Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, November 10, 2009

TU LAH DEH

Kuman seborang laut nampak, kudih kek koting monanah, carik kek kain orang ditinjau-tinjau, rabak kek kain sendiri cubo ditampal ngan guni. Tulah yang bolaku kek sedaro kito parti bulan mengambang tu (Atok totap memanggil sedaro sobab eh satu yo, bahaso eh samo, makan boselo, buntut bocebok walaupun dio orang dah cap Atok dan puak-puak ni ahli nerako). Apo yang Atok nak cakap ni umpamo paku dulang kayu seropeh, cakap orang dio yang lobeh. Rentetan yang bolaku semonjak duo ni, jelas umpamo tongahari dipasang spotlight. Kok bogogar pokok tu adolah yang menggoyang eh. Kok tak boghuk, tontu ado kogho takpun tupai.

1. Dalam diam-diam, totibo Nik Ajis nak adokan EGM. Nak cover line, tukar namo, buek seminar jolah. Apo bezo eh? Totap bokumpol nak bincangkan masalah.

2. Peh tu Haji Adi buek konyataan yang dio akan totap menjadi presiden. "Apo plak kau cakap camtu tu, Ji? "Ko dah ado orang lain nak rampeh jawatan kau tu?"

3. Cam biaso, Najib masih mengamalkan budayo orang Melayu, bilomano M.A.P. Nik Ajis masuk spital, mako dilawat eh (Baco bobotul, bukan eh liwat doh). Tengok dari gayo gambar tu, Nik Ajis menorimo lawatan tu dengan hati yang tobuko dan mendoakan agar Najib panjang umur. Tapi ari tu atok baco dalam Buletin Keadilan, Pok Nik ado cakap yang UMNO mesti mati. Ni yang kompius sikit ni. Sapo deh Najib dan sapo deh UMNO? Apokah botul yang Atok baco ni ataupun erdogan-erdogan upahan ni yang mengelirukan orang tuo ni? Botul jugak apo yang dicakapkan kek Tun Mahathir tu, cecukuplah tuh. Bak kato orang Negori, "enough is enough". Daripado dilago-lagokan kek orang tuh, baik duduk ajo kek rumah. Bawak berehat.

4. Bab bai’ah tu tak payahlah Atok nak komen panjang-panjang. Maso Atok nak nikah dulu, Tok Kadi tu posan, bocorai tu halal tapi sesuatu yang amat di bonci kek ALLAH. Nak sobut pekataan "cerai" tupun dah meromang bulu tongkuk. Ni plak taklik eh corai talak tigo. Sesedaro Pas sekelian, cakap kito tu adalah doa. Apo yang kito mintak tu kok mendapek. Sok kok gilo talak. Den ni kan eh apo-apo doh, den cakap yo. Kau orang bulih nikah lain, tapi harto sepencarian tu...sian kau orang.

Biasolah kan, kau cakap UMNO ni tak adopun satu yang elok eh. Kunun Pas sumo eh elok, Pas sumo eh wangi, Pas sumo eh lawa. Ahli pas dah ado tompek kek syurgo, tapi akhir-akhir ni dah mulo dah panau dan kurap dah naik ko koning, kudih buto dah merayap ko leher, tapi masih dapek ditutup ngan ketayap dan selendang. Tapi bilo pokung dah menanah, tutup tu bulih, tapi bau eh, loyo tokak dibuek eh.

10 comments:

  1. Atok. Ese ni dah lamo membujang. Kok ado jando YB pas tu yang come lote tu rekomenlah kek ese. Kesian.

    ReplyDelete
  2. Heheh PM, tergeliat lidah teman baca.. banyak nasihat yg dibagi. tempelak pun secukup rasa.. bagus sekali.

    ReplyDelete
  3. [url=http://www.xbox360achievements.org/forum/member.php?u=255206]mexitil online ordering[/url]
    [url=http://blogcastrepository.com/members/menosan.aspx]Menosan maximum dosage[/url]

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Grandpa,

    Tu lah atok, mengota dulang paku sorpih, mengato orang PAS yang lobih lobih...

    Nik Aziz benci pada UMNO tapi sayang pada Najib, dulu main anak kambing dengan Najib..benci BN tapi poi gak kek IJN.

    ReplyDelete
  5. Jemput le ke lamanblog aku:
    http://lebanglibu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Apo yang Atok cakap ni tok??? meraban dan merapu yo macam org poning??? atok ni boto ko tak ni? banyak yg atok cakap ni semato2 menurut hawa nafsu amarah dan berniat jahat yo...apo buleh ko cam tu?? agamo apo atok ni??? buleh ko agamo kita cakap merapu dan meraban mcm kera gilo perangai atok ni cakap???

    kalau PAS panggil EGM ko, taklimat ko, mesyuarat ko..dio buek dlm keadaan terbuko, sesiapo pun buleh tumpang semangkuk menibai PAS...tak do selindung2...tapi UMNO berani ko buek cam tu tok? buek kat dewan terbuko? sesiapo buleh hontam UMNO yg memang dah berulat ni tok??? UMNO kalau buek cam tu alamat eh, akan bertambah lagi keajaiban dunia kpd 7 perkara (skang ni ado 6 bondo ajaib dlm dunio kan)UMNO nak buek cam tu...tak terberak dan terkoncing dlm seluar, cubo lah!!!! UMNO sobona eh yg jumud!!!!sobona eh UMNO ni dio nak glamour yo, tapi dio buek sumo tu dgn memburuk2 kan PAS dan pembangkang lain...kalau masuk TV tu, lopeh sorang, sorang org UMNO nak cakap pasal hal2 pembangkang...naik meluat nengok perangai gilo pemimpin UMNO ni...mcm lah hebat bona plak...pado hal eh, tak do apo bondo apo pun !!! UMNO yo yg menyebok-nyebok...bangang boto!!!

    lagi lagi pasal EGM PAS, taklimat ko..itu dio punya pasal la..yg awak sebok momanjang yo apo hal??? apo barang???
    MCA tu lagi dahsyat EGM berpuluh kali, sampai nak berkecai MCA pun..itu ko tak sebok plak???

    UMNO ni...tak do lah doh!!! moraban yo lah!!!

    ReplyDelete
  7. marah btul pak pok. terasa ke? bab hebat ni pas mmg hebat. tapi pelik plak bila parti sehebat pas sejak 55 hingga skrg asik kalah dgn umno yg pak pok ckp tak hebat tu. jadi maknanya...

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. UMNO bukan kuat dan hebat!!! nyawa UMNO dibantu olh media perdana dan organisasi kerajaan yg terang2 dikuasai olh UMNO/BN...boto tak??? cubo tengok berita TV 3 dan RTM sajo...100% "content" berita dio adalah berkaitan mempromosi UMNO/BN dan mengutuk dan memperlekeh pembangkang!!! itu tak termasuk akhbar2 arus perdana yg mana terang2 berpihak kpd UMNO/BN...bukan tak de berita ttg pembangkang (TV dan akhbar)..tapi berita yg mcmana??? berita yg mengutuk dan memperlekeh..ini lah kerja UMNO/BN...UMNO/BN amat kuat cengkamannya pd media2 ini..

    kalau nak pilihanraya tu..lbh baik tutup TV dan jgn baco news paper lah..

    aku bukan org politik dan tidak sokong UMNO/BN dab tidak jugak sokong pembangkang...tapi aku menilai...sgt2 tiada keadilan dlm media utama...laporan berat sebelah...

    tapi ...sekarang...rakyat sudah tahu menilai berita2 karut marut tu....

    UMNO/BN tidak kuat dan hebat...tp dia dibantu dgn kuat dan hebat olh media dan organisasi kerajaan utk memenangkan UMNO/BN....dan pembangkang ditenyeh secukup rasa...

    dan pembangkang lah yg paling hebat dan kuat...kerana apa? kerana dgn begitu kuatnya asakan UMNO/BN, pembangkang masih mendapat sokongan dan dokongan rakyat terbanyak....

    dan UMNO/BN totap gagal...sobab di kiri kanan, depan belakang dio dibantu olh anasir2 di atas, tapi sokongan terhdpnya makin lamo makin terhakis dan rakyat semacam sudah tak percaya dgn lakonan UMNO/BN selamo ini.....heh! heh!!

    UMNO/BN kuat/hebat????...jawapnyo, TIDAK....

    ReplyDelete
  9. hujah mengatakan umno bn kuat sbb kontrol media? secara tak langsung kau sudah memperlekehkan kemampuan hampir 14 juta pengundi rakyat malaysia utk menaakul dan mentafsir ssuatu maklumat yg mereka terima selama ini. sejak merdeka lagi, rakyat bkn bodoh utk percaya bulat2 pd media. buktinya, 1969 rakyat menolak perikatan krna dasar perikatan pd masa itu tidak mesra rakyat.

    tapi lepas kerajaan muhasabah dan perbaiki prestasi, rakyat ttp bg sokongan kembali kpd bn. kenapa? sbb mrk tau yg pembangkang ni ckp je lebey dan takde masa depan.

    pembangkang hebat? terimalah hakikat yg rakyat beralih sokongan, termasuk ahli bn sendiri mengundi pembangkang dlm pru12 adalah disebabkan rasa tdk puas hati dgn dasar dan pentadbiran paklah. sama spt pru 1969, itu saja. takde kena mengena dgn pembangkang hebat. perasan jelah.

    rakyat akan kembali menyokong bn kerana skrg bn sedang muhasabah diri dan perbaiki prestasi. dan harus diingat bahawa bn skrg ada 139 kerusi parlimen yang lebih sekali ganda dr pembangkang.

    sahlah kau ni syok sendiri.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. When the day arrives to set up your house for your initial open house, be sure to look at it from the point of view of a likely purchaser. Be sure that the entire residence is spic and span and that it feels welcoming. Turn on the majority of the lights in the house to make sure that each area appears appealing and warm. Where you are able to, do a little staging. This can include putting some books out on a end table, or placing a few fresh flowers on the [url=http://www.handfans123.com]hand fans[/url] dining room table. A lot of families event bake some cookies or fresh bread to give the house a [url=http://www.handfans123.com]custom hand fans[/url] inviting and warm environment.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive