Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Tuesday, September 17, 2013

Keldai pakai serban

Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampong dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirihat di kampong itu sebelum meneruskan pengembaraannya.

Melihat ahli hikmah itu datang, orang kampong itu pun segera menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain pula.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampong. Hampir semua penduduk kampong keluar menyambut ahli hikmah itu.

"Tolong ajarkan kami..." pinta orang-orang kampong.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang kampong menjawab hampir serentak, "Kerana kami melihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Jadi tolonglah ajarkan kami."

Sambil tersenyum ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus menyarungkan serban tersebut di atas kepala keldainya.

"Haaa...sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampong tercengang kerana tidak menyangka telah mendapat pengajaran pertama daripada ahli hikmah itu dengan cara yang paling sinis.

********* 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

Bagi Nik Aziz, kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat."Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. 

Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang (DAP) malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam. - TMI.

3 comments:

  1. Tak ditentang DAP sebab bersesuaian dan tunduk akur dgn kehendak DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 9:18, jadi anda setuju dap tak tentang pendekatan islam oleh pas

      Delete
  2. Sdro,
    Podeh perli sdro pado sdro sdro kito sebolah sanun tu...yolah sorban tu indentiti dio orang,tapi den raso memang kono pado tompeknya,biar dio orang sodar sikit,kalau samo samo Melayu macam singo tapi dgn kaum mata sepet tu,menikus main anggok ajo,yg susah akar umbi untuk menjawab kek org kampong,nak poi kodai kopi pun sogan....susah den...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive