Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, November 29, 2009

Rosmah yang GHAIRAH

Kenapa pulak Wanita Pertama dalam negara ni boleh ghairah? Ghairah pada siapa pula? Bukan pada Najib ke? Hehehe...jangan salah sangka. Menurut berita ini, Rosmah cuma ghairah untuk memperjuangkan nasib kanak-kanak serta wanita yang kurang bernasib baik dan secara aktif terbabit dalam membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa.

Baguslah kalau macam tu. Sebelum ni isteri mantan PM asyik sibuk dengan batik saja. Pembangunan modal insan hanya diwar-warkan tanpa tindakan yang sewajarnya. Kalau Rosmah dah berniat nak perkasakan modal insan dan membantu insan yang kurang bernasib baik, sepatutnyalah rakyat menyokong beliau.

Cuma saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan Rosmah dalam sebuah majlis makan malam semasa menemani suaminya dalam lawatan kerja di New York. Dalam majlis itu, ada tetamu yang mengatakan, "Di sebalik kejayaan setiap lelaki ada seorang wanita di belakangnya," yang merujuk kepada pasangan Najib dan Rosmah.

Namun Rosmah membalas ungkapan itu dengan berkata, "Di samping...dan bukannya di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang isteri yang baik."

Di samping memerintah atau di belakang memerintah, kedua-dua persepsi itu harus diperbetulkan. Betul tak DS Najib? Jangan pula dikata nanti pemimpin PAS 'berani' kerana sanggup cerai isteri dengan baiah talak tiga, TETAPI isteri pemimpin Umno pula langsung tak takutkan suami sendiri.

Siapa tak sayang bini oii...!

3 comments:

  1. Di samping dan bukan di belakang..

    Saya setuju!!!

    ReplyDelete
  2. Sayangkan Bini tinggal2an.Persepsi
    yang Rosmah paparkan menunjukkan,
    dengan Kuasa yang ada pada Najib,
    Rosmah ni nak sama2 MEMERINTAH....
    Nak Tumpang Sekaki...Ini BAHAYA..!
    Adakah Rosmah akan menjadi IMELDA
    Marcos ke2..???Harap2 tidak,kerana
    ini akan MENYULITkan lagi usaha2
    UMNO kearah memulihkan imej menuju
    PRU 13...Dr.M pun tak setuju kalau
    Rosmah nak mengada2 sibuk2..kerana
    semasa Dr.M dilantik menjadi PM, Tun Dr.Siti Hasmah telah diamanahkn
    membesarkan dan menjaga anak2(lihat
    Ch555 History,Astro-Mahathir).
    Imej yang ingin dipaparkan olih Rosmah,dgn menonjolkan minat pd
    hal kanak2,pelajaran awalan mesti lah GENUINE dan IKHLAS,bukan satu
    KEPURAPURAan...kerana RAKYAT skrg
    bukan BODOH...Mereka bijak menilai!
    Sesuatu yang RAKYAT ingin lihat
    ialah bagaimana Rosmah bolih brbaik
    semula dgn adiknya,saudara maranya
    dikampong dan dengan anknya yang
    berkahwin dengan Dr.Fazley..(lihat
    YouTube ROSMAH MANSOR)

    ReplyDelete
  3. NI KES NAYO NI, BILO ANAK GAJAH KATIK DAH KEHILANGAN INDOK EH DAH RIUH SEKAMPONG TAK DI APIKKAN NYO, KO KAU MALU MENGAKU ASAL DARI KG MERTANG KERANA KG NI TOMPEK EH AGAK COROK SIKIT KEK SENANTI TU .TENGOK SURAT BERANAK TOMPEK LAHIR KEK MERTANG KO DI G/LALANG. TRADISI OMAK/UWAN KITO DULU2 KOK NAK BERANAK MISTI KEK RUMAH PUSAKO DAN SIANU JADI BIDAN EH BOTO TAK BRO.....

    ReplyDelete

Blog Archive