Menjenguk tabir akhbar The Sun bertarikh 3 November 2009, Selasa pada halaman 9, ruangan News Without Borders bertajuk "Youth on Race, Religion and King" yang ditulis oleh Zakiah Koya. Coretan ini ditulis semula oleh Zakiah daripada sebuah sesi wacana separa ilmiah yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur oleh sekumpulan belia.
Bacalah ruang tersebut untuk cerita lanjut. Pak Sedaro hendak membetul semula "alignment" fikrah anak muda atau belia yang berhujah dalam gelanggang tajuk Ras, Agama dan Raja. Pembicaranya ialah Fahmi Reza, Shazni Munir Mohd Ithnin, Lee Kai Loon dan Mohd Hariszuan sementara Moderatornya Hishamuddin Rais. Keempat-empat anak muda ini telah jauh terpesong dalam konteks Perkara 160, Perkara 160 (2), Perkara 32, Perkara 3, Perkara 153 dan pengertian kata akar tertentu yang diberi definisi berasaskan buku fikiran generasi X & Y.
Pak Sedaro menyarankan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Bahagian Keselamatan Negara Sektor Politik dan Sektor Masyarakat bekerja lebih tekun dan objektif dalam melihat gelagat dan telatah penganjuran tertentu. Fenomena yang diluah hujah oleh 4 orang belia ini bukan sahaja memesong aspirasi Bagaimana Negara Membina Tamadun dan Sejarahnya, malah menafikan implikasi sejarah dan pembinaan pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957.
Anak hingusan seperti Fahmi mempertikai dan memperlekeh di mana "rakyat" dalam Rukunegara 1970? Sedarkah dia bahawa yang terwarta:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Perkara 1 hinga 5 memerlukan RAKYAT. Rakyat jualah yang menuntut Deskripsi Rukunegara 1970 diwarta dan digazet sebagai Piagam dan Loceng Maut konsep Aman dan Damai dalam Negara Bangsa Malaysia Majmuk ini. Jika tidak kerana 13 Mei 1969, maka Rukunegara belum pasti wujud hari ini. Apakah Rukunegara diasas dan dibuat untuk Monyet, Babi dan Lembu? Atau Untuk Patung, Topeng dan Pusara?
Fahmi ini juga menempelak sejarah bahawa Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama ialah seorang anak Raja, maknanya mereka ini kelompok elitis. Saudara Fahmi dan sahabat yang bersetuju dengan saudara, sedarkah saudara bahawa sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra adalah jauh lebih MULIA daripada proses pemikiran Fahmi yang mendengkel akliah ilmiah dan roh kemerdekaan Tanahair ini.
Shazni pula mempertikai perihal Perkara 160 (2) iaitu Melayu. "Since when did Islam put race as its basis?", adalah muntahan Shazni yang kononnya tiada nas Naqli mendefinisi Islam berasas keturunan. Pendefinisian Melayu itu Islam di Tanah Melayu ini berasaskan salasilah dan urutan sejarah berusia 600 tahun dan rantaian sanad serta nasab kalangan darah keturunan tertentu yang diwarisi lebih 1400 tahun Hijrah lagi.
Budak Lee Kai Loon pula berhujah bahawa rakyat Malaysia mewarisi mentaliti kolonial. Saudara Lee, apakah anda faham secara mantik dan ilmiah peristilahan mentaliti kolonial? Sedarkah anda bahawa keturunan anda yang datang menumpang kasih di bumi Melaka 532 tahun yang lampau, atas dasar apa? Kemudian pada awal 1800 ramai yang berkunjung ke Tanah Melayu dan tidak pulang kembali ke Tanah Besar China, juga atas faktor apa?
Pembaca budiman, 4 orang belia yang berhujah dalam sidang tersebut termasuk Hishamuddin Rais, jika berasaskan Konvensyen Sebenar yang terkandung dalam peruntukan Akta ISA, maka mereka ini HALAL disimpan sebentar untuk diberikan fakta-fakta sebenar. Siapa mereka ini semua? Bagaimana mereka? Di mana mereka sekarang? Mereka ini menyebar faham fasisme dan sosialisme seakan zaman Penjajahan Stalin di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama.
Apakah relevannya membicara isu Ras/Bangsa, Agama dan Raja sedangkan ini merupakan Perkara Asas Yang Sifatnya MUKTAMAD dalam Perlembagaan Persekutuan. Sidang Parlimen sejak 1955 hingga hari ini pun tidak langsung mempertikai dan berbicara soal-soal Asas Negara ini. Walhal dalam Parlimen khasnya Dewan Rakyat dan Dewan Negara, boleh dibahas dan dihujah apa sahaja tanpa sekatan undang-undang dan tidak boleh dibawa ke mahkamah. TIDAK LANGSUNG menjadi trend membincangkan soal-soal yang dihujahkan 4 budak muda HINGUSAN ini.
Akhbar ini tersebar secara percuma dan sudah tentu ramai pembacanya. Ada yang sensitif dan ada yang langsung tidak ambil pusing. Kita ambil enteng kerana Negara ini Aman. Jika tercetus insiden serupa 13 Mei 1969 atau yang lebih dahsyat daripada waktu itu pada hari ini...maka barulah agaknya ramai yang akan menyesal, lebih-lebih lagi Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah.
Tiada salahnya mengoptimumkan Perkara 10 dan Perkara 11, tapi pendekatan yang lebih bijaksana mesti difikirkan. Bukan bantai sedap tekak aja. Akhirnya seperti yang dicoretkan oleh Zakiah, kata seorang korum wacana "If I do give up my rights as a Malay, what is the guarantee that my Chinese friend willnot take advantage of me economically and that the Indians will be taken care of?"
Pak Sedaro fikir, jangan nanti "dah terhantuk baru nak terngadah".

hishamudin rais @ tukartiub sucks. pembangkang n nuar jubur sucker.
ReplyDeletegeng2 paneh ni tak minat bola ko?
ReplyDeletetakdo lak bukak cito pasal bola.. asyik2 politik boring la... en. hamidi izwan buleh bukak cito pasal bola ni.
- parti jahat, kato eh -
hishamuddin rais anak haram, gampang,kaki mabuk...khoiitttt tuihhhhh...
ReplyDeleteMereka ini sedang (bukan cuba lagi) mengerakkan revolusi mental anak-anak muda kita kearah halatuju yang kita tidak mahu. Pihak berwajib perlu buat sesuatu dengan serta merta. Jangan tunggu nasi jadi bubur...
ReplyDeleteHatiHitam
arrgh loyo pulak ngan kau ni jang ai..sikit2 ISA sikit2 ISA...kato demokrasi..biar la diorang nak bincang kan apo pun..sesamo dio yo..open mind la skit..dio orang pun ado hak yo nak meluahkan apo yang dio orang fikir...sodap kau yo golar orang budak hingusan..terer bona dah kau ko.
ReplyDeleteni satu lagi komen bangang hompuk. org dah mulo pertikai hak bangsa lu, lagi ko nak bela. ke kau mmg spisis kona = koling + cina. elok yo kono isa tu. bg si hompuk ni skali. bangang tak sudah. org pertikai agamo kau dlm perlembagaan pun nak lindung.
ReplyDelete