Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 25, 2008

Percutian

Walaupun kepenatan memandu lebih 9 jam pergi dan 9 jam balik semasa beberapa orang warga Paneh Miang bercuti selama 5 hari ke pantai timur semenanjung baru2 ini, ia masih merupakan ekspedisi yang mengujakan. Keseronokan bercuti bersama sahabat2 tentulah berlainan berbanding bercuti bersama keluarga. Terima kasih kepada Si Buta dan Sontoloyo kerana memungkinkan ekspedisi kita ini direalisasikan. Terima kasih juga buat Che Din, Puaka Desa, Keronai, Raja Kobal dan geng2 kami yang lain atas semua aktiviti dan suasana yang menghiburkan. Next time mungkin Pencak_Silat, Cacing Merah, Neraca Keadilan, Kerapu, Zalikha dan Ahmad Albab boleh join sekali bercuti.

Buat mereka yang ingin melakukan aktiviti snorkling atau scuba diving di pantai timur ketika ini, elok berhati2 kerana sekarang ini musim landak laut bermaharajalela. Boleh kami katakan bahawa landak laut merupakan spesis yang hebat kerana berjaya menimbul rasa gerun kepada Puaka Desa sehinggakan beliau hanya berani berenang di gigi2 air sahaja. Buek Sontoloyo, sorilah den kotuk kaki ko maso den kono songat ngan landak laut. Keh Keh Keh!

p/s: raja kobal elok pakai nick landak laut.

3 comments:

  1. paneh,

    ekau tak nak tulih ko pasal merdeka ni...eden raso sunyi ajo merdeka tahun ni...

    ReplyDelete
  2. paneh! sungguh mendalam maksudnye

    ReplyDelete
  3. tulih pasal merdeka? rasanya orang yang paling layak tulih pasal merdeka ni sontoloyo atau atuk keronai. mereka dulu bekas pejuang.

    ReplyDelete

Blog Archive