Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 1, 2008

Jejak Andalusia – Ta'aruf

Sepanyol terkenal sebagai negara yang mempunyai antara senibina yang tercantik di dunia. Keindahan itu dapat dilihat dan dihayati di beberapa bandar yang suatu ketika dahulu pernah dikuasai oleh kerajaan Islam seperti Cordova (Qurtubah), Madrid, Toledo, Malaga dan Granada. Malahan Portugal juga termasuk antara negara Eropah yang terletak dibawah jajahan takluk Islam pada kurun ke-8.

Bandar-bandar bekas jajahan Islam di Sepanyol terletak di wilayah selatan yang lebih dikenali sebagai Andalusia. Kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol dan antara kawasan paling banyak dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Statistik menunjukkan bahawa penduduk Islam di Sepanyol kini lebih kurang 30 ribu orang sahaja. Begitu juga bangsa Yahudi yang hanya tinggal 15 ribu orang dan kajian menunjukkan hampir 95 peratus penduduk Sepanyol kini adalah penganut Roman Katolik (Worldbook 2000 Encyclopedia).

Nama Andalusia diberi bersempena nama Andalus, iaitu orang pertama yang tiba di selatan timur semenanjung Sepanyol dan kemudiannya beliau telah memeluk agama Islam. Andalus sampai di bumi Sepanyol 60 tahun lebih awal daripada Khalifah Uthman Ibnu Affan yang tiba pada 648 Masihi (27 Hijrah). Walau bagaimanapun, kedatangan mereka pada masa itu hanyalah bertujuan melakukan penjelajahan bagi mencari bekalan atau barangan baru bagi tujuan perdagangan.

Pulau Gibraltar yang dahulunya dikenali dengan nama Jabal Tariq atau Gunung Tariq adalah kawasan pertama yang dijejaki oleh tentera Islam antara 12 ke 17 ribu orang pada suatu malam bulan Mei 711 Masihi. Selat Gibraltar adalah laluan terpenting kapal dagang berulang-alik antara Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Kini dianggarkan lebih 70 ribu buah kapal menggunakan selat itu pada setiap tahun.

Penaklukan bumi Andalusia oleh bangsa Arab berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik yang memerintah antara 705 hingga 715 Masihi (86-96 Hijrah). Pada masa itu pemerintahan Islam turut meliputi Afrika Utara yang terdiri daripada Maghribi, Algeria, Morocco, Tripoli, Tunisia dan Kota Qairawan sejak tahun 671 Masihi (50 Hijrah). Pada zaman pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik, beliau telah melantik Musa bin Nusair sebagai wakil khalifah di Afrika Utara. Pada ketika itulah bermulanya sejarah penguasaan Islam di Andalusia selama hampir 800 tahun yang turut memberi impak yang besar kepada keadaan umat Islam pada hari ini.

1 comment:

  1. bagus la artikel ni...tak sabo den nak tunggu kemunculan bahagian kedua...

    nape lah Abdullah badawi tak ambil iktibar daripada sejarah ni...kenapa dia bersungguh membiarkan orang2 melayu dan islam di negara ini dimusnahkan oleh barua sperti anwar...dan menghalang wira melayu seperti tun daripada terus mempertahankan hak kita di bumi sendiri...aku hairan...apakah sebenarnya abdullah dan anwar bersekongkol untuk musnahkan bangsa dan agama kita???

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive