Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 17, 2009

Ajar GLC laksana Perkara 152

Kenyataan yang dilontar oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkenaan gesaan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi amat dihargai. Namun sejauh manakan isu-isu pengawasan, pemantauan dan pemastian bahawa Bahasa Melayu merupakan pilihan medium komunikasi dan wadah perantaraan yang berlaku dalam GLC ini.

Jika dikira secara terperinci, syarikat yang dinamakan GLC di Malaysia ada tidak kurang 1000 buah meliputi kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Nama yang biasa didengari oleh rakyat seperti Petronas, Tabung Haji, Maybank, TNB, TM, Time Berhad, PLUS Bhd, UEM Bhd, BioTech Sdn. Bhd., HDC Sdn. Bhd., BSN, AgroBank, Khazanah Holdings Bhd. dan seterusnya, panjang berjela-jela dalam senarai.

GLC telah begitu lama menghampakan penggubal dan pencetus kemerdekaan tanahair ini. Perkara 152 telah dipinggir oleh GLC sejak 52 tahun yang lalu. Bacalah minit mesyuarat, minit lembaga pengarah, surat rasmi yang dikeluarkan oleh mereka, surat urusan rasmi perniagaan dalam negara [domestik], memo dalaman yang sekian lama mendodoi Bahasa Inggeris sebagai pilihan komunikasi berkesan.

GLC yang dipimpin oleh kalangan bangsawan sama ada secara elektrolat, pilihan berasas pilih kasih, pencalonan berasaskan suka dan senang sebagai kawan, pencalonan berasas merit dan sebagainya, secara kasar 80% kedudukan mereka dicorak oleh drama politik dan kepentingan suku-sakat. Kemudian mereka diberikan gelaran dan darjah kebesaran diraja oleh mana yang berkenan. Maka kedudukan tertinggi takat ada hari ini ialah Tan Sri. Yang mana Tun diberi kedudukan sebagai Penasihat Utama/Mursyidul Am kepada organisasi.

GLC sememangnya lalai dan cuai dalam isu MEMARTABATKAN PERKARA 152. Bahasa Melayu dianggap bahasa kelas bawahan, untuk kalangan rakyat jembel dan marhain. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi yang WAJIB dijulang tinggi, bukan keutamaan dalam drama pentadbiran GLC. GLC terlalu cuai dalam memberi kepentingan sebenar kepada kecintaan Negara Malaysia. Inilah bahana yang sedang dilanda oleh Negara, apabila warga yang diamanah meletak Bahasa Melayu sebagai Lingua-Franca dan Pedagogi Ilmu Perniagaan, tidak memberi HAK yang TEPAT dan ADIL ke atasnya. Inilah bala kepada banyak organisasi GLC, yang makin dirundung malang dan kerugian.

Siapa pula hendak awasi, pantau dan bertegas dalam soal Perkara 152 ini dalam GLC? Pak Sedaro fikir, sudah sampai kepada pangkal jalan agar sebuah Jabatan Integriti diwujudkan di semua 1000 buah GLC yang diselia langsung oleh Pengerusi atau Pengarah Urusan GLC ini. Jabatan Integriti melantik seorang Ketua Pegawai Integriti dan menjadi "watch-dog" kepada perihal Perkara 152 agar diangkat serta diguna pakai.

Apakah KPI dan NKRA dalam penggunaan Bahasa Melayu di GLC diambil perhatian secara serius? Hanya jika dilaksana secara serius dan tekal sahaja maka isu Bahasa Melayu akan merubah iklim perdagangan dan perniagaan, apalagi darjah kehormatan Tanahair ini yang merupakan hak istimewa Rakyat Raja. Setelah 52 tahun merdeka, masih ada generasi baru kelahiran tahun 1970an yang tidak fasih dan mahir bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Masih ada juga Pegawai Tinggi dan Kanan yang tidak tahu membezakan apa erti Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Maknanya mereka ini tidak peka kepada Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini generasi kelahiran 1990an semakin bergentayangan di kota-kota besar. Mereka juga menjadi agen pencemar kepada Bahasa Melayu. Kesian dan sedih Pak Sedaro melihat minda dan kerosakan komunikasi melampau dalam alam sebenar survival bangsa.

Untuk menguasai bahasa adalah melalui latihan komunikasi dan pertuturan yang kerap serta bersifat rutin. Justeru masalahnya ialah, tidak ramai yang pandai berbahasa Melayu yang bukan di peringkat sektor pekerjaan. Di sekolah, khasnya sekolah rendah telah dimulakan kelas Bahasa Melayu dan Inggeris. Sejak tahun 1 hingga tahun 5, lagi, pelajar sekolah tidak perlu disemak secara peperiksaan dalam tahun-tahun tersebut, tetapi secara komunikasi lisan dan ujian ad-hoc tertentu. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dalam kohort masa yang panjang, diselit dengan kesan animasi dan karikatur yang berkesan, lawatan serta latihan berkumpulan, drama dan teater, program bersifat luaran yang menuntut pengkayaan satu bahasa sahaja dalam satu waktu tertentu. Banyak lagi pendekatan yang lateral yang boleh dikembang dan diperkaya di peringkat sekolah.

Berpindah sahaja ke sekolah Menengah, maka Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diberikan penarafan kepada pelajar. Yang akhirnya pelajar berupaya menulis gurindam, sajak, pantun, seloka, esei, kajian ilmiah dan separa ilmiah dalam bi-lingual. Ini merupakan kejayaan yang hakiki, bukan sibuk mempromosi PPSMI yang dulu dan kini, Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris. Pendekatan tidak lateral dan kreatif, akhirnya menyusahkan para guru. Natijah langsungnya ialah sektoral pekerjaan awam mahu pun swasta mengalami kelesuan linguistik dan Dilema Bahasa baik dalam Bahasa Melayu mahu pun Inggeris.

GLC, Badan Berkanun Kerajaan, Agensi Kerajaan, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Jabatan-Jabatan Negeri dan kementerian-kementerian yang mana himpunan pegawai-pegawai Kanan yang ramai merupakan Aset kepada Perkara 152. Jika mereka ingkar dan punya sifat derhaka kepadanya, maka inilah liabiliti kepada Perlembagaan Persekutuan. Akhirnya, merekalah barah yang merosak elemen Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Musnahlah Rukunegara 1970 serta musnahlah Rakyat Raja, akan memberi makna Musnahlah Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Kekebalan Durbar yang berusia 165 tahun pada tahun ini.

5 comments:

  1. setuju, bernas dan bertanggung jawab,
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. mana dia si janggut panjang tu ari yg beria2 nak hapuskan bahasa inggeris di skolah??

    mana perginya pejuang2 bahasa kunun. taik kucing lahh.

    ReplyDelete
  3. Memang taik kucin pun..sebab ko rang (UMNO/BN) terlampau mengangung2kan BI lah menyebabkan BM bagaikan peminta sedekah dlm negara sendiri!!! begitu hinanya BM utk dituturkan malahan digunakan sbg perantara rasmi di kalangan indiidu, syarikat, GLC dan agensi kerajaan pun...itu lah dia penangan Mahathir yg memeperkenalkan PPSMI di sekolah, namun golongan lain memang bagai org mengantuk disorong bantal nak guna BI dgn alasan sekolah pun guna BI, apa barang mereka nak guna BM....tak ke idea bangang tu...

    Tup-tup dah 52 tahun merdeka, baru lah tersedar rupanya BM kita org tak psandang pun....baru nak gelabah nak buat sesuatu nak naikkan imej BM...pulak!! patutnya perkara ni diamalkan sejak merdeka lagi...dan kini BM amat gagah patutnya!!! tapi makin dilupa kan plak dan baru tersedar rupanya BM dah tak laku lagi....salah satunya akibat PPSMI lah...projek gila, akhirnya berepatah balik kebelakang...buang masa dan buang duit dah tentu lah...siapa untung PPSMI??? jawabnya kroni dan korporat (keparat) lah....inilah dia "kebijaksanaan" pemimpin kito!!!! heh!heh! heh!! taik kucin!!!

    ReplyDelete
  4. anon 916 atas ni konon memperjuangkan bahasa melayu. konon kerajaan buat semua salah. cuba baca ayat bahasa melayu yang dia tulis. adakah ini rupanya pejuang bahasa melayu layaknya?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Tom tem bak...

    engko tak dapat jawab hujah dengan hujah, lalu engko kutuk plak!! itu lah dia, bila dah nyata dia (UMNO/BN) bersalah terhdp BM, dia salahkan plak org lain...pada hal, UMNO/BN terang2 meminggirkan BM itu sendiri....!!! bila dah tersepit baru nak sedar, rupanya BM kita dah tak laku lagi...org tak pandang pun...sebabnya adalah dasar kerajaan BN yg tidak konsisten memertabatkan BM sendiri...tidak bertegas terhdp penggunaan BM malahan mengeji dan memperkecilkan kemampuan BM, semata2 nak mengejar wawasan gila 2020 yg lbh mengutamakan BI dlm semua aspek...ini lah jadinya...pemimpin sendiri (UMNO/BN) yg tiada lg nilai jati dirinya..lbh jd org putih dari org putih itu sendiri!!! pada hal dia berkulit sawo matang, makan petai, sambal belacan, makan budu, cencalok,sambal tempoyak..etc..namun perangai dan lagak melebihi OMPUTIH...pegi da...

    melalak lah ko PM nak suruh GLC guna BM..siapa peduli???? apa barang GLC nak guna BM...sori la...mana boleh syarikat multinasional bertaraf dunia nak guna bahasa lekeh BM???? sori la...sedangkan kerajaan pun pandang sebelah mato yo pd BM..itu pun nasib baik di pandang eh, kalau nak ikut UMNO/BN sorilah nak guna BM....!!! lagak je lebih...hancus!!!

    ReplyDelete

Blog Archive