Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, September 18, 2013

Saya lapar tuan...

"Saya orang miskin. Terlalu lapar, bantulah saya," rayu seorang wanita yang nampak begitu daif kepada seorang pegawai perbendaharaan negara.

Pegawai yang menjaga perbendaharaan negara merenung wanita itu dari atas ke bawah. "Betulkah awak orang miskin?" tanyanya.

"Betul tuan. Lihat saja tubuh kurus ini. Cuba lihat pula pakaian saya yang buruk ini," balas wanita itu dengan hiba.

"Tapi sekarang ramai penipu, entah-entah awak salah seorang."

"Tidak tuan, tolonglah saya lapar."

Pegawai tersebut mencatat sesuatu di atas kertas. "Baiklah pada dasarnya saya terima aduan awak. Tapi saya akan hantar pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."

"Latar belakang saya?" soal wanita itu kehairanan.

"Ya. Awak tahu menulis?"

Wanita itu bertambah hairan. Kemudian dia mengangguk-angguk. "Bolehlah sikit-sikit," balasnya.

"Kalau begitu isi borang ni cepat," suruh pegawai tersebut.

"Tapi saya lapar tuan..."

"Sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ni terlebih dulu," balas si pegawai.

Setelah borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan, wanita itu merayu lagi, "Bolehkah berikan saya sedikit makanan?"

"Oh, belum boleh lagi. Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin. Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."

"Berapa lama semuanya akan selesai tuan?"

"Terpulang pada keadaan. Jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan, bantuan akan segera diberikan."

"Bantuan dalam bentuk apa tuan?"

"Itu pihak kewangan pula akan memutuskan. Sama ada diberi dalam bentuk wang atau barang-barang keperluan. Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada operasi."

"Operasi?"

"Ya, kami takut bantuan kewangan nanti akan disalahguna. Jadi hal itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."

"Bila agaknya saya boleh dapat makan tuan? Saya sudah tiga hari tak makan apa-apa."

"Ya, saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."

"Berapa lama lagi tu tuan?"

"Paling cepat seminggu, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan..."

Wanita itu terus berlalu dengan perasaan kecewa dan hampa dengan bermacam persoalan bermain di kepala. Adakah ketika segala urusan bantuan selesai, wanita itu masih hidup untuk memperolehinya?

*********

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Suhaimi didakwa terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.

Turut ditahan SPRM  adalah 10 buah kereta mewah milik Suhaimi.

12 comments:

  1. inilah gambaran ahli puak Umno harbi..duit rakyat miskin pun habis dirembat demi mengeyangkan perut..bagi ahli umno harbi ini adalah perkara yg wajib bagi pemimpin Umno..dan ahli2 bawahan umno harbi akan terus bersorak dlm PAU nanti..tetap mempertahankan pemimpin Umno harbi..

    ReplyDelete
  2. ya, salah tetap akan dihumban.. bukan nak humban UMNO. Apa pemimpin PR tu bagus sangat ke? yang masuk PAS pun pernah seleweng duit rakyat jugak, yang memimpin PKR pun salah guna kuasa, politik wang, DAP yang kononnya benci rasuah adalah BAPAK RASUAH yg paksa orang terima rasuah, pemilihan parti pun menipu dan yang paling tak guna menerima dana asing dari YAHUDI.. YAHUDI terutamanya untuk perhimpunan BERSIH!! shit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu aku UMNO tu yang YAHUDI bukan DAP...!

      Delete
    2. Bodoh Kau nie, mano buapak kau. bia den Lompang kau nie

      Delete
    3. Yg songlap duit memali tu sapa? barack obama ker?

      Delete
  3. Betul ini bukan berkaitan Organasasi...Tetapi individu penyelewengan...macam juga tabung Memali...dan bangunan tok guru di Kelantan...itu cerita PAS...bila nampak duit sorban pon terbang...

    ReplyDelete
  4. babi punye org umngok, peyamun yo kojo kau puiiii

    ReplyDelete
  5. Dalam Malaysia mana ada orang miskin........kena fikir lah sendiri.... orang politik buat bermacam program untuk membantu tapi semua bohong belaka. janji masukkkkkkkkkkkkkkk.

    ReplyDelete
  6. dia ni mesti lepas punya. perkara yang biasa dalam UMNO

    ReplyDelete
  7. Mmg perangai anjing PR belum lg disahkn bersalah dah hukum. Bila hakim jatuhi hukuman tsk bersalah dianggap UMNO juga punya pengaruh. Bangang kau org yg fikir mcm babi PR ni. Sedarlah sikit. DAP dan Keturunan PR lg bnyk rasuah. Bila kena puak kau org s9emua senyap. Sial.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ado yo kono siasat...klau ado bukti poie mampuih lh dio masuk jel......tp apo cito org yg ambik duit rakyat bolo kambing japnapari.....ambik duit buek highway kek kelantan tu......apo cito org yg ambik duit tabung memali.......?????????

      Delete
  8. Warith PANEH

    nak mauk ni,

    Cerita dalam post ini, ada miirip Baitul Mal Jabatan kebajikan masyarakat, pusat zakat pejabat bantuan, agihan bantuan banjir dan bencana:
    ...
    Bila di tanya :
    Alasan standard berkala dan untuk wartawan:

    1. Boss taada/mesyuarat/kursus/cuti/KL/luar negeri/cuti darurat
    2. Peruntukkan tuntuntan perjalanan taada/dah abis.
    3.Pemandu Jabatan cuti balik kampung/sakit/bersalin.
    4.Kenderaan resmi jabatan kami rosak, peruntukkan baik pulih dah habis.
    5.Isi borang dulu dan buat salinan FotoKopi 7 salinan dan ada cop YB/ketua kampung/Guru besar/penghulu.
    6.sila datang esok untuk temu duga bawak bil letrik air talipon
    jumpa kerani di depan,ambil nombor giIiran.
    7.Duit kita ada , dah tapi masuk akaun simpanan tetap,matang 12 bulan di bank islam/muamalat CIMB Islamik yang kami bolih dapat bonus 3.75% % setahun.Boss kita dapat keraiian selalu dari bank manager.
    8.Mesyuarat bulanan untuk kes anda brrrruuuu aje lepas, tunggu bulan depan,lepas raya puasa/haji,sebab banyak open house nak pergi
    9.kita Tiada terima lapuran pun.
    10.Lapuran ada tapi, belum di masuk fail,sebab perlu saringan penyelia.
    11.Duit kita ada, tapi Kena bayar sewa bangunan dan gaji dulu,
    12.Komputer punya mesin pencetak rosak,LO dah buka bulan sudah, tapi bahagian kebendaharaan belum lulus repair itu.
    13. Pegawai dapat biasiswa UIAM, 3 tahun, kekosongan belum di isi kerana ,tiada peruntukkan dalam bajet.
    14.anda ada akaun internet banking ? senang sikit kita nak masuk.
    15.Kalau taada ,lambat sikit, oh emel ada tak ?
    16. Kita ada KPI juga , dimana nisbah bayaran untuk bantuan mesti kurang dari 25% dari pada duit zakat pungutan/dana semasa/akaun akhir bulan, nanti penaja/kerajaan negeri/pusat marah kita. kata tak pandai simpan duit.
    17.Tak jumpa lah rumah anda,betul ke alamat ni ?
    18. stesen TV dan astro nak datang tak, kasi tau ,kita pakai baju korporate ,nampak smart nanti berita jam 8.
    19. Boss besar baru dapat pingat hari peputeraan resmi, jadi dia ada mesyuarat demi mesyuarat dengan YB EMBE, kerana nak rancang hari bersama pengguna,lepas raya, dan hadzir kursus Haji sebab datuk dapat tawaran dari UTH kerana kawan baik dengan pengerusi tolong rekomen atas banyak simpan duit pungutan zakat dengan Tabung UTH.
    20.Kes anda susah, baik kita bagi one off kapada orang lain, dan di dalam bandar, banyak kedai,bolih singgah sebelum zuhr.,masuk pejabat sebelum asr.
    21.kes anda kena tunggu sebab adalh lagi 6 kes yang tak lulus,sebab serupa macam anda.
    22. Nak tunggu bolih, tapi kita tutup pukul 4.30,anda datang lagi esok..
    arjuna waspada
    changkat LobaK

    ReplyDelete

Blog Archive