Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, September 26, 2008

Jejak Andalusia - Abdul Rahman I & II

Berdasarkan analisis saya, satu kesilapan tentera Islam semasa menakluk Andalusia ialah, mereka tidak menyerang penempatan di kawasan pendalaman dan pergunungan di Andalusia. Mereka berpendapat bahawa kawasan-kawasan tersebut tidak penting memandangkan ia hanya terdiri daripada penempatan kecil penduduk berbanding kota-kota besar yang telah mereka tawan. Kawasan-kawasan yang tidak diserang, terutama di bahagian utara Andalusia telah menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil Kristian di situ menjadi semakin kuat dan besar serta turut menimbulkan masalah kepada pemerintah-pemerintah Islam kemudiannya. (Kawasan-kawasan pendalaman dan bukit di Malaysia kini sering ditarah dan digondolkan untuk dijadikan kawasan penempatan terutama oleh pemaju bukan Islam. Adakah ini juga termasuk strategi meramaikan penduduk mereka? Wallahualam).

Amir pertama yang menubuhkan kerajaan sebagai wakil Bani Umaiyah di Andalusia ialah Abdul Rahman Dakhil (Abdul Rahman I) yang turut digelar sebagai ‘Sakhar Quraisy’ yang bermaksud Garuda kaum Quraisy. Semasa zaman pemerintahan beliau yang bermula pada 756 Masihi, beliau sedaya upaya menyatukan umat Islam di Andalusia yang telahpun berpecah belah sebelum itu. Ini disebabkan gabenor-gabenor yang dihantar oleh kerajaan Islam di Afrika ke Andalusia sebelumnya tidak memperolehi sokongan rakyat dan tentera Islam. Andalusia pada masa itu bergolak disebabkan ketamakan kuasa dan harta benda. Para gabenor dan panglima perang sibuk berebut pengaruh sehinggakan keadaan ketika itu hampir menyamai zaman jahiliyah dengan wujudnya perasaan perkauman, bersuku dan berkabilah. (Apa bezanya keadaan di Andalusia ketika itu dengan Malaysia hari ini terutamanya kepada bangsa Melayu?).

Setelah berjaya menghapuskan perbalahan, Abdul Rahman I mula mengatur dan menyusun pentadbiran. (Kalau dalam situasi di Malaysia, saya boleh ibaratkan Abdul Rahman Dakhil ini ibarat Tun Abdul Razak). Beliau mula mengemaskini pentadbiran dan menyusun atur semula masyarakat di bumi Andalusia. Beliau memajukan aktiviti ekonomi dan mula mendirikan bangunan-bangunan bagi tujuan kemudahan penduduk seperti masjid, sekolah, hospital dan sebagainya.

Kebebasan agama dibenarkan kepada penganut Katolik dan Yahudi, malahan gereja yang sedia wujud di Andalusia sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan. Pusat Zakat didirikan dan orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah terhadap perlindungan yang diberikan kaum Muslimin. Orang bukan Islam dilayan dengan adil dan saksama dan peruntukan diberikan kepada mereka berdasarkan keperluan dan jumlah penduduk mereka. Disebabkan lebih ramai umat Islam di Andalusia pada masa itu, maka keutamaan lebih kepada orang Islam tanpa meminggirkan hak dan kaum bukan Islam. (Sama seperti apa yang kerajaan Malaysia lakukan sekarang. Jadi apa masalahnya?)

Abdul Rahman I telah memperkenalkan keunikan budaya, mempelbagaikan aktiviti perdagangan berasaskan produk pertanian serta wujudnya pelbagai pusat kecantikan (spa, jakuzi, salon dsb). Di bawah pentadbirannya, beliau telah menukar tanah gersang Andalusia kepada industri pertanian yang terkenal. Banyak ladang-ladang dibuka untuk projek pertanian dan antara projek tanaman pada masa itu ialah zaitun, buah delima, orange, lemon, sutera, aubergines, cumin, tebu, badam, coriander (English herbs), padi, kapas, kelapa, inai, woad, madder, kunyit, anggur, buah ara, peaches, apricots dan gandum.

Amir kedua yang turut berjasa di Andalusia ialah Abdul Rahman II yang mengambil alih pentadbiran pada 822 Masihi daripada Amir sebelumnya iaitu Al-Hakam I. Beliau yang turut digelar 'Al-Ausat' (Yang Pertengahan) telah memperkukuhkan apa yang telahpun dimulakan oleh Abdul Rahman I. Abdul Rahman II juga turut menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah akibat perebutan kuasa semasa beliau mengambil alih pentadbiran. Pada zamannya, membudayakan ilmu itu menjadi keutamaan terutama dalam bidang seni bina bangunan (architecure). Beliau turut meluaskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain terutamanya kawasan di bawah jajahan Islam. Lebih banyak ladang-ladang baru dibuka untuk menghasilkan produk pertanian bagi tujuan pasaran. Pelabuhan-pelabuhan baru dan kapal juga dibina bagi tujuan perdagangan dan ketenteraan.

Pada zaman pentadbiran Abdul Rahman II juga, umat Islam turut membina bangunan-bangunan untuk keselesaan penduduk seperti hospital, kedai, rumah kediaman, jambatan dan sebagainya. Kehebatan Andalusia akan dibincangkan lagi dalam penulisan akan datang semasa zaman emas (the golden age of Al-Andalus) iaitu pada zaman Khalifah Abdul Rahman III yang digelar oleh sarjana barat sebagai “The Great Caliphate of Cordova”.

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive