Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, September 26, 2008

LAGU NEGARAKU

Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul Lagu Kebangsaan Malaysia. Berikut merupakan antara pelbagai versi yang sering diperkatakan;

1. Menurut Tuan Hj. Mustafa Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu), lagu ini pertama kali digunakan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 ketika pertabalan Raja Edward VII di England. Sultan Idris Murshiduladzam Shah (Sultan Perak, 1887-1916) berangkat sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ke England dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak. Menjadi amalan di England pada masa itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan Negara berkenaan akan dimainkan.

Tetapi pada masa tersebut Negeri Perak belum mempunyai lagu kebesarannya lagi. Raja Harun Sultan Abdullah (setiausaha sulit Sultan) sedar hakikat tersebut tetapi beliau tidak mahu memalukan tanahairnya, lalu Raja Harun memberitahu pegawai protokol berkenaan bahawa Negeri Perak memang ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu tidak dibawa bersama. Walaupun begitu Raja Harun boleh mainkan lagu itu tanpa nota (nasib baik juga beliau seorang ahli muzik). Lagu yang dimainkan sebenarnya adalah lagu Terang Bulan. Maka berkumandanglah di bumi England pada 1901 dan sekaligus menjadi lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara.

2. Satu lagi cerita mengenai asal lagu Negaraku ialah dari cerita Raja Kamarulzaman, anak Raja Mansur (juruiring Sultan Idris). Beliau menyatakan lagu Terang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888 apabila Sultan Idris melawat London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria. Setibanya rombongan diraja, wakil Permaisuri Victoria meminta nota Lagu Kebangsaan Negeri Perak daripada Raja Mansur. Untuk mengelakkan aib, Raja Mansur menyatakan nota berkenaan terlupa dibawa. Tetapi Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri sekiranya wakil tersebut boleh menyediakan pakar muzik untuk membuat nota lagu kerana beliau (Raja Mansur) boleh memainkan lagu dengan cara bersiul. Lagu yang disiul itu merupakan lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak. Maka secara rasminya Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

3. Menurut penyelidikan Mubin Sheppard (bekas Pengarah Arkib Negara), terdapat cerita dua beradik (Raja Aminah Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah) yang mendengar lagu yang dikenali sebagai Negaraku di Mahe, Kepulauan Seychellas, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Raja Abdullah menetap dalam buangan. Menurut mereka, lagu ini amat popular dan dimainkan dalam pasukan pancaragam. Dipercayai melodinya digubah oleh ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

4. Raja Kamarulzaman menceritakan lagu ini diperkenalkan oleh bangsawan Indonesia ketika pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh singkat ia menjadi popular di Singapura dan dikenali sebagai Terang Bulan.

3 comments:

  1. tahniah kerapu. fakta yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa ada sorang cina maklap yang bangang cuba mengubah lagu negaraku menjadi lagu negarakuku....Kalau dah dasar x sedar diri tu mmg dah x boleh nak buat ape2....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive