Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, September 4, 2013

Mekanisma Penetapan Harga Runcit Petrol Dan Diesel Secara Terkawal Di Malaysia


Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983.

Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan.

Komponen-komponen yang terdapat didalam Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah seperti berikut:

1. Kos produk (MOPS)
Malaysia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos poduk bagi RON97, RON95 dan Diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura. Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka.

2. Alpha
Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel.

3. Kos operasi
Terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran. Pada masa ini, Kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen seliter.

4. Margin syarikat minyak
Ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen bagi diesel.

5. Margin pengusaha stesen
Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel.

6. Cukai jualan
Diwartakan dibawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan Cukai jualan bagi diesel telah dinaikkan daripada 19.64 sen seliter kepada 40 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009.

7. Subsidi
Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambilkira pengecualian cukai jualan.

*Harga komersial adalah berbeza antara syarikat minyak disamping faktor jumlah/volum penghantaran dan masa.

Mengambil kira faktor kos produk, kos operasi, margin syarikat minyak, margin pengusaha stesen serta cukai jualan yang ditetapkan (termasuk ehsan subsidi yang diberikan); adalah bergantung kepada kerajaan sesebuah negara, menyebabkan harga runcit minyak menjadi berbeza antara negara. Contohnya harga runcit untuk RON95 dan Diesel di rantau Asia Tenggara adalah seperti berikut:-

Thailand = RON95 (RM4.74), Diesel (RM3.06)

Singapura = RON95 (RM5.56), Diesel (RM4.32)

Indonesia = RON95 (RM3.05), Diesel (RM3.43)

Malaysia = RON95 (RM2.10), Diesel (RM2.00)

Filipina = RON93 (RM5.44), Diesel (RM4.32)

Boleh baca kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan kerajaan Malaysia di sini dan sana. Baca juga A CITIZENS' GUIDE TO ENERGY SUBSIDIES IN MALAYSIA di sinun.


8 comments:

  1. pukimak Umno rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
    Pukimak Umno beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
    Pukimak Umno kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
    Pukimak Umno berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

    kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
    kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
    jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
    tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak terjangkau akalmu...

      Delete
  2. Lihat la kesombongan anon 3:35
    Dah ada penjelasan depan mata tp saja buat2 tak nampak

    ReplyDelete
  3. kerajaan kena bagi simple explanation yang muudah difahami rakyat dalam menentukan harga runcit ron95, ron97 dan diesel. benarkah ron97 benar2 takde subsidi atau kerajaan saja sembunyi subsidi sebab nak tolong orang kaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. God this guy is stupid

      Delete
  4. Malaysia mulo guna ron95 sojak 2009 menggantikan ron92 sojak najib jadi PM.

    Setau den la, RON97 ni hanya US dan Malaysia ajo yang guno. Hargo di US ron97 floating terkini USD3.68 per gallon. Kirolah sendiri berapo jumlah convert ngan RM. Kalo ikutkan kiro ron97 malaysia lebih murah la dari us. Sobab apo? APM?!

    Kebanyakan negara maju guno gred minyak ron98 - ron102 termasuk singapore. Negara membangun or 3rd world country plak guno petrol gred ron95 ke bawah.

    Sobab tu susah sikit nak buek perbandingan hargo commercial ron97 sobab duo negaro ajo yang guno. Kok tak silap den la.

    Mungkin KPDNKK boleh buek simple explanation utk kefahaman rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kenaikan ini baik untuk mendapatkan undi 2/3 majoriti pru 4 tahun lagi. Geliga sungguh idea kawalan ekonomi kerajaan BN. Mereka2 ini amat berjasa kepada negara. Lepas ini bolehlah kita membantu negara dengan menyokong lagi usaha meningkatkan harga minyak pada masa depan. Terima kasih kerajaan BN!

    ReplyDelete
  6. Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

    Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

    “Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,”

    “Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

    “Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

    Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

    Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive