebut menyukarkan mereka membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Tambah beliau, negara mempunyai undang-undang berkaitan gerakan itu namun penguatkuasaan yang tidak tegas selain pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan gerakan Syiah sukar dilumpuhkan.
"Saya tidak kritik kerajaan tetapi saya harap pendedahan ini dapat membuka mata ramai pihak dan saya mahu mereka sedar ramai ahli politik, ahli perniagaan, pelajar dan golongan akademik yang terlibat dalam fahaman ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan segera menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak fahaman berkenaan menular dengan lebih meluas. - Utusan.
Pak Sedaro merakam syabas dan tahniah kepada KDN kerana mempunyai aset insan seperti Tuan Zamihan ini. Inilah contoh fundamentalis Islam yang sihat, sedar dan sanggup mengorbankan diri sebagai da'i untuk KDN. Syiah bukan lagi ancaman kecil. Syiah sudah menjadi "outbreak" WABAK akidah yang boleh memusnahkan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ketinggian syiar Islam di Bumi Fundamentalis Islam Melayu ini.
Bersyukur bonar Pak Sedaro ke hadrat Allah, atas rahmah kasih sayangNya sentiasa mengingatkan Pak Sedaro untuk berperang habis-habisan dalam peperangan minda Komunis-Freemason-Syiah yang makin hari makin melampau di Bumi Melayu ini.
No comments:
Post a Comment