Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 21, 2010

Ucapan BODOH seorang Presiden

Lambakan ucapan yang sarat dengan ilmu, telahan, pesanan, ingatan dan amaran. Syabas Presiden UMNO dalam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke 61 dalam usia UMNO ke-64. Handal anak Almarhum Tun Razak memukau khalayak dan warganegara dalam lembayung tajuk "yang mencengkam". Namun demikian, dalam ghairah melelehkan ucapan, Presiden UMNO telah mendampak ingatan yang cukup BODOH secara relatifnya.

1. Apo ko jadah Najib menuding dan menyindir bangsa sendiri "Melayu" tentang persoalan KONTRAK SOSIAL berkaitan Perkara 14? Cukuplah diingatkan mengenai Bukan Melayu agar tidak sesekali mempermain perihal Perkara 3, Perkara 38, Perkara 152 & Perkara 153. Tapi yang kelakarnya, sang Presiden turut menyindir Melayu agar jangan mempertikai Perkara 14. Pernahkah Melayu mempertikai Perkara 14 itu? Yang sering kedengaran hanyalah Bukan Melayu yang memperlekeh perihal orang Melayu. UMNO bukan premis halal dalam menyangah persoalan kontrak sosial. Bukan orang Melayu yang wajib dihalakan. Kok dalam AGM MIC, MCA, PPP, DAP, PKR, SAPP, PBS, PBRS sebagainya, wajarlah diasak dengan pesanan dan ingatan, "Kontrak Sosial bukan bicara hari ini"...

2. Apo ko menatang, memberi tafsiran Melayu sampai Pakistan, Benggali, Mamak, India Muslim, Arab, Mongolia, Cina diterjemah agar dilihat secocok dengan pentafsiran Perkara 160(2). Amat tidak masak dan tidak matang pendefinisian Presiden UMNO ini tentang Melayu. Fahamkah wahai sang Presiden akan makna sebenar Melayu? Kok nak beriya bonar, wiridlah sebonar ehh Melayu itu atau rumpun Melayu adalah terdiri daripada suku Jawa, Palembang, Aceh, Riau, Bugis, Boyan, Banjar, Minang, Mendaling, Melayu darah Siam, Melayu darah Malabar, Melayu darah Cina Peranakan, Melayu darah Arab Yemen, Melayu yang lahir di Bogor, Batak, Melayu darah Raja Sulu, juga 26 suku kaum kecil di seluruh Sarawak dan Sabah, suku Melayu Asli seperti Semai, Jakun, Semelai, Sakai.

Pi Minta ATMA UKM di bawah waris Pilah, untuk memberi tafsir siapa sobonar Melayu berasaskan Melayu itu beragama Islam, berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu, salah seorang keturunan baik ibu atau ayahnya Melayu.

3. Insan seperti Dr. Mahathir Mohamad itu Melayu. Tapi Anwar Ibrahim bukan Melayu! Nik Aziz tak boleh dianggap Melayu, sobab dio sendiri isytihar dia tidak bangga sebagai Melayu! Hari ini Pak Sedaro dapat maklumat dio memang menjalin "hubungan intim" dengan Lee Kwan Yew. Kok sakit Cino PAP di Singpore, dio sanggup poei menyodih diri? Dikobar oleh informer Pak Sedaro, Lee Kwan Yew ialah dalang pembangunan dan perencat pembangunan Kelantan? Apokah Nik Aziz ini sah ke BANJARanNya?

4. Perwakilan UMNO nasihatlah Presiden UMNO di PWTC tu. Jangan kau sodap melalak, ibarat "Singa di gunung Kalahari", sungguh jauh yang tak tersampai ke Bumi Melayu. Anak Melayu kono tahu makna dan erti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 10, Perkara 12, Perkara 14 dan 15, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160(2), Perkara 181 dan Perkara 182. Barulah sonang menyanggah dan menyerang secara "roh" & "ilmu".

Moga gelaran Dato' Orang Kaya Indera Syahbandar Ke-11, Presiden UMNO diangkat dan dimartabat, atas paksi dan makna-makna sebenar. Takbir.

41 comments:

  1. engkau dlm blog ni melalak lalak pandai sangat ko... kalau pandai tandingla presiden umno...

    ReplyDelete
  2. kawan itu baru ucapan ttg melayu...bagaimana nasib melayu pp yang dap...bahlolkan...dia presiden lu siapa...apa jasaa anda kepada negara....setiap memfitnah dan mengutuk....malaikat kiri dan kanan tak mencatkah...amalan anda...inilah ahlak isle bukan ahlak Nabi Muhammad..umno dikafirkan dap di peluk....ITULAH HUDHUD CIPTAAN PAS...

    ReplyDelete
  3. Penulisan bodoh oleh pemunya blog ini. Anda memperbodohkan diri anda.

    You have insulted your own intelligence! Sucks

    ReplyDelete
  4. Kalau begini response daripada pihak Pakatan Rakyat, tidak mungkin saya akan menyokong. Tulisan yang amat hina.

    ReplyDelete
  5. kesian pengkomen org2 umno atas ni. inilah jenis umno yang tak sedar dek untung. menyokong membuto tuli pemimpin yang lagaknya spt penjilat nuar juburi dan nicky aziz. kalu mcm ni la gelagatnya ahli umno yg buto menilai mana yang benar dan tidak, ego diri yg tggi perasan masih kuat mcm zaman tdm, maka cepatlah bungkus umno di pru13. sodarlah diri mu wahai ahli umno sengal yg menyokong membuto tuli. cakap dgn ilmu, bukan dongan lutut.

    ReplyDelete
  6. betul jugak tu , kalau nanti disebabkan definasi melayu najib tu, kalau KIMMA dan persatuan cina muslim mintak masuk umno..sape nak jawap?...

    ReplyDelete
  7. Dia tu Presiden UMNO lu tu haramjadah bebal tak sedar dik untung.. pencacai angkut najis baruah DAP..

    ReplyDelete
  8. bodoh sekali penulisan kamu. bersifat dengki daripada ilimiah.

    inilah ciri2 terserlah puak pembangkang anti melayu

    ReplyDelete
  9. sapa yang bodoh mr presiden ka atau hang tu yang bebai, bodo piang. atau hang tu yang tak boleh terima apa yang di ucapkan. maklumlah pemimpin hangpa ada ka yang boleh melontarkan ucapan yang bernas? selain caci maki dan menaboq fitnah kat orang len. pemikiran tahap hang ni memang layak dibakulsampahkan. busuk tahap longkang. kahakkk petuihhh, uwekkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  10. Aku Hairan...
    Penulisan macam orang jahat.
    Bukan nakal tapi jahat dan amat jahat.

    Kejahatan terpahat didada. Hanya perlu disimbah petrol dan nyalakan dengan api kebodahan saja.

    Ada juga penulis blog yang bodoh sombong.

    ReplyDelete
  11. aku pikir kau yang patut nasihatkan Presiden de fakto PKR kau supaya bertaubat saja....sudah2 le tu, tak ade kerja orang nak konspirasikan dia selain dia sendiri yang buat benda tu...

    Karpal singh pun dah minta Anwar supaya bertaubat kerana banyak menyusahkan rakyat.

    kau bila lagi?

    ReplyDelete
  12. kita komen tulisan ini bodoh, ada juga hamba Allah yang tudoh kita pengomen2 UMNO....dasar orang Pas ini dia saja yang tau kita orang apa.

    belum pernah aku join mana2 parti, lebih baik aku jadi parti sendiri dari jadi orang berfikiran pas.

    minta simpang yo

    ReplyDelete
  13. secara teknikalnya mmg kita pernah mempertikaikan perkara 14 bilamana kita menyuruh bukan melayu balik ke negeri china dan india dan saya faham atas semangat dilihat tidak patriotik oleh sesetengah org bukan melayu maka ayat diatas kita hamburkan. Namun kita juga menghormati sebahagian besar dari org melayu seperti Prof. K.K.Khim, L.Lam Thai, nicole david dll. Ingatannya pada org melayu supaya tidak generalisasi bukan melayu keseluruhannya sebagai tidak patriotik oleh presiden tepat dikala perhimpunan ini juga ada parti komponen BN. Namun presiden jiga mengingati hal yg sama dlm AGM MCA yg lepas jika tidak salah saya.

    Definasi melayu dgn 3 kriteria yg saudara sebutkan ditambah samada perenggan
    (a) salah seorang keturunan baik ibu atau ayahnya Melayu; ATAU
    (b) "is the issue of such a person".

    perenggan b adalah samar2 pentakrifannya. Jadi atas sangka baik tidaklah salah pentakrifan presiden umno dlm hujahnya.

    -shams-

    ReplyDelete
  14. aku bukan ahli umno ke upko ke, tapi aku tak le sokong membuta tuli macam ahli2 pkr atau pas tu. mereka shj yang betul, orang lain semua salah. siap boleh jatuhkan hukum tuhan ke atas orang lain. bodo punya orang pas.

    ReplyDelete
  15. dengan tak sengaja ternampak diTV najib angkat tangan kanan dengan genggaman melonjak kelangit, cepat saya tukar channel. dah muak dengan melodramanya.

    baik buat jambatan di selat johore dpd bangunan 100 tingkat oleh pnb. macam mana dividen asb kita tahun ni? jambatan faedahnya jelas serba gunanya - kapal mudah lalu tanpa mengelilingi singapork, air laut selat kurang tersekat ...

    masihkah ia mengikut telunjuk si Dol tidore? masing2 tahu rahsia satu sama lain, nak jagalah lubang jangan pecah!

    ReplyDelete
  16. ini tulisan paling bodoh aku pernah baca. belajar dari nik aziz le ni, suka memperbodoh, mencarut, memperlekeh sesama umat, tapi bila kena batang hidung sendiri nik aziz jadi bisu atau no komen. dasar tok guru hipokrit

    ReplyDelete
  17. Call u a spade a spade, call u a bodoh a bodoh

    ReplyDelete
  18. Pandir untuk ahli UMNO ortodoks yang mindanya masih dijajah. Najib pesan kepada perwakilan yang bijaksana. Muhyiddin pesan kepada khalayak bistari. Apakah kalian memberi BUKTI UMNO lembik? Atau UMNO dalam tsunami mahawangsa perubahan radikal!

    ReplyDelete
  19. Tudia....
    semua orang kata artikel ini Bodoh macam tuannya.

    ReplyDelete
  20. tuan blog ini tak bodoh lah, cuma bengap. bodoh maksudnya umpama tak pergi sekolah jadi bodoh. bengap maksudnya bodoh tapi tak sedar yang dirinya bodoh.

    ReplyDelete
  21. Presiden amena cuba untuk memperbodohkan dan memperlekehkan org melayu..secara tidak langsung beliau merasa malu kerana terdapat cucu Tun razak yang mempunyai darah cina (anak nazir CIMB) secara tak langsung mengundang kenyataan balas Tan sri Muhyidin Yassin (org cina tidak suka TSMY yg ada sifat ultra melayu) jika silap kenyataan balas TSMY,mungkin akan digugur dari jawatan Timbalan ameno..inilah agenda mahadir untuk menaikkan anak beliau mukhriz selepas hisyamuddin..

    ReplyDelete
  22. Tapi inilah artikel yg paling
    teruk sekali penulisannya.

    Dia hentam Najib sbb Najib presiden Umno.

    Cubalah kalau Anuar yg jd Presiden Umno, mesti dia jilat habis punya.

    kakakaka

    ReplyDelete
  23. Orang dah cakap elok2..., si tukang blog ni masih rasa 'lebih bijak' lagi.

    Ko kena lihat pada keseluruhan konteks ucapan itu.

    Macam kasi tikus 'tuk baiki labu..

    ReplyDelete
  24. kalau BODOH tak payah la gagah nak komen..bwat dosa ja

    ReplyDelete
  25. macam budak baru masuk tadika la penulis ni.hahaha. lawak2.

    Ni la petualang bangsa dan agama.

    patut bia anuar liwat dia. baru dia tau.

    ReplyDelete
  26. komen tanda protes la bongok

    ReplyDelete
  27. Pas + Dap = Boleh Boleh...

    Pas + Umno = Tak boleh....

    DAP mau hentam orang Melayu. Pas kata bolehhhhhh... DAP mau hentam Islam pun bolehhhhhh....semua bolehhhh...

    Apa DAP mau semuaaaa bolehhhhhh...

    Susah nak dgr PAS kata TAK BOLEH.

    ReplyDelete
  28. Penulis ni Upahan DAP la.
    Anjing belaan DAP.
    KALAU UPAHAN PAS, DIA X TULIS CM NI. DOSA...CM NE NAK DAPAT TIKET DR N.AJIS.
    skrg waktu dia menyalakkkk.

    ReplyDelete
  29. Aku harap penulis ni bkn dr Pas sbb memalukan Pas jer.

    ReplyDelete
  30. Hahaha. Bagus paneh miang. Rupanya ramai yg tak pandai read between d line yg korang tulis. Terpengaruh dgn provokasi korg utk uji sejauh mana org akan defend najib dan ukur tahap populariti beliau. Bagus. Inilah tulisan provokasi dgn standard yg layak ditahapkan genius. Kepada mereka2 yg komen dgn emosi, ternyata anda perlu lebih byk berfikir akan strategi yg dinamakan perangsaraf. Hanya komen shams yg layak diangkat bagus. Tahniah paneh miang. Hujahan anda juga berpandukan perlembagaan yg terlalu ingin dipertahankan umno, tapi hakikatnya tdk faham akan roh perlembagaan yg sebenar. Good job.

    ReplyDelete
  31. PENULISAN YANG TERBAIK AKU SOKONG SANGAT SI PENULIS NI...ANDA TIDAK TERKONGKONG DALAM PARTI, MELUAHKAN PENDAPAT ANDA YANG SEBENAR..TAHNIAH!!

    TAHNIAH!!SEKALI LAGI WALAUPUN AKU TIDAK MENYUKAI ORANG UMNO..

    ReplyDelete
  32. Kalau yg komen marah2 ni dr penyokong UMNO, andalah yang bangang, sepanjang aku ikuti penulisan PM nih, kritikannya terhadap UMNO adalah untuk menyedarkan pemimpin UMNO yg nyenyak tidur di kala kaum bukan Melayu semakin ghairah menghentam Melayu, Aku cuma pemerhati gelagat politik. Bagi aku UMNO sudah lesu. Yg masih aku angkat tabik just kat TSMY...

    ReplyDelete
  33. Mereka yang salah komen dan menilai akhirnya akan termalu dengan kebodohan & kesingkatan akal sendiri apabila gagal menafsir maksud sebenar penulis blog ini. Sedihnya memikirkan hanya beginikah tahap pemikiran penyokong kerajaan. Nampak gayanya UMNO perlu berusaha lebih keras dalam mendidik penyokongnya agar lebih faham akan "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran". Apa-apa pun Paneh Miang telah berjaya dalam misinya. Tahniah.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Sdr,

    Dari apa yg saya dengar dan baca sepintas lalu - ucapan DS Najib adalah memberangsangkan. Suatu kelainan mengenai dirinya sejak menjadi Presiden UMNO.

    Cuma saya berharap agar isi ucapan tersebut tidak hanya semata-mata kerana berdepan dengan ahli-ahli di PAU sahaja. Harapnya isi ucapan tersebut juga dilaksanakan diluar PAU. Lagi menyakinkan kalau ucapan yang semirip itu diucapkan juga dalam perhimpunan ahli-ahli MCA terdahulunya.

    Lihat NEM. Di depan Perkasa - Kongress Ekonomi Bumiputera, nada ucapan NEM terus berlainan dari yang sering diucapkan. Apakah saranan-saranan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak itu (terutamanya Bumiputera & Melayu) telah diambilpakai untuk memperbaiki NEM? Atau NEM masih juga diteruskan mengikuti landasan asal yang dikritik hebat itu?

    Kita tidak mahu ucapan tidak serupa bikin. Anyways, kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  36. Seharusnya ucapan ini dibuat dalam Perhimpunan UMNO. Ramai orang Melayu yang tak faham dan tak pernah nak ambil tahu pasal Perlembagaan. Mereka marah apabila keMALayUan mereka di sentuh, tapi tak tahu apa yang dimarah dan sapa yang nak dimarah. Ucapan DSN jelas. Lepas ni orang Melayu tak perlu melenting tak tentu pasal. Biarkan saja si Anjing-Anjing tu menyalak bukit. Orang Melayu harus menumpukan usaha mengukuhkan ekonomi dan institusi keluarga sementara masih punya masa.... Orang Melayu masih belum selamat di Tanah Melayu.
    Fahami dengan jelas intipati Perlembagaan

    ReplyDelete
  37. Itulah bahana nya kalau UMNO sudah terdesak.

    Cakap Presiden nya pun dah jadi cakap macam orang dah sasau.

    Yang paling kesian nya ialah para pencacai2 UMNO semua nya angguk2 macam burung kakak tua.

    Pencacai2 UMNO sudah terikut sasau juga macam Mr. Presiden nya yang sasau itu.

    ReplyDelete
  38. Ucapan Najib yang amat bernas.
    diharapkan ucapan ini akan dibuktikan dengan tindakan dan pelaksanaan.
    selama ini rakyat x faham perlembagaan.terutama pengikut Pas yang kurang membaca. Mereka hanya pandai membangkang, sebab itu kerja mereka adalah dipihak pembangkang.
    Pas hanya tahu kritik dan tak pernah nak menyokong usaha murni yg dilakukan umno. apa yang umno buat semua salah, apa yg pas nuat semua betul. maka, rakyat dah mula bertanya apa sebenar perjuangan Pas ni. Pas tak konsisten. merubah2 setiap kata2 yg diberi.

    ReplyDelete
  39. Presiden bodoh?... atau penulis nie yg bodoh?.. klu betul pun ucapan tu ada yg janggal, tak perlu guna perkataan BODOH.. Melayu kaya dengan budi bahasa.. sekurang-kurang nya ucapan presiden tetap ucapan yang cukup berani atas nama Melayu.. bukan sekadar berani tulis atas blog sahaja, baling batu sembunyi tangan.. bacul..

    ReplyDelete
  40. salam saudara..
    minta izin link kn post ini ke blog saya...
    penulisan yang mantap dan berkesan..
    harap dpt diberi tunjuk ajar...
    saya telah memasukkn blog saudara dlm blog pilihan saya..
    harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

    hariz hussein
    blogger sesat jalan bertanya

    ReplyDelete
  41. salam ummat...
    ape yg korang telagahkn ni???
    umno n PAS tu amat brbeza perjuangan nye...
    dri dulu smp skang,xpnah nk pk ke ape yg benar2 dlm sume ni???
    aku nk tnye korang la,kalo xde melayu,bleh hdup x?
    cmne plak kalo xde ISLAM????
    cmne korang nk hdup eh???
    bleh ke msuk syurga???
    bleh ke korg tau ape itu neraka??
    bleh ke korg brnafas arini???
    bleh ke korg dpt syafaat dri Nabi Muhammad di Padang Masyar nnt???
    AKU HIDUP BKN KERANA MELAYU TAPI AKU HIDUP KERANA ALLAH!

    ReplyDelete

Blog Archive