Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 4, 2009

Bahaya Air Asia


1. Jika anda menggunakan perkhidmatan Air Asia untuk ke mana-mana destinasi, pastikan anda turut membawa bersama tin atau botol minuman; itupun jika anda keberatan menghabiskan wang membeli makanan yang dijual oleh pramugari/a kabin.

2. Sebaik dimaklumkan oleh kapten bahawa flight bersedia untuk mendarat, sila perhatikan tin atau botol minuman yang anda bawa.

3. Apa yang bakal anda saksikan ialah tin atau botol minuman tersebut akan berubah kemek secara perlahan-lahan.

4. Dan sebaik saja mendarat, pasti anda akan merasakan telinga anda berdengung dengan kuat sehingga hampir tidak mendengar suara orang disebelah ketika bercakap.

5. Kenapa boleh jadi begitu?

6. Kami jarang menggunakan perkhidmatan Air Asia kerana lebih selesa dengan MAS, kecuali jika terpaksa akibat kehabisan tiket etc.

7. Tambahan pula, semangat patriotik yang tinggi menyebabkan MAS sering menjadi pilihan kami walaupun harga perkhidmatannya agak mahal.

8. Berbalik kepada kisah Air Asia, jika kami membeli makanan yang dijual di atas flight, sisa dan bekas makanan tersebut pasti akan dikutip semula oleh pramugari/a kabin seusai menjamu selera.

9. Jadi sukarlah untuk kami melihat senario yang berlaku sebagaimana yang diperkatakan dalam perkara 3 di atas.

10. Jika anda ingin membawa makanan sendiri, pastikan ia dilakukan secara sorok-sorok kerana peraturan Air Asia melarang sebarang jenis makanan luar dibawa masuk semasa penerbangan.

11. Namun baru-baru ini, kami telah berjaya menyorokkan setin air minuman dan sebotol air mineral yang separuh berisi.

12. Dan semasa flight tersebut menjunam untuk mendarat, tin dan botol minuman yang berada dalam genggaman kami dilihat kemek secara perlahan-lahan.

13. Perkara seumpama ini akan terjadi jika berlakunya perubahan tekanan udara secara mendadak disebabkan flight yang menjunam turun.

14. Berbanding MAS yang akan berlegar dan berpusing dahulu sebelum mendarat, Air Asia pula memilih cara yang lebih merbahaya.

15. Kerana itu jugalah Air Asia lebih cepat tiba ke sesuatu destinasi berbanding MAS.

16. Bayangkan jika tin dan botol minuman pun boleh kemek disebabkan penurunan mendadak flight Air Asia, bagaimana pula nasib gegendang telinga kita?

17. Maka tidak hairanlah jika pendengaran kita menjadi kurang jelas sebaik mendarat.

18. Mengapa pihak pengurusan Air Asia menetapkan tindakan sedemikian?

19. Adakah semata-mata kerana ingin menjimatkan kos bahan bakar, maka Air Asia sanggup memperjudikan keselamatan pelanggan dan pekerjanya?

20. Ramai sedia maklum antara kaedah Air Asia menjimatkan kos bagi memastikan tiket mereka dijual dengan harga rendah ialah dengan menggunakan pramugari/a untuk membersihkan kabin, selain lokasi terminal mereka yang terletak di landasan perlepasan yang lebih pendek bagi mengurangkan kos bahan bakar.

21. Berdasarkan cara pendaratan flight Air Asia, adakah ia akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan deria dan organ pelanggan serta petugasnya?

22. Sapo nak jawab tu agak eh...

10 comments:

  1. saya biasa mengunakan perkhidmatan mas mahupun airasia dan pernah mengalami perkara yang sama di kedua-dua syarikat penerbangan tersebut..mungkin ia bergantung kepada juruterbang yang mengemudi pesawat tersebut

    ReplyDelete
  2. Saya dah berkali kali naik air asia mau pun mas. so for OK je. alhamdulillah. Cuma tang Landing tu bergantung pada pilot nya lah ade yg smooth. Tapi ada yang tersentak gak. Both flight OK.

    ReplyDelete
  3. Pada aku tak ada masalah pun, masalah telinga tu biasa berlaku tak kira MAS ker AA atau penerbangan lain..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan Paneh Miang..

    Mungkin ada benarnya kata saudara..
    Tapi tdk selalunya macam tu..sbb memang ia bergantung kpd pilot nya.
    Anda dijemput melayari blog saya di :
    http://selempangmerah69.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan semua komen diatas. Semua syarikat penerbangan terikat dengan peratusan antarabangsa. Bukan boleh suka-suka turun menjunam seperti yang diperkatakan. Selain pilot, lokasi dan keadaan lapangan terbang juga memainkan peranan penting. Saya sering mengalami situasi yang sama menaikiki MAS dan AA ketika mendarat di LTAB Sultan Abdul Halim, Alor Star suatu masa dulu. tapi selepas runway lapangan terbang tu dipanjangkan, situasi ni jarang lagi berlaku.

    ReplyDelete
  6. Mgkn ada benarnya komentar PM ni. Saya sering fly ke pelbagai destinasi sama ada dengan AA atau Mas. Saya melihat kebanyakan pilot AA banyak mengambil pendekatan turun menjunam ni yg menyebabkan gangguan pendengaran sementara yg 'agak lama' berbanding pilot Mas. Mungkin juga ia strategi penjimatan kos atau kerana ketidakcekapan ssorg pilot tu. Perihal ni banyak berlaku ketika saya sering berulang alik antara barat & timur Malaysia. Pilot Mas kbykn lebih landai ketika mendarat if compared with AA. Baru2 ni saya ada buat medical checkup. Disebabkan sering fly juga saya sering mendapat gangguan bunyi di telinga. Doc kata ia adalah kesan jangka panjang. Mungkin tidak salah turun menjunam utk jimat, tapi kena fikir juga kesan j/pjg pd crew serta penumpang.

    -razak

    ReplyDelete
  7. ok pe
    kalu dah seminggu dua tiga kali ulang alik gi tawau takde beza MAS atau AA
    bukan apa apapun.. saja nak bagi senaman telinga tu .......

    ReplyDelete
  8. saya byk menggunakan MAS, Air Asia tak pernah naik lagi, bagi saya Mas lebih berbaloi dari Air Asia yang selalu delay.

    ReplyDelete
  9. Masalah telinga ni yang aku cukup tak suka naik kapalterbang. Boleh sampai dua hari baru pulih pendengaran semula. Mungkin bergantung kepada jenis telinga juga agaknya. Kawan yang naik sama dengan aku ok je telinga dia.

    ReplyDelete
  10. bagi saya .. dua2 ade klbihan dan klmahan .. same je ..

    ReplyDelete

Blog Archive