Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 13, 2013

Apa kes Razi Kail?

Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.

Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi; 

"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"

Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;

"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut. 

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.

Demikianlah "al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.

1. Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang semakin melebar.

2. Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO, sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga masyarakat.

3. UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk kampong. 

5. Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat, semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di Kg Sg Jelutong.

Sumber: KNKB.

p/s: Spesis gila kuasa beginilah yang kini bersepah dalam UMNO. Daripado Presiden membawak ke Ketua Cawangan...semuo eh samo yo!!

19 comments:

  1. Pulak dah ..apa dah jadi budak Razi ni. Memanglah sedia maklum di Kuala Pilah yang YB kini sememangnya bodoh. Tak sangka pulak aku yg dia ni bodoh yg amat. Memang dia ni rosak pasal penasihat2 politik yg ada sekeliling dia. Punahlah politik YB Razi ni.

    ReplyDelete
  2. Somak lak aiiii, Serupo Tok Hashim orang kanan Tok Mat. Tok Hasim Bahagian Rasah akan ada perubahan. Ketua-ketua cawangan, ketua-ketua Bahagian yang nak membosarkan tokak tu. bohonti jolah, temasuk tok sahak. Apo pun tak buleh. bagi laluan pemimpin mudo. UMNO ketandusan pemimpin mudo. Bangang!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. 'Tong sampah' kan saja YB Goblog ni. Merosakkan nama UMNO saja....

    ReplyDelete
  4. Boghuk ghombau enter frame!

    ReplyDelete
  5. korang ni..bodoh diorang pon..bangang2 diorg oon..handa yo belaja smpi oversea..kok x pndai ilmu politik..tp ilmu blajar tu lg pndai dr kau.. ckp biarlah blapis..ank2 mbaco kek sini..itu yg jd x hurmat mak abah eh..sobab dek bahaso camni lah

    ReplyDelete
  6. cerito temberang karya kamruzaman kamdias @ KK penulis blog KNKB. Mano KK selamo ni.muko bertahun x ponah blk kampong.time pemilihan umno mulo la tunjuk muko. time pru 13 aritu bekempen dgn org2 umno supayo jgn undi calon BN dun joseh. PENGKHIANAT/PEMBELOT UMNO. kok KK nk cerito pasal peraturan mesyuarat, poi baco balik buku perlembagaan parti.

    ReplyDelete
  7. tahun lopeh apo pasal KK x datang mesyuarat cawangan?

    ReplyDelete
  8. tahun lopeh apo pasal KK x datang mesyuarat cawangan?

    ReplyDelete
  9. Apo yang nak dighobut an kek Jolutong tu? Òghang kuk ghamai lak tu, Apo na lah yg dapek dibuek, kuk solamo ni pun camtu yo. SSepatut kempen camno nak bersatu bukan sibuk nak jadi ketua. Kuk masing duduk kek kampong takpo yo. Ini tah mano dudok. Nak jumpo tunggu sehagian baghula sampai. Maghin maso kocik elok yo, jam nia masing2 dah bosa bosa kopalo lak.

    ReplyDelete
  10. Apo gadohx ni warikh,Sumo parti samo ajo baik BN dan PR.Bab pemilihan parti ni macam porang,Biasolah yg kuek buat bising orang luar,orang tompek tu relax ajo,dah muak dah ikut perangai penyangak ni.den raso lantakanlah dio orang bersepak teranjang,tak kemano pun,lainlah kalau libatkan negaro kito,janji hidup den sekeluargo tonang dan aman bahagio.

    ReplyDelete
  11. Tak ado apo istimewo eh Sg Jelutong. Cumo YB asal dari situ. Kok yo pun bagi lah kek org lain. Ekau tu dah YB takkan lah caw pun nak ghobut. Dari dulu sampai sekarang tak ado apo perubahan ekau buek YB. Samo macam 30 tahun dulu. Den orang sanun den tahu lah.
    PuteraNS

    ReplyDelete
  12. Jgn komen ikut suko ati...bilo den amat amati dari mulo kk menulih pasal cawangan dio sg jelutung ari tu....sampai yg akhir ni banyak bona percanggahan eh...peh tu sumo org salah dr president, s/agung spai ko setiosoho kojo dan spai ko sumo org bahagian x do yg boto dio yo yang boto.....den ingat sebona eh dio yg dh tak boto (mereng sbb nak jd ketuo cawangan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo nak heran dgn pemimin UMNO sekarang. Dia akan guno apo caro utk mpnang. Yang ko bising pasal apo. Ko org sodar tak di Soban pun spesies mcm Sahak yg dah tempang nak mampuih pun nak pogang jawatan ketua cawangan, ketua bahagian dan nak bertanding MT. Hjh Samsiah pun mcm tu dah tempang pun nk lg. . Jd den tak heran UMNO sebonar nyo tompek cari makan org mcm sahak dan yg samo suku saksi mvm dio.

      Delete

Blog Archive